Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, June 10, 2013

D.I.Y : Hiasan Bilik Tidur Dengan Bunga Tisu dan Bunga Kipas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4097

Hampir 10 hari telah berlalu majlis perkahwinan MyKazen (Izzuandi & Syuhada) di pihak kami (lelaki). Majlis berlangsung di Batu 5, Sik. Seminggu kakakecik berkampung di rumah Cik Faudziah untuk membantu Cik dan Pak Cik, kecian mesti dorang kelam kabut untuk uruskan persiapan coz Kakak dan Dik Jat masing-masing ada di kampus UMP dan UNIMAP. Nak harapkan Dik Izz tu boleh la jugak..Kak Teh plak ada tuisyen. Ok bukan nak cerita di sebalik majlis nya. Ini entry mau cerita deco-deco bila “perantin”.

 

Sememang nya daripada awal lagi, kakakecik MELARANG Izzuan ambik pakej yang termasuk deco bilik sebab dia lelaki kan. Tak perlu sangat deco bagai. Kita buat sendiri je,simple pun tak ape. Kakakecik la yang main peranan pada awal nya. Dalam kepala nie dok nampak nak gantung bunga tisu besar dan bunga kipas (paper wheels). Bunga Tisu yang besar gedabak kakakecik buat awal lagi..masa dok gian buat bunga tisu. Camne nak buat boleh ke D.I.Y Bunga Tisu Besar.

 

Bunga Tisu Besar dah siap, seterusnya malam nak mendeco bilik tu kena la buat bunga kipas. Kakakecik guna kertas A4 yang rosak skit2 di kedai tu. Membazir je nak buang kan…baik guna untuk bunga kipas. Jimat kos, kedekut nak mampus…Mesti la “pekin” cut cost. Kakakecik buat dua saiz, untuk saiz besar kakakecik lipat secara lanscape (lipat 8kali rasa nya, tak sempat dah nak kira main lipat je). Nak senang kakakecik tak terus lipat jadi kipas, sebaliknya kakakecik lipat dua dulu, lipat 4 dan seterusnya sampai kecil, baru lipat jadi spt kipas tujuannya nak bagi line kipas tu sama. Pastu cantum je  dan lekat dengan dolly paper ditengahnya. Untuk yang kecik comey tu, kakakecik lipat ikut potrait, main lipat jugak. Kakakecik lipat ikut suka je, kalau ikut tutorial tu macam-macam ada cara nak wat bunga kipas nie Tapi kakakecik buat mana yang rasa mudah tak mau dok serabut kepala nak cantum sampai panjang ke apa, kakakecik main bantai je janji menjadi hasilnya…

_DSC0735

Pengantin sendiri yang dok lekatkan bunga kipas. Kakakecik serah 100% untuk deco bilik nie kepada Kak Ja, dia lebih pro..Kakakecik just bagitau design macam mana yang nak. Lagipun kakakecik dok lipat kertas untuk buat bunga kipas nie. Depa dalam bilik main mintak je..

_DSC0752

Abang Mie, biasa la lighting man..hehhe..dok try spotlite yang kakakecik beli 2 biji tu. Jenuh gak dok pikir nak letak macam mana sebab katil Izzuan macam katil hotel tu..yang kena letak rapat dengan dinding. Last-last kami lekatkan spotlite nie kat kotak bunga mak.Hahaha…janji ia berfungsi.

DSCN4095

Untuk menaik kan seri, kakakecik letak blind blind memanjang tu. Beli kat SSF Perai. Tak sampai RM30 pun…ikutkan nak je guna rantai biji yang mak dok letak kat bunga telur tu..hehehe. Tapi da pegi SSF, tengok ada walau sebenarnya blind nie bulat kami cutkan ia dan buat sangkut sendiri..Kreatif tak kami..Kreatif kan…

 

Kain kuning tu sebenarnya beli untuk alas meja Guest Book & Photo Prop Corner. Tapi itu la bila Kak Ja mai dia kata tak naik kalau guna kain plain putih cream tu je..Tu kalau korang perasan, kami jahit bawah skit kain kuning tu, bila 2 meter je..Tak pe kita cover dengan bunga nanti mana nak nampak dah kan..Hehehe.

DSCN4099

Eh, sekali tengok da macam mini pelamin plak kan..hehe..Okey, kat sini kakakecik nak bagi tips la skit..kalau nak pasang benda alah nie, korang jangan la guna double sided tape sebab nya bunga kipas ni nanti akan jatuh. Macam kami pasang Khamis malam Jumaat, jaga je pagi esok tengok sebahagian nya dah terjatuh. Mau tak mau malam kenduri tu pasang semula dan kami pin kan dengan jarum peniti dan kerongsang. Alhamdulillah kukuh je just rumit skit la nak pinkan tu.

 

pssst: pengantin tak kasi buka la, dia kata biar je situ sampai bila2..amboooi padahal depa bukan ada kat bilik pengantin tu pun sekarang nie.

24 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

cantik....

;)

MR & MRS MAKMUM said... [Reply]

arghhhh cntik nya kak shida ~

juicy X said... [Reply]

cantiknyaaaaaaaaaaaaaa

Mrs. Abi said... [Reply]

tolong deco bilik kami boleh dak kak? nk hanimun lagi ni...hehehehe... cantik!!! warna bunga tu timbul...

diana said... [Reply]

tangan ada seni nih..boleh buat bisnes la ..heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

memang kreatif lah Shida ni!! I salute!!

Z@i Z@mR33 said... [Reply]

awat la xtau kak shida kretip mcm ni...klau x suruh k.shida deco bilik kawen kami ritu :p

aDisH.sHidA said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr thanks.. :) lebih kurang mcm nie la kak suruh gk wat utk tunang aritu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@juicy X terima kasih jucy...hehe simple je

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Mrs. Abi bak mai alamat...nak p deco nie...haha

aDisH.sHidA said... [Reply]

@diana tangan keras gak nie..xde wat bisnes pun nie tolong kazen nya majlis

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Seri Kandi Tanah Jauhar bukan shda sorang hasil kerja nie.kakak shda yg pasal2 semua nie..shda bg design je

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Z@i Z@mR33 alahai..malu chq nak p hias bilik depa.

kiera'sakura said... [Reply]

cantik sangat. seyes kak. mmg boleh buat mini pelamin

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura kan kan boleh wat mini pelamin mcm nie jugak...thanks

Nurul Huda Abdullah said... [Reply]

akak, nak tanya. paper wheel tu buat guna kertas apa yea?

Nurul Huda Abdullah said... [Reply]

nak tanya, paper wheel tu buat guna kertas apa yea?

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Nurul Huda Abdullah akak guna kertas A4 biasa tu je..ada jugak orang guna kertas pembalut hadiah tp kalau guna kertas pembalut hadiah kena pandai2 gunting la saiz nya bagi sama...

zeidi's heart said... [Reply]

tengah2 bunga tu letak ape eak?... nak try ni...

zeidi's heart said... [Reply]

tenga bunga kertas tu...letak ape ye?
nak tru ni..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@zeidi's heart saya letak doly paper...blh beli di bakery

Nur Rahifah Karim said... [Reply]

Kreatif....thanks atas ilmu...

Qaseh Farah said... [Reply]

KREATIF.. CANTIK...
KAK SHIDA KENAL X?
FARAH

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Qaseh Farah rasa mcm kenal..sepupu shahir dan ida..dok alor pongsu kan..yang kenduri dulu kami p tu