Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, March 25, 2012

Jom Memasak : Kek Pandan Ori Punya

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

IMG_2629

Dah lamaaaaaaaaa daaaaaaaaaaaaaah adik-adik kakakecik dok sebut2 dorang dah lama tak makan kek pandan..teringin sangat nak makan…al maklum la sejak2 gila dok wat kek lapis dan kek karamel, kek pandan yang sebelum nie kakakecik selalu buat pun dah tak terbuat…jumaat lepas, sampai je rumah dari berkelah dengan adik2 KBU di Bukit Perak… terus adik n adik ilah “ kak shida, kami lapaq kek pandan la”“p la amik daun pandan, kalau nak kak buat” adik dengan bermalasan pergi la ambik daun pandan kat umah mak ngah..orang suruh amik secekak je…dia  hentam amik 2 cekak…banyak sangat kot adik…

 

Alhamdulillah bukan saja menjadi rezeki adik2 serta  keluarga kakakecik tetapi jugak rezeki Syakira dan Jucy yang dok tengok kakakecik buat dan mereka pun dah jatuh cinta dengan kek pandan nie…mudah saja cara membuatnya…jom kita semak resepi yang kakakecik peroleh daripada mak sedara “mak su zah” sejak dari tahun 1995 dulu…eliani dan ezwani sepupu kakakecik pun suka kek pandan nie…dorang dah try buat..tp guna paste pandan dan pewarna hijau..so dah tak ori la kan..kakakecik masih lagi mengekalkan ori nya dengan menggunakan daun pandan…

IMG_2626  

 

KEK PANDAN

Bahan-bahan :

250gm marjerin (kakakecik guna mentega)

200gm gula kastor

5 biji telur gred A (memandangkan kakakecik xde telur gred A..kakakecik buat jumaat lepas masukkan 6bj telur gred C)**

250gm tepung gandum (tapi kakakecik guna tepung kek sebab nak habiskan tepung kek yang ada)*****

1 sudu teh serbuk penaik****

Daun pandan  (dipotong-potong) **anggaran dlm 15-20helai..(ikut suka nak letak banyak mana…kakakecik selalu letak 1 bekas blender)

 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. (tapi aritu kakakecik tak lenser dan alaskan pun tin dengan kertas sebab kiera dah buang kertas mentega, hahahaa, kakakecik sapu je tepung jenuh jugak adik kakakecik nak tanggalkan kek tu)
  2. Satukan tepung dan serbuk penaik - diayak. Ketepikan.
  3. Telur dan daun pandan dikisar menggunakan blender (TANPA AIR) – tapis dan ketepikan (dulu kakakecik pernah tersilap blender guna air..rugi 5biji telur tau)
  4. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan kelajuan, masukkan telur+daun pandan yang telah ditapis. Putar lagi hingga kembang dan sebati.
  5. Masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga habis.
  6. Tuang adunan dalam tin dan ratakan. Bakar 35 - 40 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi  atau cake tester, jika keluar bersih tanda kek anda sudah masak. Sejukkan kek atas jaringan. (adik kakakecik jenis suka makan panas2 so tak sempat la nak sejukkan hehehehe)
  7. Selamat Mencuba

 

 

psssst : jucy dan kiera pun dah jatuh cinta dengan kek pandan nie…jucy siap kata nak cuba buat dan nanti boleh bagi kat mak mertua dia tiap2 minggu lagi

3 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

rasa mcm kena beli over jer.. ada gak menda nk buat klu weekend x balik..huhuhuhu

juicy X said... [Reply]

overrrrrrrrrr la kak kira ni!hakhakhak

Erin Azizan said... [Reply]

bahan2 dia mudahnyaa hemm nt kena try ni...utk special occasion..