Assalamualaikum…dan salam sejahtera
Petang Jumaat selepas berkelah lepak santai di dalam air di Bukit Perak bersama Kiera, Wany, Jucy dan Pakcu…rahsia kakakecik didapur telah terbongkar…habis la rahsia2 kakakecik yang simpan selama nie..Nasib baik si Kiera dan Jucy je yang membongkarkan nya, Wany terpaksa balik awal…depa berdua itu pun dah riuh…Sebenarnya Jumaat tu kakakecik tunaikan hajat permintaan Kiera untuk sama2 membuat kek karamel…gelabah jugak la kakakecik di dapur bila ada orang lain memerhati kan apa yang kita buat…serius kakakecik tak biasa masak dengan orang luar…selalu msak sorang2, tak pun dibantu oleh adik2 dan kakak.
Masih kakakecik ingat…time nak asingkan kuning dan putih telur tak menjadi…Kiera siap gelak besar kat kakakecik…nak kena la tu….kakakecik tak wat kek karamel pink yang dia nak baru tau…silap tak ugut petang tu…mau gak nangis budak tu…
Ketiga-tiga gadis ini lah yang membongkar rahsia kakakecik di dapur…dah bongkar rahsia kakakecik..suruh plak kita yang snap pict dorang lokasi di dapur…..tak de tempat lain ke hampa nak posing…sabo je la…(motif nak tayang baju baru KBU) tahu la baju kakakecik kena hantar semula sebab kesilapan saiz (saja nak mention kata berat badan dah naik..46kg dah…rahsia nya makan la kek setiap minggu)
Gadis dari Perak, Kiera sedang khusyuk mengasingkan 12 biji telur putih dan kuning untuk membuat kek karamel…time nie kakakecik dok pulun wat kek pandan yang adik2 nak makan….nasib baik ada pembantu si kiera nie…Jucy….tukang tengok je la..HAHAHAHA..dia teruja tengok adunan kek pandan…hijau yang memikat…
Kek pandan yang menjadi rebutan…resepi KLIK DI SINI…
Meringue….cantik putih gebu….suka tengok walau ada bau telur…bila dah campur adunan kek nanti hilang la bau telur tu….jangan risau ye Kiera..
Ha…..dorang siap gilir2 lagi untuk putar adunan kek….saja nak dera dorang…padahal da je stand untuk mixer nie….(agak2 nie gambar bergaya lebih or betul2 dorang tgh wat keja)
Antara lapisan Pink,Coklat dan Pandan Oren mana lagi cantik…kalau nak tau yang pink tu mesti la hasil tangan kiera…oppps tangan kami bertiga…kakakecik wana coklat kot, jucy wana cream….yang pandan oren tu kakakecik lapis sorang2…jucy siap puji lagi kata cantik..kembang hidung yang tak mancung nie…
Memandangkan sorfina jengah tengok aunty auntie dia buat kerja di dapur..so kena nak kidnap utk bergambar…eh eh kenapa sorfina buat muka mcm tu kat auntie kiera….hehehhee
Sementara menunggu kek dalam oven tu masak…kiera n jucy buat lawatan mengejut ke bengkel mak…selongkar habis kotak2 bunga mak…sekali bunga matahari menjadi rebutan…Konon2 dorang nie nak jadi Kiera Lulu dan Jucy Lulu la…berbunga matahari yang mak hasil kan dari daun getah…sorang nak pose konon macam gambar syok sendiri amik dr atas..sorang nak dengan 3 kuntum bunga…macam berminat nak jadikan bunga pegang masa majlis hari bahagia je…kalau berminat bagitau akak erk.
Kiera takut2 nak bergambar dengan pokok bunga “harum sundal malam” hahahahaa….saja kakakecik bagitau nama tu..sebab bunga tu wangi bila malam2…Okey dah azan maghrib la..jom masuk…kek pun dah nak masak tu…ye haaaaaaaaaaaa..sampai pukul 8.30malam jugak la kiera n jucy kat umah kakakecik…semata2 untuk kek karamel..sebelum balik sempat jugak la dorang jamah sekeping 2 kek karamel…kakakecik tapaukan setiap sorang 1/4…cukup ke tidak…
Pembahagian kek karamel strawberry, coklat vanilla…setiap 1 rumah dapat 1/4 sama adil kan..
Kek Karamel permintaan syakira…..syok la tu ada wana pink..sori kiera akak terajin plak lapis setiap warna nie 1 senduk..so tak menjadi la macam kiera nak akak buat sebelum nie..
Kek Karamel…pilih nak yang mana 1…kalau nak yang perasa PANDAN OREN ke SINI dan kalau yang STRAWBERRY COKLAT VANILLA di SINI…
pssst: seronok bila memasak nie….lagi seronok kalau apa yang kita buat tu orang suka…suka makan…rasa bersemangat je kan..alamak ada orang tanya mana kek dia..janji nak kasi time birthday nya aritu..ingatkan dia lupa….nak kena buat la nie…
3 comments:
Sajalah tu...up2 entri kek karamel...haha...nanti lahhh...
tue la buat pelik lagi bila tgk kira asingkn putih telur tue.. hahhahaha
klu nk buat bunga pegang nanti kira gitau akak erk.. cita2 tue ada.. #Ehh
seyessss sedap kak kek2 tue,, x kisah la sesenduk ke ape ke jnji masuk mlut sedap.. mkn time sejuk lagi sedap.. osmate kira bg rasa sesudu dua jer.. kihkihkih.. tue pown diorg mntk buatkn nanti ble dh bli oven...
kamu memang rajin meng kek kan diri ye...*jeles*
Post a Comment