Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, September 7, 2011

Biskut Jejari Coklat

JEJARI

Assalamualaikum….perggh 1st time shida buat biskut mengikut resepi CMG Adnan Ibrahim….shida terTARIK dengan kecomelan Jejari Gebu CMG…eh eh kecomelan Biskut Jejari Coklat CMG…tahun nie shida nak buat penambahan dalam koleksi biskut raya yang akan dihidangkan kepada tetamu..so shida rasa jejari coklat ini boleh menarik perhatian kanak-kanak…tapi alangkah terkejut nya shida..bukan kanak-kanak yang tertarik tetapi bapak budak yang tertarik…dah tu masa jejari togel…tak de celup coklat n tabur gula-gula warna-warni…dia dah amik 3-4 jejari makan…kata nya sedap…senyum simpul la shida bila abg on abang num 2 yang kuat mengKRITIK bab makanan puji biskut jejari tu sedap…Thanks CMG Adnan Ibrahim..

BAHAN-BAHAN ADUNAN :

125 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla
30 gram gula aising
130 gram tepung gandum*
15 gram tepung beras*(*disatukan dan diayak)


BAHAN HIASAN :

150 gram coklat masakan, dicairkan secara kaedah double boiler*
1/4 camca teh lemak sayur*(*disatukan dan kacau rata)
Gula2 manik secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bulat bersaiz 1 cm. Paip ke dalam dulang pembakar berbentuk jejari sepanjang 5 cm, kemaskan dan buat hingga siap. (shida tatau la guna muncung saiz berapa…dah tu bergerigi plak..almaklum la pinjam yang mak ngah punya aje…janji jadi jejari)
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit, sejukkan atas jaringan. Kemudian celup 1/3 bahagian biskut dalam coklat cair, tabur gula2 manik hiasan, biar coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

** SHIDA BUAT 2 ADUNAN

1 comments:

cik pulau said... [Reply]

FULLAMAKKKKKKKKKKKK..
AKAK.. NK SIKIT...