Assalamualaikum…
Jumaat : Penghulu segala hari
Jumaat : Hari cuti bagi negeri Kedah
Jumaat : Hari kakakecik akan masak sesuka hati di dapur
Jumaat yang lepas merupakan hari yang agak mewah dengan makanan bagi keluarga kakakecik…kakakecik macam biasa la ada je nak masak itu ini…jika malam sebelum kakakecik buat kek yang menakutkan tapi menyelerakan…dan pada malam itu juga satu-satu kakak kakakecik meminta kakakecik buat laksam… memandangkan kak ja sedang mengandung…tak sampai hati kakakecik nak menolak permintaan nya…lagipun kakakecik sendiri dah lama tak buat laksam…
Pukul 9 pagi dah kerah abg mie…abg ipar merangkap suami kak ja pergi beli ikan selayang, tepung dll keperluan utk membuat laksam serta kuahnya…dah siap dia beli..kerah pulak kopek kulit kelapa yang kakakecik x mampu nak asingkan antara kulit dan tempurung nya..dah alang2 kopek tu mesin la siap2 yang abg ipar ku…untuk isterimu jugak…
laksam yang mengidam makan tak banyak mana pun…
Di petang jumaat itu jugak mak dengan rajin serajin rajinnya….membalut ketupat…saja untuk makan-makan agih2 kepada sedara terdekat..kebetulan kat kebun banyak daun palas…beras pulut kenduri akikah Sorfina masih ada lagi baki nya… untuk kali nie mak buat 2 jenis..pulut hitam dan pulut biasa….kakakecik tak makan pulut hitam (bukan takut gelap kulit nie)
ketupat daun palas…1st time masak teknik mengukus
sebahagian ketupat untuk diagih / diberikan kepada sedara2 terdekat
Tak sedap la kan kalau makan ketupat tanpa ada pencicah nya…kakakecik yang sememangnya rajin nie buat la serunding ikan bilis…
Serunding ikan bilis…bukan rendang yer….kami sekeluarga suka serunding ikan bilis basah2
Alhamdulillah akhirnya kami sekeluarga dapat menjamu sedara terdekat dengan laksam, kek dan ketupat…mana yang tak datang rumah, mak hantar ketupat ke rumah. Moga-mogaan kami sekeluarga dilimpah rezeki olehNYa…
pssst : mak ngah siap tanya birthday sapa plak nie..bila kakakecik kol jemput mai makan di rumah…
4 comments:
salam,
my fav tu laksam n ketupat palas tu...
erm, rsnya alumni gathering @ teratak CMG ni sume expert masak2 ni... tgk si nadh tu selalu main masak2, hehehe...
lain kali klu kita ada gath ni, setiap org kena bw masakan masing2 kan...
bila nk panggil adik2 KBU mkn2 lg nie? hihihihihi
sedAOOOPPPnnyaaaaaa
suka laksam
ni yg nk pi rmh kakakecik ni
bestnya buat makan2... berkelah pulak ramai2..oohhh mmg syurga :)
Post a Comment