Salam...
entry kali nie..bukan nak cite sal novel ke...sal saman ke..sal juadah berbuka ke...tp shda nak share dgn apa yg shda baca kat blog juruphoto shah nie....memang MENARIK perhatian shda sgt....alangkah best nyer kalau shda dpt mcm yg disyorkan...
uiit...dapat apa tu shda....kat entry tu dia ada tanya pengurus wang tentang tips2 untuk hantaran bakal pengantin....
Ok...nie shda kongsi dgn korang sume erk...shda juz copy paste je dr blog shah...
Daripada admin urus wang kepada saya..
saya kongsikan untuk anda semua..
Salam sejahtera Shahrol.
Ini adalah hasil perbincangan antara Tuan Shamsuddin Kadir dan rakan-rakan beliau mengenai kos perkahwinan yang dapat dikurangkan. Saya kongsikan untuk anda. Ianya berkaitan hantaran yang anda sendiri tahu memakan kos yang tinggi. Ada juga yang minta sampai RM1K serba satu.. pening kepala juga memikirkan. Jadi bagaimana nak beri hantaran mahal, tapi menguntungkan;
1) Duit Hantaran
Duit hantaran ditukar kepada sijil ASB, bagi pada isteri sebagai duit hantaran, letak dalam frame buat cantik2...jadi belanja tak hangus, malahan boleh dapat dividen juga
2) Kunci Rumah + SnP agreement
Best kan? Tak pernah dibuat orang hantaran rumah. Nampak hebat! Belikan sebuah rumah untuk isteri dimana sewa bulanan boleh cover instalment bank
3) Sijil Insurans
Letak dalam hantaran sijil insuran yang cover sampai RM200k contohnya. Kos minima RM150 sebulan dan ianya adalah satu pelaburang untuk isteri bagi jangkamasa panjang keran insurans merupakan satu keperluan sekarang
4) Kunci Kereta
Ini dah tahap Datuk punya wedding. Nak tak nak akan beli kereta juga untuk isteri nanti.
Jadi anda beli sebelum kahwin sebuah kereta mampu milik dan jadikan kunci kereta sebagai hantaran
Cukup lah 4 'dulang' perkongsian kali ini. Selalunya 7 dulang kan? 3 dulang lagi boleh cover dengan buah-buahan, kek dan coklat :) Salam penjimatan untuk anda! Muaz Hadi & Afraha Baiti pengurusanwang.com/bisnes
see....ada sorg blogger nie...dorg wat hantaran INSURANS...so sweet...oppps...pict kat atas tu shda amik dr nazlin+faeza nyer blog....sori yer....
apa pendapat korang tentang tips hantaran nie....best x...menarik x...glamor x...hehhehe..
pssst : kan2..best kan kalau kita dapat cmnie....huhuhu....sapa le leh kasi nie utk shda...hehhehe
Coretan Terbaru KakakeciK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment