Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, September 7, 2011

Biskut Badam Chip Versi Derhaka

BADAM

Biskut Badam salah satu KUIH RAYA WAJIB dibuat setiap tahun…tapi untuk aidilfitri kali ini shida derhaka kepada resepi asal da tu ia adalah biskut pertama yang shida buat…kalau sebelum2 nie shida cuma buat BISKUT BADAM…tahun nie memandang rasa coklat rice yang dibeli banyak..dan shida rasa macam menarik jugak kalau letak coklat rice ni…so shida suka suki masukkan dalam adunan biskut badam mengikut resepi asal seperti yang tahun-tahun sebelum ini…tak kisah la derhaka ke apa..janji mak suka…shida x pernah pun makan biskut badam yang shida buat..teruk kan…yang pasti shida puas hati kalau mak dan ayah suka..sebab biskut badam adalah biskut kegemaran mak dan ayah…shida yang buat sahaja…makan nya tidak…

 

BAHAN-BAHAN :

250 gm mentega

250 gm gula perang

350 gm tepung gandum **

100 gm tepung jagung **

2 biji kuning telur

300 gm badam kisar

1 sudu teh bikarbonat soda **

badam hiris sebagai hiasan (shida guna badam kisar je)

** 50 gm coklat rice ** VERSI DERHAKA

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan bikarbonat soda ( ** ) ayak bersama-sama, apabila rata, masukkan badam kisar – asingkan adunan
  2. Mentega dan gula perang dipukul hingga kembang
  3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang
  4. Masukkan tepung yang telah diayak de dalam adunan mentega dan gula
  5. Uli dengan tangan hingga sebati
  6. DERHAKA *** masukkan coklat rice
  7. Biarkan adunan selama 15 minit
  8. Canai dan terap mengikut acunan yang bersesuaian
  9. Hias dengan badam hiris

 

Selamat mencuba

2 comments:

TS said... [Reply]

lagi derhaka kuih tu lagi sedap kot kak...

najihah sahami said... [Reply]

xpe kak...janji boleh telan. hehe