Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, December 29, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Blueberry

Assalamuaikum dan selamat hujung tahun…

2-3 malam lepas kakakecik melapis untuk dijadikan doorgift VIP kenduri sepupu Sabtu penghujung tahun 2011…bluberry paste masih lagi banyak..so dengan menggunakan adunan asas untuk kek lapis dan dikurang ditambah mandai kakakecik..so jadi la kek lapis bluberry…

bluberry

Bahan-bahan yang digunakan :

500 gm mentega

100 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

50 gm jem buah-buahan (kakakecik guna jem strawberry…yang nie yang ada pun…kalau ada jem blueberry TERBAIK)

3-4 sudu teh paste blueberry

2 sudu teh pewarna purple

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.

  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung  serta jem lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.

  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong..plain dan 1 bahagian lagi masukkan blueberry paste.

  5. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama..dan bagi lapisan berikutnya api atas sahaja)

  6. Lapisan pertama plain..lapisan kedua purple danulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

  7. Selamat Mencuba

 

bb

 

pssst : kakakecik guna mixer baru..best…laju je dia pukul…jimat masa…

8 comments:

Huda said... [Reply]

alamak nampak sedap la..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

nak sikit..sedapnyer...

Rozuan Ismail said... [Reply]

ye lah, hadiah hari jadi kan.huk huk

EnciK AxixOu said... [Reply]

sedap k?xpernah rase lg

aimie amalina said... [Reply]

huwaaa
nampak mudah je gaye akak cite ni
x penah lagi melapis
teringin sangat
kene cube ni
org ckp kene sabar skit ye melapis ni
huuu

nice kakakechik :)

Onitsuka_hana said... [Reply]

kek lapis mmg sedap. tapi masa nak buat tu lama.hehe xpuas klu makan sikit :)

sarah mohamad said... [Reply]

Alohhhhh sedapnyaaaa. Boleh try buat ni HEHEHE

Miss Amateur Cook said... [Reply]

wow banyaknye resepi kek lapis kat sini. macam2 jenis kek lapis ada. saya dah la suka sgt kek lapis. terus jatuh cinta dgn blog kakakecik ni. kalau kakakecik bagi saya rasa kek lapis tu cket boleh terus jatuh cinta dgn kakakecik. hehehe. ;b