Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, January 10, 2013

DIY : Bunga Tisu Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mood DIY dah mula..bermacam-macam yang ada kat dalam kepala nie..nak buat itu ini..dan baru-baru nie kakakecik buat bunga tisu besar menggunakan method yang sama dengan buat bunga tisu kecik. Untuk bunga tisu besar nie 1 keping crepe paper tu kakakecik buat 1 kuntum sahaja.

Jom kita tengok cara nak bikin nya..mudah aje..

Bahan -bahan : Crepe paper mengikut warna pilihan sendiri, gunting dan dawai saiz 26/28



Langkah 1 : Bentangkan crepe paper tu..dan lipat 2 dan lipat lagi sehingga mendapat 4 keping.




Langkah 2 : Susun keempat-empat keping kertas tadi dan lipat dua..gunting untuk mendapatkan 8 keping.




Langkah 3 : Setelah dapat 8 keping, susun lagi kertas tersebut dan lipat kipas..saiz setiap lipatan 1 inci (kakakecik nak mudah, kakakecik akan lipat bahagi 2 kertas tu..dan lipat balik dan lipat lagi, mudah macam tu, korang boleh try n error) Lipat ikut ira menegak kertas.





Langkah 4 : Dah siap lipat kipas..pegang elok2 dan bahagi dua..ikat dan kemaskan dengan dawai ditengah nya





Langkah 5 : Gunting separa bulat di hujung kedua-dua belah bahagian


  


Langkah 6 : Kembangkan lipatan kipas di kedua-dua bahagian 




Langkah 7 : Tarik slow-slow 1 helaian crepe paper di bahagian kiri hingga ke tengah..dan tarik plak sehelai di bahagian kanan...buat selang seli setiap bahagian sehingga habis.





Okey dah siap pun..senang je kan..bunga yang bersaiz besar nie bagi kakakecik lebih sesuai dijadikan backdrop mana2 bahagian samada pelamin atau bilik tido..candy corner or book guest pun okey jugak...mana yang sesuai la...nak lagi menarik buat la warna warni..colorful gitu macam kakakecik buat di Persiapan #2


Selamat mencuba..besar kan bunga nie lebih dari tapak tangan kakakecik :)


12 comments:

Unknown said... [Reply]

nk suh akk watla

iffah penh try gne tisu

xlawa kah3

||aLeaSaRa|| said... [Reply]

hye sis!teringat thn lps ofcemate ajar sy ngan sorg lg bdk HR,seronok btl ms lunch break hari jumaat,apalagi borong crepe paper mcm2 color.

port lepak..kt kfc,bukannya makan tp sibuk dok belajar buat bunga tu,semua customer tersenyum2 pdg hehe.

mula2 terkial gak,msk bunga ke-2 dh laju sikit.balik je ofce trs kami hias meja meeting dan bos suka ^*

eZmALiZa said... [Reply]

wowww...satu crepe paper, satu kuntum bunga?? ini sudah bagusss...sgt menjimatkan...seriously kak shida..kite gile2 inspired dgn idea kak shida ni..

nnt masa lapang kite nak try buat jugak. tp risau gile kalo tak jadi dan lastly takot membazir..end up, silap2 mak suruh tukar plan.. taknakkk!!!!

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah try la guna crepe paper lak..mesti lawa..kihkih..

nak suruh akak wat utk majlis apa nie iffah...ehem ehem

aDisH.sHidA said... [Reply]

@||Sis aLeaSaRa|| hye...pernah wat erk..mmg gila kan bila dah boleh buat..mula2 mmg kekok bila dah buat dah tau teknik nya cepat je..


menarik bunga nie..mmg la bos suka pun...so bos up gaji x :)

aDisH.sHidA said... [Reply]

@eZmALiZa yup 1 crepe paper 1 kuntum..version giant punya bunga nie...ala try buat hias bilik sendiri pun boleh..hehehe...xpun wat hias kat mana 1 corner utk majlis nanti...

cik Anggur said... [Reply]

dah try buat...mmg terbaek lah ~

Kira Sakura said... [Reply]

step lain tue mcm ok. bab step nak tarik sekeping2 tue alahai lemahnya rasaaaaaaaaaa klu kira tarik mesti terkoyak terus tue

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

hehehe..dapat byk idea dh ni..

nanti kak shida mai tlg buatkan pelamin skali blh x?

hahaha

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura boleh la...try la buat..tak try dah kata xleh

aDisH.sHidA said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr uit bila tu majlis nya gk..insyaAllah kalau kena tarikh nya

Cik Ash said... [Reply]

Masih memcuba buat bunga ni.