Coretan Terbaru KakakeciK
Wednesday, January 16, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Happy Birthday Adik
15 Januari 1990, seawal jam 1.30pagi kami dikejutkan oleh ayah..ingatkan ayah kejut bangun pegi sekolah cepat2 je kami adik beradik berebut ke bilik air...ayah gelak kan kami..rupa2nya ayah kejut kami semua bagitau yang mak dah bersalin...alhamdulillah setelah 7 tahun kami dah dapat adik lagi...
Monday, December 24, 2012
MyBesday : Thanks Aima, Family NEZ & Myrza
Assalamualaikum dan Selamat Petang
Masih lagi dalam mood sambut besday…bermula dari Jumaat dah celebrate,kiranya in advance la..awal 2 hari.hehehe.Jumaat bersama Aima dan Syafinaz..jejalan perlis..macam la jalan 1 perlis kan…padahal hanya ke Padang Besar dan Kuala Perlis..konon Aima sehari bersama besday gurl disember..walapun plan awal nak ke Pulau Aman..tetapi Aima teringin nak pegi Perlis..dia xpernah sampai sana lagi…opps nie cerita lain entry…ini entry utk besday je..hehehe…Thanks Aima belanja akak makan untuk lunch di Padang Besar dan dinner di Kuala Perlis..hadiah yang akan akak bawak hingga akhir hayat…
gambar cilik dari Syafinaz
Bersama Aima yang sponsor makan(muka terpaksa diputihkan), Finaz dan Nora…cantik je view nie…time nie dok tunggu Syafik Way dan Faizal Fredley
Itu cerita pada 21 Disember…ini plak kisah celebration pada 23hb..semalam la…hari besday kakakecik…kakakecik memang ada masak2 untuk kazen kakakecik yang nak datang ke umah..so buat la laksa kuah lemak, laksam dan kek karamel…tetiba petang nya dorang sampai ada bawak kek…huhu..terharu nya kakakecik dorang siap nyanyi lagi..ini pertama kali kakakecik sambut birthday dengan family…
thanks my kazen anak2 pak lang ya..keluarga NEZ..korang buat akak sedih sebak tau semalam..hampir menitis air mata nie..tahan je..
Malam nya..Myrza Family..Abang Mie dan Kak Ja ajak makan kat luar..ikut je ateh nak makan di mana..alahai..nie yang malas nie..nak pilih2 tempat…memandangkan aiman dok teringin nak makan domino pizza..so ajak je dorang pegi sana…sebelum ke domino pizza jalan putra..singgah dulu SR kat City Plaza beli kek…alahai beli 5 slice je..konon nak tolong la atas potongan kek tu A.T.E.H sekali menghampa kan..cer tengok gambar kat bawah tu..huhu
Setengah jam je kami kat Domino Pizza…pizza dia tu sedap la..yang lain2 erm not mytaste sangat…lebih baik makan western food….boleh tak nak mintak dorang belanja western plak..Tqsm ye abang ipar..satu2 nya abang ipar yang kakakecik ada….
pssst: tahun nie la rasa nya besday kakakecik yang buat kakakecik tacink..baca wishes kat fb pun buat kakakecik hmpir ngalir air mata…adakah ini last besday kakakecik dengan family?
Saturday, June 16, 2012
Majlis Tergempar Tergempur
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Malam tadi 1 majlis yang tidak dirancang berlaku dalam family kakakecik…ingat kan biasa2 je…alang-alang adik kakakecik dari Ipoh balik malam tadi..terus jadi meriah…Eh majlis apa la ye di malam hari…
Suspen suspen…
Antara juadah untuk majlis tersebut…
Spagheti Kakakecik
Mee Goreng Ibu Myrza…Wedges dan Chicken Finger…
Agak2 siapa la tetamu malam tadi ye… opps bukan la majlis formal sangat..santai2 je
Dah dapat agak ke majlis apa kat umah kakakecik malam tadi…hehehehe..
Majlis Birthday Aiman..15 June..genap 6 tahun Aiman..HAPPY BIRTHDAY AIMAN…
Kenapa ada plak nama Aisya tu…huhu kecian sangat budak tu..birthday dia 2 bulan lepas tak de sambut..just buat di Taska…
Aisya yang bergaya lebih…macam la besday dia malam tadi
Sebahagian daripada sepupu nya…anak2 abg on dan sorfina
Aisya dan Aiman dengan Cik Jan, Alang dan Dek Mie
Bertuah la kan budak-budak sekarang nie…sambut birthday dengan kek SR lagi siap request lagi…"Ibu Ayah, aiman nak kek ice cream..” huhu..Ateh dia yang dah nak masuk 32 tahun hujung tahun nie pun xpernah sambut,ateh tak nak kek SR sebiji besar tu…nak 1 slice je..pastu nak cupcakes..hehee
Alamak…MSM dah bermula….stop dulu…
Tuesday, December 27, 2011
Moist Choc Cake Belated Besday
Thanks Eliani bakal pengantin baru hujung minggu nie sudi buatkan utk si kazen dia moist choc cake..special punya untuk mybirthday…walaupun dah lewat 4 hari tetapi tetap dia buat dah tu anta mai ke kedai…kek hasil tangan si dara berdarah manis seketul telah selamat ditelan oleh kakakecik…sedaaaaaaaaaaaaaaaaap…
eh eh kenapa ye eliani tak bawak pergi umah mak long…takut dorang makan habis yer…hehehe…pastu mana font happy belated birthday…opps melawak aje…usik mengusik manja bakal pengantin…
Monday, December 26, 2011
Hadiah Birthday….Apa Yang Kakakecik Dapat???
Assalamualaikum….salam sejahtera..
3 hari sudah berlalu…23hb adalah birthday kakakecik yang ke 13 eh eh tiga belas plak..tiga puluh satu la….terima kasih kepada yang wish birthday kat facebook, handphone…amiiiin semoga doa kalian semua dimakbulkan..
tahun nie tahun yang amat bererti jugak la bagi diri kakakecik sebabnya
ADA ORANG MASUK MEMINANG??
Hahahhahaha tak ada la semua tu
sebenarnya ada yang sudi kasi hadiah..bukan 1 hadiah je kakakecik dapat…4-5 kot…
tapi hadiah2 tu semua bukan pada 23hb kakakecik dapat…
Bantal ulat bulu kakakecik dapat 30 Nov...pemberian dari Wany
Novel HATI KALA CINTA daripada kembo Shida Anwar yang dok di Klang, dapat pada 22hb…best novel nie…sebak jugak masa kakakecik baca..thanks kembo..
Oven, Mixer dapat pada 24hb….hadiah daripada kakak dan AJK persatuan…
Camne best tak hadiah birthday kakakecik…
tak lupa jugak TQSM kepada Sunah dan Azlini Cik Pulau yang buat entry untuk birthday kakakecik…terharu sangat2
pssst : malam birthday tu ada peserta kursus PUTEK wish birthday n kasi chewing gum utk kakakecik…walau xmakan kunyah chewing gum..disebabkan dia kata sebgai belanja birthday ku kunyah jua…
Wednesday, November 23, 2011
GA dari Lydiamiza.com
Assalamualaikum…
Eh eh arini 23 November kan…Birthday sahabatku Lydia Miza la…Happy Birthday Miza… sempena birthday nya yang ke 30,Miza dengan murah hati nak memberi sesuatu dari Qatar kepada sesiapa yang sudi join Give Away nya…
Jom kita tengok apa syarat yang ditetapkan oleh Miza
1. Anda adalah follower blog ini. Tak follow takmo bagi hadiah....
2. Anda perlua buat entri yang header LM di atas entri tersebut.
3. Buat entri bertajuk GA dari Lydiamiza.com dan link kan di entri ini.
4. Buat entri tentang apa barang yang anda nak hadiahkan untuk LM sempena birthday LM nanti. Suka hati korang nak hadiahkan barang apa pun. Entri yang menarik dan paling menyentuh hati LM akan LM pilih sebagai pemenang.
5. Tag sorang rakan anda untuk join sekali GA ini.
6. Bagi email korang sekali untuk memudahkan LM hubungi korang.
Mudah aje kan syarat nyer..
Ok lah miza sempena 22 November tarikh yang ditunggu2 setiap tahun untuk miza..shida tak ada hadiah istimewa yang hendak diberikan keada miza..hanya doa sahaja hadiah yang mampu shida berikan kepada miza untuk tahun ini, tahun pertama kita sambut bersama di alam maya..walaupun kita tidak pernah bersua muka tetapi kita begitu mesra dan serasi sekali..banyak persamaan antara kita…
“Semoga miza dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, hidup sentiasa bahagia disisi keluarga tersayang dan diberkati olehNya dunia akhirat.. harapan shida semoga di tahun-tahun akan datang kita akan terus bersama-sama menantikan tarikh 22 November…. semoga ikatan persahabatan dan ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal hingga akhir hayat”
Syarat ditetapkan kena taq seorang kan..so shida nak tag Ieyla…
psssst : kita sebaya la sekarang dan untuk tempoh sebulan dari tarikh ini…email shida yer….terlupa plak nak kasi almaklumlah dah angka 3 di depan shida5062@gmail.com
Thursday, July 14, 2011
BBQ Birthday Ayah
Assalamualaikum….entry yang diperam hampir seminggu….bukan sengaja tapi shida sibuk sangat2 sepanjang minggu ini…terpaksa keja luar..xdapat nak online..so di petang khamis ini setelah siap semua kerja yang perlu dibereskan..shida ambil kesempatan untuk update entry..entry berkisar BBQ yang kami 6 beradik plan untuk birthday ayah minggu lepas…
Birthday ayah 8 Julai…kebetulan tahun nie jatuh hari jumaat…BBQ tak boleh nak buat pada hari jumaat tu sebab adik ilah, adik masih d perak…abg din d perlis…kami just wish Happy Birthday kat ayah…ayah siap kata…”takde apa2 pun” Mak jawab..Tunggu la depa balik semua dulu….maaf la ayah birthday ayah kami xleh suprise macam birthday mak…sebab kami nak buat BBQ..
Alhmdulillah akhirnya kami adik beradik dapat berkumpul sama2 untuk sambut birthday ayah…Shahir (adik ipar) dan Fitri (anak saudara) tak de sebab fitri dok asrama…shahir kena g KL…BERSIH punya kerja…dah lama kami tak BBQ…adik ilah ibu ngandung nak sangat buat BBQ…tapi ayam untuk BBQ bukan dia taja..abg on (abg no 2 yang sponsor)..satay (abg mie-abg ipar..kak ja bg rm…kak niroh n abg din (kerang) shida sponsor apa erk..ntah la..sosej n sos je kot…hahhaa…oppps dik ilah sponsor kek,sosej dan ayam yang beli kat giant…
Ayah kata kek SR nie sedap…masa birthday mak…so birthday ayah pun kek SR jugak kami belikan..
Acik awat tu muka ketat je..takut ke apa
Happy Birthday Ayah (sori lambat wish di entry blog CNQ) semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..diberi kesihatan yang baik…hidup bahagia bersama kami anak cucu ayah…dan diberkati olehNya di dunia dan akhirat…
Ayah…ini je yang kami adik beradik dapat meraikan birthday ayah…sebelum2 nie kita tak pernah sambut kan…semoga ayah gembira dan bahagia…sayang ayah…
Sunday, June 12, 2011
Mak Menangis Kerana Kami……
Assalamualaikum…..tak kira walau shida banyak keje hari ini…shida tetap nak update juga….dah 4 hari blog shida bersawang….8 JUN yang lepas birthday mak…hari yang sama jugak kenduri sambut menantu di rumah darling n mak ngah….shida bangun je pagi tu dapat SMS dari shireen..bukan 1 tapi 5 SMS yang sama..kat 2-2 nombor….shireen mintak shida belikan bunga utk birthday mak…tetapi akhirnya shireen mintak belikan kek kat SR sebab leh makan2…gpun semua kami ada di rumah….
Plan bermula
Step 1 : Shida suruh dik ilah beli kek kat SR Sg Petani…
Step 2 : Suruh abg mie beli KFC untuk kami makan2…
Step 3 : Kami semua adik beradik perempuan dan anak2 siap konon nak pergi umah mak ngah…
Step 4 : Bincang dengan abg mie, kak ja n adik supaya panggil sapa2 panggil mak dan black out…kami akan kuar dr bilik…sambil nyanyi lagu Happy Birthday
Step 5 : Berpeluh kami di dalam bilik menanti black out…mak dah masuk bilik sebab letih…tetapi akhirnya mak muncul di ruang tamu apa bila syahira panggil mak konon ada orang cari..mak siap pakai tudung..cun….
Finally….black out dan kami semua kuar dr bilik persembunyian sambil nyanyi…mak menangis….sampai demam….kejam tak anak menantu dan cucu2 mak…
Mak terkejut…..cheq ketaq tangan mak…..mak menangis apabila baca apa yang tertera di kek….thanks shireen
Kami 6 beradik bersama dengan mak & ayah
Keluarga besar En Yakob & Pn. Hatiah…
seronok sgt2 raya pun x mungkin kami dapat kumpul semua macam ini
Meriah dengan anak menantu dan cucu
pssst : mak terkejut sampai demam…hehhe…ada video mak nangis nanti cheq try upload erk..next month plan untuk ayah plak…kebetulan jatuh ari jumaat…so nak kerah semua adik beradik balik umah mak ayah…wat suprise malam sabtu..sapa nak sponsor plak kali nie..nak beli SR jugak..ayah kata sedap…ayah suka…x macam kek yang sbelum2 nie…uwaaa ayah mcm demand je nie


