Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, September 7, 2011

Almond London

AL

Almond London satu lagi biskut terbaru bagi shida…terbaru bermaksud yang 1st time shida buat sendiri…kalau sebelum ini shida tempah sahaja…tetapi bila dah setiap hari dok lepak kat blog CMG…rasa rugi jugak la kalau x mencuba 1-2 resepi yang dikongsi oleh CMG dengan pembaca tiffinbiru dot com…macam jugak jejari coklat dan kek lapis, almond london telah menarik tumpuan shida untuk mencuba buat julung kali nya….tetapi shida tak berapa nak yakin untuk buat sendiri sebab shida tak pernah-pernah buat sebelum ini..dengan muka tak malu..jejari shida menaip msj kat FB Adnan Ibrahim tanya pasal cara/tips membuat almond london…alhmdlah cmg adnan ibrahim tidak lokek berkongsi tips dengan shida…so setelah yakin dengan tips2 yang diberikan oleh CMG….maka begitu la rupa almond london yang shida buat sendiri tahun ini…kalau orang lain di luar sana menggunakan cup warna hitam, tapi shida guna color merah dan pink…nak bikin kelainan la konon..hahhaa…tapi apa pun alhmdulillah almond london mengikut resepi CMG ini memang betul-betul sedap dan memenuhi citarasa shida dan keluarga…(kak ja makan tanpa salut coklat pun dia kata sedap….mcm biasa senyum simpul la shida)….eh eh awin puteri katek pun ada wat almond london la…tapi kalau tengok rupa tu bukan almond london…cer klik kat SINI

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)


BAHAN HIASAN :
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

CARA MEMBUATNYA :

  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba untuk semua...

 

psstttt… sebenarnya ada cerita di awal pembikinan almond london ini..tapi biar la rahsia antara shida dan keluarga….wat malu je kalau shida cerita di sini…

5 comments:

Muslimah Optimis said... [Reply]

heheheh..gentel kecik2 sket ye kak.. sedap2..masuk dalam perut aima 7 bjik

Puteri Katek said... [Reply]

fuyooooooooooooooo.... hahahhahaha...adeh kantoi la almond hanguih awin...hahahhaa

Aida Azryn said... [Reply]

biskut faveret aida ni! :B

Unknown said... [Reply]

wahhhhh,bagusnya buat biskut!:)

yanamib said... [Reply]

wahh comel je almond london shida..yana xgheti nk buat..biasa tlg abeskan yg kt rmh org jek..kehkeh =P