Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, February 27, 2012

Jom Memasak : Ayam Masak Pedas, Apabila TERPIKAT Anak Teruna Memasak

 

Assalamualaikum….dan selamat petang di suasana suram mendung suam2 kuku…

 

Anak Teruna mana plak masak ayam masak pedas nie sampaikan kakakecik telah terpikat dengannya…HAHHAHAHA..

Tengahari semalam kakakecik telah terpikat dengan masakan anak teruna KL yang simple tetapi menyelerakan…kakakecik orang 1st kot komen bila Ady upload gambar di FB nya….dengan muka tak malu nya tanya Ady Budika… “erm......ayam tu epol goreng dulu kan...pastu sambal tu guna cabai besar n cmpur cabai melaka skit kan” …bertuah punya abang.. “shida.. biaq epul jawab.. ady tak tengok sgt dia masak tadi..ehhehe”

 

Terpaksa la kakakecik menunggu Epol sedang menikmati nasi + ayam masak pedas di depan TV hingga habis…15 minit jugak la menunggu di gambar ini…jamu mata je la…

Akhirnya epol memberi respon tentang ayam masak pedas nie…

epol

YES YES YES…memang boleh buat la dari apa yang epol bagitau nie…mungkin kakakecik akan tambah sedikit apa yang perlu…jom tengok ayam masak pedas versi kakakecik pula..kakakecik buat pagi tadi (kebetulan ada stok ayam di rumah)

DSCN8115

Bahan-bahan :

4-5 ketul ayam yang telah dipotong dan dibersihkan**

Garam dan serbuk kunyit ** (gaul dan perap sekejap)

1 keping asam gelugur

Garam secukup rasa

1/2 cawan air

Bawang besar yang dipotong melintang

 

Bahan kisar:

Cili besar + cili padi (kuantiti bergantung kepada citarasa masing-masing) – kakakecik guna 5 bj cili padi + 3 biji cili besar

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 cm halia

 

Cara-caranya :

  1. Goreng ayam yang telah digaramkunyit sehingga keperangan - Ketepikan
  2. Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan kisar, masukan garam secukup rasa, asam gelugur dan air.
  3. Kacau hingga masak dan pekat.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong melintang biarkan ia sedikit kecut dan masukkan ayam goreng.
  5. Sedia dihidang dengan nasi panas…Selamat Mencuba

 

pssst : sekarang ni ramai anak teruna bujang yang pandai memasak…anak dara tak tercabar ke..thanks epol…ayam nie ala2 ayam penyet gitu…esok2 nak mencuba ayam burma CMG plak

2 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

resepi yg sama saya cmpr 2 batang serai. mmg kegemaran suami..sedap.

kiera'sakura said... [Reply]

x tercabar pun... hahahaha :p