Assalamualaikum dan selamat berpuasa..
Pasti ramai yang terkejut apabila terpandang tajuk entry kakakecik nie kan…mesti ada yang dok sok sek sok sek… “kahwin x jemput pun, diam-diam je”. Alhamdulillah Jumaat, sehari sebelum berpuasa..di hari terakhir bulan Syaaban kakakecik apa yang diimpi-impikan tercapai..Misi kakakecik mencari dan mendapatkan Suami Aku Ustaz terlaksana…
Terima kasih kepada adik dan Yen kerana berusaha untuk memenuhi impian kakakecik..memang tak sabar sangat apabila dikhabarkan…memang tak kuar bilik la bila dah dapat…tido lewat bangun awal…
Opss…sudah sudah..tak nak buat korang semua tertanya-tanya dan berbisik sesama korang…sebenarnya..kakakecik belum kahwin la..Akhirnya Aku Kahwin dan Suami Aku Ustaz hanya lah tajuk novel…
Kedua-dua novel nie telah membuatkan kakakecik berfikir, tersenyum, sebak, sedih sehingga menitis air mata dan ketawa terbahak-bahak sehingga penat…
Suami Aku Ustaz…karya pertama Hannah Dhaniyah terbitan Karya Seni yang berharga RM22.00 senaskah…membuatkan kakakecik tersenyum sensorang dan mengingati apa yang dikongsi apabila membacanya..kenapa? hanya kakakecik je yang tahu.. :) Bagi kakakecik novel ini dalam lucu, romantik masih ada unsur ilmu yang hendak dikongsi, dah tajuk pun Suami Aku Ustaz mesti la tentang Islam kan.. is turut menyelit tentang sejarah kemuliaan Nabi dan para sahabat serta pahlawan-pahlawan Islam pada zaman dulu.
Novel Suami Aku Ustaz ini tentang seorang remaja berusia 17 tahun yang bernama Alisa, anak tunggal dalam keluarga bakal amik SPM yang diminta berkahwin dengan sepupunya sendiri bernama Hafiz. Hafiz jugak merupakan ustaz yang mengajarnya Pendidikan Islam..EH, sebab apa plak Alisa kena kahwin, dia kan masih sekolah…SPM pun x ambil lagi..Memandangkan dia anak tunggal dan ibubapanya akan ke Mekah menunaikan haji. Bagi ibu bapa nya Alisa nie sedikit nakal, selalu keluar lepak dengan Pa’an dan Johan. Bagi menjaganya sepanjang pemergian ibubapanya menunaikan haji, ibubapanya bercadang menikahkannya dengan Hafiz.
Pada awalnya Alisa memberi berbagai alasan supaya dia tidak dinikahkan dengan abang sepupunya, tetapi dalam kepaksaan dia terpaksa menerima cadangan ibubapanya..Pernikahan mereka tetap berlangsung. So, Hafiz pakej 3 in 1 la bagi kakakecik, sepupu, ustaz dan suami..Sweet kan..dalam tak mahu kahwin tu pun rumahtangga mereka berlangsung dengan baik dan aman-damai. Semua nya dengan kesabaran dan peranan Ustaz Hafiz sebagai seorang suami yang sangat terbaik, romantik dan seorang yang memahami..
Okey tak nak cite panjang lebar..nanti korang tak pergi beli plak novel nie..memang tak rugi kalau korang beli ye…
Dah habis Suami Aku Ustaz….kakakecik menghabiskan masa sepetang di dalam bilik untuk menghayati Akhirnya Aku Kahwin…Novel kedua bagi Herna Diana, penulis Cinta 3 Suku…
Novel yang berjaya membuat kakakecik mengalirkan air mata, senyum, ketawa terbahak mengisahkan seorang gadis yang bernama Diana atau lebih dikenali dengan Didi (DD) stand for Diana Debab..Hehehehe..walaupun debab bagi kakakecik, Didi seorang yang baik hati, periang, bertanggungjawab dan seorang pemaaf. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Sampaikan dia turut dipermainkan perasaan oleh kawan sekerja nya, Azlan…Azlan, ko ingat cinta nie boleh dicaturkan…dicabar….Arrrgh tak suka la dengan Azlan nie…
Disebabkan kebaikan dan tanggungjawab Didi,dia telah menolong seorang lelaki yang sebenarnya CEO baru di tempat kerja nya…last2 Didi jadi anak angkat kepada tauke kilang tu…tambah jeles la si Minah ekcili tu…
Opsss Didi ni jugak kaki online…Anak Tabuan Comot itu la nick name FB nya…(agak-agak kalau search kat FB ada x profile Anak Tabuan Comot nie), Didi lebih selesa menceritakan masalah, kisah hidupnya kepada “Terhangat Di Pasaran” siapakah pemilik nick name itu…. Tunggu!!
Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.
Itu la, pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya.
Agak-agak korang dah tahu ke siapa pemilik nick name “Terhangat Di Pasaran”..nak tahu beli la novel Akhirnya Aku Kahwin, keluaran Alaf 21..RM 18.00 sahaja..
Bagi kakakecik novel ini sgt menarik...watak-watak yang mampu membuatkan kakakecik mengukir senyuman, membuatkan kakakecik menitiskan air mata..dan masih terdapat pengajaran yang sangat bererti bagi pembaca…cuma kat part kemesraan antara adik angkat dan abang angkat tu kakakecik tak berapa nak boleh terima…Hehehe..
pssst: bila la akan menjadi kenyataan sepertimana tajuk kedua-dua novel nie
14 comments:
suami aku ustaz best ek?berapa bintang?tengah usha2 novel ni..huhu >_<
Suami aku ustaz mcm kisah sorang kwn tp dia kwen lps abes SPM dgn sorang ustaz/pensyarah kt UIA
Singgah sini , salam kenal dari BP
kindly visit my blog : http://senyumindah90.blogspot.com/
Thanks :D
pinjam bole? hahaha
cdg cam nak beli salah satu buku ni for my lil' sis. any suggestion?
@haniekunie tahu xpe...sabo je la
@:sour n sweet: a'a best...5/5 star hehehe
@Cik Z@i Pen@nG oh ye ke..mesti sweet kan...
@Amy Farhana thanks...
@Sunah Sakura nak pinjam..dtg kedah hehehe..adik tgh baca skrg nie
@Mister Mirull Suami aku ustaz best...akhirnya aku kahwin pun best...hehe
@aDisH.sHidA tapi takkan nak beli dua2? -__-"
insyaAllah satu hari nanti mesti terlaksana apa yg akak doakan kt bawah tue.. :)
haishhhhh.. cam menarik ni...
minaat novel ka?? jom mai usha kat page sye..sye jual novel 2nd hand.. murah2..
https://www.facebook.com/pages/Bukan-Window-Shopping/
Post a Comment