Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, May 17, 2012

13.05.2012 Bersama Ym Chatterz (Ala Wedding)


Kompang dipalu… (sambung la sendiri)



13 Mei 2012…hari terakhir kakakecik di kotaraya..dan sememangnya kakakecik pergi ke KL selain untuk bertemu Lydia Miza dan Gee tidak lain tidak bukan bagi memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan Ala dan Farid, adik chatter yang agak rapat dengan kakakecik di dunia YM…Ala adalah chatter yang awal-awal kakakecik kenal masa lepak di Room M10, 3 tahun yang lepas…alhamdulillah persahabatan antara kami masih lagi terjalin hingga ke hari ini walaupun kakakecik boleh dikategorikan sebagai seorang Pesara Room M10..hehehe


Bila dah kenduri kahwin, ramai la yang hadir kan…dan kami yang chatterz nie seolah2 bagaikan 1  Gathering plak..ramai jugak kawan-kawan room yang datang ke majlis Ala dan Farid…kakakecik rasa sedikit kekok sebab dah lama tak jumpa dorang..dah 2 tahun…pastu dah tak lepak room so tatau sangat la nak borak apa…ada jugak yang tanya ke mana kakakecik menghilang hehehehe…seri seri…aku ada je la..hilang kat room je, YM on je..Fb pun ada…Palaz leh wat lawak…dia p jawab dengan Seri… “shida menghilang kat Ym, blog dia ada selalu..” thanks palaz… Abg Lan plak tanya.. “Eh, ko id apa erk?” part nie yang tolong jawab awal tu Akma.. “ShidaDida” hehehhee tapi AbgLan masih lagi blur…sampai hati Abg Lan…kakakecik nie dah banyak jugak kot p kedai abg lan kat Kg Baru..nak je mention, ROTI JOHN TAK NAK MAYO hehee…last2 abg lan ingat jugak id kakakecik…thanks Abg Lan ingat so bila nak belanja ROTI JOHN TAK NAK MAYO…itu yang tanya mana menghilang dan id nya…yang tanya mana kek pun ada..Rangga..nanti2 shida buat dan bawak utk korang semua yer..insyaAllah…Pami, ai bukan sombong la..tapi kekangan masa…tak dapat lama2 dengan ampa semua..sori ye…


Mesti korang nak tengok wajah pengantin kan…


(Ala terkejut kot bila dia tengok kakakecik ada di majlis nya..mesti dia tak percaya dan terharu Sis Shida dia sanggup datang dari Kedah ke majlis nya)








Ala dan Farid..mempelai yang diraikan…
Suka pelamin ala..simple but nice


Tak larat nak tunggu ala…kakakecik bincang dengan Akma,jom apa kata kita buat muka bodoh je naik atas pelamin jumpa wish Tahniah utk ala…mesti lepas nie dorang akan ikut…hahahha…memang betul kakakecik n Akma buat macam nie..last2 berderet ikut naik..dan jurukamera suruh kami pose untuk bergambar lagi…kalau dok tunggu Ala turun tatau la pukul bape kan…Sabar la kan…rosak majlis orang kan…tak kisah la apa orang nak kata sebab kakakecik dah nak balik Kedah kot petang tu..kawan yang kakakecik mintak tolong hantar ke Pudu Sentral pun dah sampai…Maaf ye Ala & Farid Sekeluarga…





Kami…Chatterz yang memeriahkan majlis perkahwinan Ala dan Farid…hampir 30 orang jugak…penuh room tu hehehe




SELAMAT PENGANTIN BARU ALA & FARID
…semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat…


pssst : Thanks kepada serai dan teman yang sanggup datang last minute ambik kakakecik di Cheras,kalau tak jenuh jugak memikir camne nak pergi majlis ala…tak lupa kepada NJ sahabat lama yang telah dikenali yang sudi datang ambik kakakecik di Sri Petaling, bawak pergi Jalan TAR (kecian awk tunggu sejam ye) dan hantar ke Pudu Sentral….semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan terus berkekalan…

1 comments:

IBU GEBU said... [Reply]

cantiklah pengantin tu... meriah wedding dia