Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, February 9, 2012

Jom Memasak : Sambal Bilis, Dek Tergoda dengan CMG

Assalamualaikum…

 

EHem Ehem….tajuk entry boleh bikin gempak nie kakakecik….sejak bila tergoda dengan CMG nie….eh eh korang tatau ke yang dah lama kot kakakecik tergoda dengan CMG…hampir 2 tahun dah jatuh cinta dengan resepi2 masakan nya di Dapur Tanpa Sempadan…baru2 nie CMG ada buat sambal kentang bilis…walaupun simple tapi kakakecik memang suka sangat la sambal bilis nie mau lak ada kentang…so berangan la masa dok belek2 entry di DTS tu yang malam nanti nak buat…sekali asyik dok tengok Vanilla Coklat tak terbuat…

 

Pagi semalam baru kakakecik buat…tapi kuciwa nya sebab kentang dah habis…jadi la sambal ikan bilis kering sahaja…dijadikan bekal utk bfst dan lunch semalam…simpan skit di rumah..konon balik malam lepas kerja boleh la makan dengan roti ke apa…sekali dah pesan roti dengan mak su, sambal bilis dah habis la…kena la buat semula…malam tadi kakakecik buat banyak skit 2 genggam jugak la ikan bilis tu…senang boleh makan banyak kali…

DSCN7945 Sambal bilis kering + roti gardenia…sedap enak di makan di waktu pagi dan petang…

 

Jom semak resepi bahan dan cara bagaimana kakakecik buat sambal bilis nie..sama tak dengan korang semua kan

 

Bahan-bahan :

2 genggam ikan bilis yang telah dibelah, rendam dan toskan

3-5 sudu besar cili kisar

2-3 sudu gula

1 keping asam gelugur

1 cawan air

garam secukup rasa

1 biji bawang besar – dipotong melintang

2 ulas bawang putih- ditumbuk halus

3 ulas bawang merah – ditumbuk halus

 

Cara-cara :

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan kekuningan. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, air, asam gelugur, gula dan garam.
  3. Biarkan ia masak sehingga pekat dengan menggunakan api sederhana dan masukkan bawang besar(jangan lupa rasa ye)
  4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, gaul hingga rata dan kering.
  5. Tutup api, biarkan sejuk…siap dihidangkan dengan nasi panas or makan dengan roti

 

Selamat Mencuba

 

psssst : ada lagi 2 keping roti utk petang nanti, teringat plak kenangan zaman study dulu selalu buat sambal nie bawak balik kolej…si Ruzz pun pandai buat sambal bilis kering nie…dipanggil nya sambal bilis jawa….sedaaaaaaaaap

3 comments:

tupperware_merah said... [Reply]

errr, resepi kita tak same la kak. kihkihkih...

Elly Jade said... [Reply]

sedappnyaaaaaaaaaaaa

Kira Sakura said... [Reply]

kira slalu goreng garing ikan bilis tue.. lg sedap nk mkn..hihihi

**kira ske tumis ikan bilis dgn asam.. ;)