Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, July 4, 2012

Jom Memasak : HomeMade Aiskrim

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari…
DSCN9446
Tengahari2 begini sedap rasa nya kalau menikmati aiskrim…mau2 aiskrim tu buat sendiri..perghhh perasa apa nak…buat je…Senang ke nak buat aiskrim nie…senang dan mudah la jugak bagi kakakecik…Nie semua gara2 terpengaruh dengan aiskrim yang sahabat baik kakakecik di alam maya si Lydia Miza upload gambar di FB dan siapa ntah yang tanya bahan2 nya..kakakecik macam biasa la salin resepi nya…HAHHAHA…Ayah dan mak memang hantu aiskrim…tak salah mencuba..lagipun adik ilah dah lama dok mintak terai buat..tapi tak yakin sangat…


Memandangkan ini adalah julung-julung kali nya kakakecik nak buat aiskrim….keyakinan tu paham2 la kan…tak berapa nak yakin sangat…call miza dia lak x jawab…huhu..bermula dengan bahan-bahan nya lagi dah x yakin…Kenapa plak kakakecik tak yakin…ye la…susu segar pun tak pernah beli..tak pernah tengok pun camne rupa kotak ke botol susu tu…(kakakecik kan tak minum susu, kantoi sudah)..pastu sukatan yang Lydia Miza bagi pun just berdasarkan tin…alamak tin besar tu besar mana..kat sini yang besar susu pekat tu 1kg la…kalau yang biasa tu 500g..last2 kakakecik beli je semua nya yang besar2..susu pekat tin BESAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAR sekali, 1kg dan susu segar dutch lady 1 liter…dah le kena habiskan dalam masa 3 hari…demn memang 3 hari nie dok wat aiskrim je la…
 DSCN9423
  
Jom kita tengok bahan-bahan untuk buat aiskrim nie
Resepi : Aiskrim HomeMade
Bahan-bahan:
  • 500ml susu pekat manis (bagi kakakecik yang x gemar manis 500ml nie agak manis, so lepas nie kena kurangkan skit)
  • 250ml susu segar
  • 500ml air suam
  • 2 sudu besar ovallete
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen / perasa dan pewarna yang digemari 
Cara Membuatnya :
  • Campur kesemua bahan-bahan kecuali perasa +pewarna, putar dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang dan pekat..(lagi lama pukul lagi halus tekstur aiskrim nanti)
  • Masukkan perasa dan pewarna yang digemari..macam kakakecik buat 2 perisa..coklat dan jagung..untuk coklat –coklat paste + coklat rice, jagung pula – esen vanilla+jagung dlm tin). Kacau hingga sebati
DSCN9426
  • Akhir sekali masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti ais hingga ia beku
  • Selamat mencuba

Malam tadi memang tak sabar nak tengok hasil nya…rasa macam tak nak tido je..Eh sebelum tido tu sempat g pergi jenguk peti ais dan merasa skit keenakan ais krim nie..pergh memang sedap…kakak izzati dah x sabar nak buat lagi..blueberry, strawberry semua dah ada dalam list…

Pagi tadi bangun je tido terus terpa peti ais la nak tau hasil aiskrim yang buat semalam..ini la hasil nya…
DSCN9441

Erm…mak dah bagi penilaian…sedap kata nya..tapi bau susu…biasa la mak dah buat guna susu segar…kita lak jenis tak minum susu…takpe nanti kita try buat guna susu cair/susu sejat biasa..kalau menjadi hasilnya ok la….apa pun kali nie kita kena habiskan dulu stok susu 1 liter tu
DSCN9449
Nyum nyum nyum….harap sangat ayah suka dengan aiskrim nie…thanks Miza

pssst:dik ilah..balik sabtu nie kita buat yer…awin sila buat cepat…jadikan stok peti ais kamu

5 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

sama2 shida..

izyantyPersonalTaste said... [Reply]

skrg musim hujan cini he3...teringin nak buat sendiri gak, tp tak suka aiskrim..

missina said... [Reply]

suka jugk aiskrim,,rupanya mcm senang ja noo,,;)

Outbound Training Malang said... [Reply]

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

mr E oSk gurL said... [Reply]

akak...overlatte tu cm ne ye?