Kakakecik ke Johor minggu lepas bukan semata2 berjumpa dengan sahabat2 yang kakakecik kenal di alam maya...tetapi jugak dengan izin daripada Allah kakakecik dapat bertemu kembali dengan orang yang kakakecik begitu rapat pada suatu ketika dahulu..
Cafeteria Noor menjadi saksi pertemuan kami...bermula dengan Kak Azie sekeluarga..Kak Azie adalah sahabat kepada kakak Kakakecik..mereka mengenali antara satu sama lain pada tahun 1998 semasa masing2 belajar di Kolej Negeri..walaupun kak Azie sahabat kepada Kak Ja..tetapi kakakecik juga rapat dengan nya...hampir 8 tahun jugak kami tidak bertemu..seingat kakakecik kali terakhir kami bertemu adalah pada majlis perkahwinan Kak Ja pada tahun 2005..sekarang dah di tahun 2013.
Ada yang mengatakan muka kami seiras..seperti dua beradik...
Bergambar kenangan dengan family Kak Azie dan Abg Rizal...sudah 4 orang pun anak kak Azie..tapi maintain mcm anak dara lagi
Kak Azie terima kasih kerana sanggup datang dari Bukit Indah untuk berjumpa dengan Shida..walaupun sekejap tetapi ia amat2 membuatkan shida sebak dan sedih sehingga mengalirkan air mata...tatau kenapa Shida rasa sedih sangat saat itu..mungkin antara kita sudah seperti adik dan kakak..(sebak plak bila menulis kembali saat itu)...Terima kasih jugak kerana belanja shida dan kekawan sarapan pagi tu dan buah tangan strawberry cheese tart serta kek lapis berempah itu..
Kek lapis dan cheese tart tu Kak Azie buat sendiri..dia ada bisnes Home Bakery...macam2 juga dijual..kalau sama berminat nak mencuba air tangan kak Azie boleh ke Rizziees Bakery House (Kak Azie jugak adalah jiran kepada blogger Sis Lin)
Tak lama selepas kak Azie balik...kakakecik sempat la berborak kejap dengan adik2 blogger lelaki tu...pastu datang plak seorang adik junior yang kakakecik kenal masa study dulu..kira rapat la dengan dia..selalu pegi bilik dia lepak makan tido kat bilik nya...last kakakecik jumpa Alin, pada tahun 2009..time kenduri kawen dia..itu la kali pertama kakakecik ke Johor...naik kapal terbang lagi sorang2 plak tu...
Dan pada 26 Januari 2013, Sabtu lalu kami bertemu kembali...kalau dulu Alin sebagai pengantin baru..tetapi kali ini alin bakal seorang ibu..walaupun tengah sarat mengandung Alin tetap datang jumpa kakak dia seorang ni...terima kasih Alin...
Sebenarnya kakakecik ingat nak jumpa alin kat area umah nya di Kulai..tetapi tak tau yang dari Sedenak ke Sg Sayong akan lalu depan taman umah alin...so tak dapat la jumpa di Kulai...apa pun akak memang tak sangka alin akan datang jumpa dengan akak..walau kejap...Alin..akak doakan semoga urusan kelahiran cahayamata pertama kamu dan Jani akan dipermudahkan..dengar2nya baby boy..elok sangat la..mak kan xde anak lelaki..mesti akan jadi cucu kesayangan punya lah...
Alhamdulillah dengan takdir Ilahi kakakecik dapat bertemu dengan orang-orang yang kakakecik rapat..walaupun ada lagi seorang dua yang belum punya jodoh untuk bertemu...insyaAllah nanti kita bertemu ye...
p/s : masih terkenang2 trip ke johor....
6 comments:
ada jodoh pasti bertemu lagi ;)
Kisah Ibu Pencen Muda
pertemuan yang mengesankan ni, Shida.. semoga ada lagi ulangannya..
@Waney Zainuddin insya Allah..begitu la diharapkan...
@Seri Kandi Tanah Jauhar memang pun akak...memang berkesan di hati ini..
moga bertemu lagi dengan mereka dan mereka yang lain
wahhhh ramai jugak yg akak jumpa masa gi sana ek. Alhamdulilah dipermudah kan kak
@kiera'sakura begitu la gayanya...kalau ikutkan ada lagi yang akak nak jumpa tp x punya kesmptan..alhmdlah dipermudahkan
Post a Comment