Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, February 19, 2012

Jom Memasak : Kek Batik Arora

Assalamualaikum….kakakecik rasa bersalah le plak, kecian dekat kawan2 di Fb terutamanya Kak D dan  Lydia Miza sebab kakakecik dok post gamba makan-makan…maaf ye kak D dan Lydia Miza. Biasa la dah 2 hari cuti ada je la yang kakakecik masak. Sampaikan malam jumaat…kakakecik buat kek batik arora yang resepi panas2 dari CMG, kena perli dengan Pak Su… “rajin sungguh la anak menakan sorang nie..tapi xde jugak orang datang *****” oppps cheq masak nie bukan utk orang datang teeeeeeeeet…saja nak wat makan2…kira untung la kan paksu semua dapat gak makan. HAHAHHAHAHA…

 

Ok la, petang khamis tu CMG telah up entry kek…KEK BATIK ARORA…warna nya memang menarik sangat…bila kakakecik belek2 dia punya resepi…semua bahan ada..kecuali butter..so, selepas habis kerja…singgah pasaraya beli butter, tepung kek, pewarna tambahan…Kat rumah plak cari bekas loyang lubang tengah..dah lama x buat kek berlubang tengah..tapi adik pikah x suka…sebab dia x suka makan kek yang tepi2…kakakecik dan adik ilah suka makan bahagian tepi…

 

Memang betul kata CMG kek batik arora yang warna warni nie mampu memikat hati kanak-kanak…Di malam kejadian, si aisya yang sudah tidur sebab demam terjaga bila ibu, achik, achu dan tok su nya sedang menikmati kek batik arora..terus ngap kek…2 keping jugak aisya nak..si adib anak mak su pun dah makan nak lagi…Esok nya pun aisya masih mintak kek batik arora itu…seronok tengok aisya makan walau warna yang Ateh dia buat agak menakutkan hehehhee..

kek

warna agak menakut dan menggerunkan tidak menggentarkan aisya untuk makan

 

Jom kita semak resepi yang kakakecik dapat kat blog DTS

BAHAN-BAHANNYA :

  • 250 gram mentega
  • 100 gram gula kastor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 250 gram tepung gandum* (kakakecik guna tepung kek)
  • 2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) – tak guna sebab guna tepung kek
  • 6 biji telur gred A
  • 1 camca teh ovallate
  • 5 jenis perisa pilihan anda (ikut pilihan mat gebu seperti di bawah)
  • Pewarna oren = perisa oren
  • Pewarna merah = perisa stoberi
  • Pewarna violet/ungu = perisa blueberry
  • Pewarna coklat = perisa coklat emulco
  • Pewarna hijau = perisa pandan paste

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
  4. Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
  5. Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap. (kakakecik malas nak masuk dalam plastik..so sudu2kan je tu yang x cantik susunan color dia)
  6. Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (1st time ayak gula aising sbg hiasan : mak tanya wat apa tu). Hidangkan...

 

Selamat Mencuba

 

pssssst : mak su siap mintak separuh kek tu utk bawak balik umahnya….kek batik arora salah 1 kek pilihan kakakecik…

1 comments:

Unknown said... [Reply]

sedap2

ish paksu ni

ade ke kate cmtu

mesti ade nye la

jgn isau eh akak