Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, February 13, 2012

Jom Memasak : Kek Lapis Tembikai

 DSCN7988

Assalamualaikum…selamat petang

 

Semalam kakakecik dapat panggilan telefon dari seseorang tempah kek lapis tapi tak berbayar…nak FREE..untuk bagi makan-makan kepada tetamu yang datang ke rumahnya esok…kakakecik syorkan kek karamel je..tapi pemanggil tu kalau boleh nak jugak kek lapis….waaaaaaaaaaaaaaaah nasib baik pemanggil tu seorang IBU yang kakakecik panggil MAK….penat macam mana pun di kedai nie…kugagahi jugak melapis malam tadi…selepas mak kol petang semalam…kakakecik terus belek2 resepi kek lapis yang masih kakakecik save kat pc nie…salah satu nya kek lapis tembikai…memang dah lama kakakecik nak buat…lagipun mak nyang imah (adik ipar mak) ada bagi 3 kotak kismis hitam…so, memang sesuai la kan kakakecik buat kek lapis tembikai, kismis tu jadikan biji nya…

 

Memandangkan kek lapis tembikai yang kakakecik (dah lupa dari mana kakakecik dapat resepi nya, myresepi kot) menggunakan sukatan gelas..so terpaksa la mintak tolong pakcik google….Sunah…jika terdapat keyword yang lebih kurang bunyinya “1 gelas tepung bersamaan berapa gram kek lapis tembikai” tu keywords akak la ye (kantoikan diri sendiri)..hehhee….thanks Sunah, akak tambah tolak sukatan gelas Kek Lapis Tembikai Susu kat Selera Sakura

DSCN7991

 

Jom kita semak resepi kek lapis tembikai nie…

 

Bahan-bahan :

10 Biji Telur Gred A

500gm Mentega

1 gelas gula (kakakecik guna 200gm ikut Sunah)

3 gelas tepung (kakakecik guna 450gm rasa nya….tak ingat la dah tua)

1 gelas horlicks (kakakecik guna 100gm)

1/2 tin susu pekat

1 tin kecil sri kaya

1 sudu makan perasa tembikai (xada)

Pewarna merah + strawberry paste

Pewarna Hijau + Pandan paste

Esen Vanilla

Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya

 

Cara-cara :

  1. Gula + mentega di pukul hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata.
  4. Masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi.
  5. Masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata.
  6. Bahagi kepada 3 bahagian :- 1. 3 senduk + pandan paste 2. 2 senduk biar plain 3. selebihnya + pewarna merah
  7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
  8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.

 

Selamat Mencuba

 

pssst: malam tadi cuba guna oven besaq tu…tapi berasap la…..uwaaaaaaaaaa…last2 guna je oven kecik nak wat bakar kek karamel…rugi 1jam utk melapis kek lapis tembikai nie…ibu yang baru lepas pantang tepat jam 12tgh malam dikejutkan makan kek lapis panas2..

 

** apa yang kakakecik dapat dari pakcik google…1 gelas tepung = 155gm…ada yang kata 1 gelas tu = 1 cawan metrik…ntah betul ke tak tatau la….ada sapa2 yang tau sukatan sebenarnya nie..tolong inform yer

8 comments:

Sunah Sakura said... [Reply]

tengok juga gelas besar mana tu kak..tapi kalo akak da biasa buat kan, akak leh decide sendiri berapa gram tepung yang sesuai...biasa 180 gram da ok kan..

tapi yang ni rasa dia ok tak? kalo ok, on je la..

kakchik@ella said... [Reply]

uishhhhh .. nmpk sedap je kek tu. respek arr kat org yg pandai dan sabar buat kek berlapis2 camni. KC pemalassss. hihihi.

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Sunah Sakura
itu la sunah..akak sendiri pun konpius...tu akak ikut yang sunah nyer..sebab tengok telur n lain2 sama je kuantiti..just butter n tepung je lain skit...

rasa dah ok...mak pun suka..katanya tak rasa horlick sgt...akak risau gak takut muak n manis...so far ok...

fezaL Mohd said... [Reply]

sedap tu ! terbaik ah

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kakchik@ella

thanks kak chik...shida pun tak terucap terima kasih kpd CMG dia yang suruh shda buat...alhmdlah family suka...shida pun melapis la...nak kata rajin tu tatau la kan...boleh la nak makan kan hehehe

KC pun rajin la....hehehe

Rozuan Ismail said... [Reply]

dah macam tembikai betol.huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

yg ni pki tepung biasa ke tp hongkong kakakecik?saya luum beli tpg hongkong lg.takda duit nak beli tiket ke sana..ehehe

kiera'sakura said... [Reply]

insyaAllah satu hari nanti kira buat jugak :)