Coretan Terbaru KakakeciK

Friday, February 19, 2016

Titie

Pagi tadi menerima perkhabaran tentang pemergian si Titie..laju je air mata ni mengalir...terkejut rakan sekursus..kakakecik terasa pemergiannya..akui memang walaupun bukan kakakecik yang jaga dan belainya tapi hati sebak terutama melihat kesakitan nazaknya tarik ekor kaki, berak tak  sedar dah sepertimana kita manusia juga.

2 minggu lepas titie tak de selera makan minum..si ibu tak pedulikan yang masih perlukan kasih sayang..Ahad   7hb adik dah bawa ke klinik haiwan yang kerajaan di Pendang..aktif sehari dua..lepas tu tak bermaya semula

Rabu 17hb, titie cirit dan muntah...So malam ni takmau tangguh2 lagi takut menyesal kemudian hari..terus membuat carian klinik haiwan di Alor Setar kat facebook.. Alhamdulillah klinik haiwan AS Ecovet Jalan Langgar buka hingga pukul 9malam..apalagi pukul 8 pecut kereta ke Alor Setar..dengan kereta tetiba signal bermasalah tapi dek kerana titie kakakecik dan adik akan berusaha sebaik mungkin...

Kami buat keputusan untuk tinggalkan titie di klinik bagi tujuan rawatan susulan dan penjagaan yang lebih sempurna dengan harapan titie cepat sembuh..doktor bagitau titie kena virus dan memang pucat muka nya....tak pe kita ikhtiar setakat yang mampu..

Tapi pagi tadi di hari jumaat hari penuh keberkatan titie pergi buat selama2nya..damai dan tenang lah titie di sana.

Untuk rawatan haiwan di klinik AS Ecovet,perlu isi borang pendaftaran dan haiwan akan ada rekod serta kad rujukan macam bila kita sakit p klinik macam tu jugak la..rm15 sehari untuk kos penjagaan

3 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

RIP titie. Akak jgn sedih2 ye. Sekurangnya dka xperlu tanggung sakit dah kan

Unknown said... [Reply]

salam mahal x kos rawatan dkt klinik as ecovet tu ?

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Amiera Eira

takde la mahal sangat rasanya rawatan dia..tp puas hati..utk bermalam pun 1 sangkar rm10..makanan sdri.