Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, February 28, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel 3 in 1


7

Assalamualaikum dan salam sejahtera…alhamdulillah malam tadi kakakecik buat lagi kek karamel untuk kali ke 5 tetapi ini adalah hasil kek karamel ke 6 dan 7…rajin tak kakakecik buat 2 biji kek sekali…rajin rajin kan…cepat puji kakakecik rajin….ceeeeeh tak malu punya orang kan kakakecik nie…ok jangan nak perasan lebih ye…sebenarnya kakakecik buat 2 biji sekali nie nak jimat masa, 1 biji untuk mak nyang imah yang tempah sekian lama..dah 2kali kot dia dok tanya…kek dia bila nak..hahaha…1 biji lagi tu untuk makan2 di rumah la kan…nanti terliur plak mak ayah n adik di rumah tu…

Untuk sekian kali ini kakakecik cuba buat perasa coklat, strawberry n oren…kalau tak asyik-asyik  nak wat perasa pandan oren je kan…apa kata kali nie kita letak color yang agak menarik. 2-2 biji buat perasa yang sama je..senang dan memudahkan kerja…xperlu basuh bekas banyak kan….lagi satu malam tadi kakakecik gedik gatal tangan lebih…dok p lorek2 atas nya..dah le masa letak adunan tu comot dah..cer tengok gambar tu…kan comot rupa nya…
2

Apapun tak kisah la kan…resepi masih sama macam yang sebelum ini…apa malas nak g sana…ok ok kakakecik share jugak di sini ye…jangan merajuk ok..jom kita semak resepi nya…

KEK KARAMEL
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang
Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan

Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan

Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar
**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang dan apabila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)
Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN (senduk kayu atau plastik...SPATULA)..kaedah kaup balikapabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 3 adunan, satu pewarna oren + perisa orange, 1 bahagian pink+merah dan perisa strawbery dan 1 bahagian lagi kakakecik tambahkan serbuk koko + choc emulco)
  1. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 2senduk warna pink ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 2 senduk adunan coklat di atas adunan pink dan 1 senduk perasa oren di atas perasa coklat..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
  3. Panaskan oven selama 10 minit
  4. 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  6. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
 
Selamat mencuba

 3 kek yang tak dapat dipotong….tempahan dari mak nyang imah
 5
daripada loyang 4 segi untuk makan-makan sekeluarga…cantik kan color dia…sedaaaaaap nya makan sejuk-sejuk bila baru bawak kuar dr peti ais..malam tadi sanggup letak kek ni bahagian beku tau..sebab nak makan cepat hahahaa…teruk tak perangai kakakecik..oppps nie adik pikah yang suruh buat mcm tu..kakakecik ikut je kata adik…


pssst : kek karamel ku ini akan langkah laut sekejap lagi…

6 comments:

Mat Gebu said... [Reply]

Menggoda..cm tak buat lagi, tunggu minggu depan..insya Allah..

Huda said... [Reply]

wah terernya buat kek ni, lately ni saya nengok memang ramai suka buat kek ni, plus dapat buat bisnes lagi kan..:)

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Mat Gebu waaaaaaaaaaah tak sabar nak tgok yang CMG nyer kek karamel nie..mesti mabeles punya kan

kiera'sakura said... [Reply]

kak shidaaaaaaaaaaa nak kek nie.. seyes nie.. wane pink tue..huhuhuhu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Huda a;a huda ramai yang buat..walau sedikit renyah byk step nak kena buat..tp puas...bila makan sedap..cuba la buat...

tahu xpe boleh buat bisnes...alhmdulillah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

shida..geram tgk kek ni..nak buat sgt tp msh tak berani..huhuhu