Assalamualaikum dan selamat petang…
Alhamdulillah Sabtu lepas, tujuh haribulan tujuh tahun dua ribu dua belas..apa yang dirancang oleh kami sekeluarga dipermudahkan olehNya..walaupun agak kepenatan tapi berbaloi..dah seronok bila boleh menjamu jiran tetangga, saudara dan sahabat handai dengan makanan yang kita sediakan…
Bila kita jemput kenduri je..mesti orang tanya kan..kenduri apa..yang semestinya dorang ingat kenduri BERTUNANG…Ya Allah, kenduri tunang tu tatau bila..doa2kan la ye…ini kami sekeluarga hanya buat kenduri arwah (tahlil),kesyukuran dan doa selamat sahaja…lagipun dah nak posa kan..kebetulan jugak semalam 8hb birthday ayah…sekali harung..kumpul adik beradik semua..meriah sangat rasa…dah macam kenduri kawen je…
Bermula dari hari Jumaat lagi kami dah buat persediaan…pagi tu kakakecik bawak mak pergi beli barang kering dan basah…petang kami goreng ayam…kupas kentang dan bahan-bahan lain yang diperlukan..malam nya kami goreng kentang untuk dijadikan bergedil..bentuk2 bulat yang comey dah simpan dalam freezer…sebelum tido (EH tak tido pun malam tu) kakakecik buat kek karamel 2 biji…walapun plan nak buat 4 biji..tapi dah penat letih 2biji je kakakecik mampu buat…ice cream pun buat jugak…dapat la merasa sorang skit…
Sepanjang hari sabtu tu..memang bizi yang amat la..nasib baik ada sedara dan jiran yang datang membantu…jamuan makan tengahari…bukan tengahari la..sebab makan pukul 10.54pagi..dorang wat tahlil awal…petang tu kakakecik buat soto…memang itu yang kakakecik dah janji nak buat untuk besday ayah n mak..so kena la buat kan..1st time buat soto untuk orang ramai makan..5 ekor ayam..alhamdulillah…puas hati..
Selain sedara yang datang…adik2 KBU pun datang ke kenduri aritu…terima kasih semua yang sudi datang…maaf andai terkurang layanan…terlebih gurau senda…
psssst:hampir menangis apabila bertemu kembali dengan aima…tatau kenapa…
p/s : gambar tak sempat nak snap
2 comments:
gambar ambik kat belog kira.. hihi
thanks kak sudi jemput kami..
terlepas plak nk merasa kek karamel kak shida lg hehe
Post a Comment