Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 1433H #1 : Nasi Ayam D’Pelangi

Assalamualaikum dan selamat petang..

 ayam

Mesti waktu macam nie dah de yang sibuk di dapur kan..(bagi yang tak bekerja la)..apa menu berbuka korang yer…kakakecik untuk arini tatau lagi…sebab keje…semalam je boleh masak..cuti kan…memandangkan abang sulung kakakecik sekeluarga yang dok Perlis nak balik berbuka kat umah mak, so tanya la anak-anak nya nak makan apa…jawapan yang dorang bagi BABAU..kuih wajib bagi family kami bila bulan posa…kakakecik tanya la..kalau buat nasi ayam nak tak…dorang tak kisah…

 

Erm, bila ingat2 balik ayam ada sebelah je dalam freezer tu..so ajak la adik pergi kedai cari ayam dan bahan-bahan lagi…alamak banyak kedai tutup dan ayam dah habis…sapa suruh pergi cari pukul 2.30 petang….unplanned la…akhirnya dapat pun se ekor ayam, yang best nya kat kedai tu ada batang saderi, salad, tomato dan timun..memang dah lengkap la set nak buat nasi ayam nie…

  

Ini merupakan 1st time kakakecik buat nasi ayam yang lengkap dengan sos cili, sos kicap, sup dan deco2 dengan tomato, salad n timun..Jom kita tengok resepi yang kakakecik buat untuk berbuka kami sekeluarga pada 1 Ramadhan semalam.

 

RESEPI NASI AYAM D’PELANGI

Resepi asal : Pn. Hajah Sabariah (NASI AYAM PLANTA) – kakakecik dah lupa link nya..dah lama ambik resepi nie

Bahan dan Cara Membuat Ayam

  • 1 ekor ayam – dipotong
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 senduk kicap manis
  • 1/2 senduk gula
  • 1 kiub ayam (x de so x letak la)
  • 3 sudu minyak bijan (xde jugak)
  • 3 biji bawang putih – dikisar
  • 5 inc halia – dikisar

(kakakecik tambah 2 sudu lada sulah dlm perapan ayam nie)

  1. Rebus ayam yg telah di potong dan di cuci bersih hingga empuk.
  2. Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan di gunakan untuk menanak nasi.
  3. Campurkan semua bahan- bahan di atas.
  4. Lumurkan pada ayam yg telah di rebus tadi.
    Perap sekejap.
  5. Panaskan minyak yg banyak dan goreng ayam tadi.


Bahan dan Cara Tanak Nasi

  • 4 cwn beras - cuci bersih toskan (kakakecik lebihkan jadi 7 cawan)
  • air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
  • 1 senduk planta
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 2 batang serai – dititik
  • sekuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 ulas bunga cengkih
  • garam secukup rasa.
  1. Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan2 untuk menanak nasi.
  2. Masukkan air rebusan ayam dan beras.
  3. Tanak nasik sehingga masak.

 

Bahan Dan Cara Membuat Sos Cili

  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inc halia – kisar
  • 6 biji cili merah -  dikisar
  • 2 senduk sos cili
  • 1 senduk sos tomato (xde sos tomato, just blender 2 biji tomato)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar planta
  1. Campurkan semua bahan untuk membuat sos.
  2. Masak atas api dan kacau.
  3. Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat. (kakakecik tak masukkan pun planta)
  4. Perasakan dengan garam dan gula.

 

Bahan dan Cara Membuat Sos Kicap

  • 1 sudu besar planta
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 senduk kicap manis
  • 3 biji cili padi – dihiris (kakakecik kisar)

Tumiskan semua bahan sos kicap dgn planta.

**SELAMAT MENCUBA**

 

Alhamdulillah percubaan pertama kakakecik menjadi dan memenuhi citarasa..yang membuatkan kakakecik bersyukur sangat sebab Athirah kata SEDAP…kalah kat kedai intan..kakak ipar plak sambil makan tanya sos cili buat camne..sedap sos cili nya….KEMBANG sat…hehehe

 nasi ayam

Nasi Ayam D’Pelangi kakakecik…sori la set xberapa nak lengkap dalam pinggan nie..athirah punya..dia orang 1st makan dan suapan pertama dengan pujian…eh mesti korang pelik dan tertanya-tanya kan..nama nasi ayam d’pelangi, tapi xde pun pelangi berwarna warni..erm sebenarnya kakakecik letak nasi ayam d’pelangi sebab kakakecik guna marjerin pelangi keluaran Felda..bukan planta hehehe….

 

ayam nasi ayam

Ayam yang sedap dan lazat jugak…risau takut tak cukup suruh abg mie beli ayam golek seekor..sekali makan ayam nie sampai sahur…sahur tadi kakakecik makan ayam dengan sos cili nasi ayam d’pelangi…

 

InsyaAllah nasi ayam nie akan menjadi menu pilihan kakakecik di masa akan datang…dan pastinya ini bukan kali terakhir kakakecik buat nasi ayam…

2 comments:

Mrs. Abi said... [Reply]

nanti dari soto, ada pulak yg mintak nasi ayam kang....hahahahahaha

Kira Sakura said... [Reply]

kira ritu pestime buat nasi ayam, Alhamdulilah menjadi walau cubaan pertama hihihi