Assalamualaikum…
Mesti ada yang perasan Shida pernah wat kek lapis dan menangis kerana kek lapis…shida tak salahkan Sunah…tetapi shida berterima kasih kepada Sunah kerana beliau yang menyebab kan shida GILA MELAPIS…Baru-baru ini shida ada buat kek lapis choco chip untuk bagi adik beradik KBU yang berkumpul di CKT Permatang Pauh merasai kek lapis kakakecik mereka buat…untuk kali ini sehabis2nya shida derhaka…shida hanya wat setengah adunan…jom semak resepi derhaka shida daripada resepi asalnya…
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
75gm gula
1/2 sudu besar ovellette
5 biji telur saiz besar
1/2 tin susu pekat manis
130 gm tepung Hong Kong
50 gm horlicks
2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)
1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)
coklat chip
Cara-cara Membuatnya:
- Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
- Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
- Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco
- Dengan menggunakan loyang 4" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama : plain (tabur coklat chip) dan lapisan kedua : coklat
- Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
- Setiap lapisan shida menggunakan 2 senduk kecil kerana untuk menampakkan coklat chip. kalau x percaya jom tengok gambo di bawah
** MAAF KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN..GUNA HP..KAMERA DAH ROSAK**
4 comments:
oppss..meleleyh air liur tgk kek akk buat nih..hihi
wahhh dah mahir melapis
sila wat untuk kami mkn masa bawa keta sok lusa na.. lalalallaa~~
nak sikit... huuhuhuh
Post a Comment