Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, May 3, 2012

Gerak Hati…Six Sense

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

cute-doodle-drawing-love-never-146667

Di kedinginan hujan hari nie kakakecik sekadar nak berkongsi tentang Gerak Hati…Mesti pernah kan hati kita memberitahu sesuatu yang kita sendiri tidak tahu akan kepastian nya samada betul atau tidak…kita seperti merasakan sesuatu dan kita asyik memikirkan hal tersebut…dan apabila ditanya memang betul…ia betul-betul terjadi…kita bukan la seorang tukang tilik mahupun bomoh, tetapi ini lah yang dinamakan six sense…gerak hati…indera ke-6…Sesungguhnya gerak hati ini adalah sesuatu yang menakjubkan yang dianugerah diberikan oleh Yang Maha Esa kepada hambaNya. Namun, ada yang mendapatkannya sepanjang masa, dan ada sesetengahnya yang mendapat sekali sekala mengikut situasi yang dilalui…tetapi jangan tak percaya ada jugak orang yang pernah dapat langsung tau…macam dia tu..hehehe… “betul ke awak tak pernah lalui pengalaman gerak hati nie…saya selalu la jugak la…boleh katakan sentiasa”

 

Gerak hati nie macam talipati tak ye aima…rasa2 nya macam sama aje…apabila sesuatu yang kita rasakan terjadi memang akan membuat kita senyum dan macam terkejut je…(kalau yang kita rasa tu baik2 la kan)…contohnya bila kita rindu seseorang, kerap mengingatinya, dan tetiba kita mendapat panggilan atau sms daripadanya…seolahnya dia begitu mengetahui bahawa kita merinduinya…macam sampai je perasaan kita nie kepada nya…Oh ye, sebenarnya apabila kita mengingati seseorang nie, kita sedang mengalirkan satu arus kepada orang yang berkenaan, ia akan mencari sasarannya. Kadang kala arus ini akan sampai dengan mudah,(macam yang dialami je nie) ada kalanya sangat susah hingga mengambil masa yang lama bahkan ada yang terus hilang dipintas oleh arus lain yang lebih kuat…tidak mustahil semua ini akan berlaku dalam hati dan diri kita kan…itu la terjadi bila kita sedaya upaya mengingati nya, tetapi orang berkenaan tidak memberi respons langsung kepada kita…

 

Siapa yang paling kuat gerak hati nya…cepat teka…orang buta adalah golongan yang paling kuat gerak hatinya terutama yang buta sejak lahir berbanding yang buta sebelum celik sebagaimana biasa…kakakecik masih lagi ingat arwah Lang Lie, saudara kakakecik yang buta  masa mak kakakecik masa sekolah…tetapi arwah bukan buta sejak lahir..kalau dulu kakakecik dan orang lain terpikir jugak…macam mana la arwah boleh sahaja jalan pergi ke rumah sedara2 nya hanya menggunakan sebatang tongkat…walaupun ada rumah sedara di atas bukit yang perlu arwah panjat tangga…sedangkan tiada siapa yang memberitahu…memimpin tangan nya untuk ke sana ke mari…ini lah yang di namakan gerak hati..gerak hati la yang memberitahu…menyatakan hala tuju arah panduan nya… begitu besar anugerah yang berikan kepada hambaNya…buta mata tak semestinya buta hati…

 

Erm…tetiba nak senyum plak kakakecik bila baca 1 artikel pasal gerak hati nie… “yang mana kita boleh mengalirkan arus kasih sayang untuk diberi perhatian, iaitu seorang wanita boleh menyalurkan arus cintanya kepada sesiapa yang dikehendakinya melalui pemikiran yang kuat ditolak oleh doa padu lagi berterusan, dengan harapan moga-moga arusnya sampai dan jodoh pun sampai…” boleh cuba la kan…eh bukan ke tengah buat dan mencuba ke arah tujuan ini..hehehe

 

 

pssst : sekarang ni dah ramai family kakakecik yang dok baca dalam diam…abg on pun dah pandai baca blog kakakecik pastu bila jumpa dok ulang ayat yang ada dlm entry kakakecik..sabar je la yer

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

hihihi..

bila 2 hati terasa dekat memang gerak hati memang sangat tepat..

sbgai cth gerak hati seorg ibu pd anaknya...

=)

CikSpek said... [Reply]

mengalirkan arus itu slalu la sy alami..hehe..

m'jangkakan sesuatu yg bakal terjadi pun penah sy lalui..

it come naturally :)

Kira Sakura said... [Reply]

pernah juga alami.. selalunya gerak hati kira lebih pada meneka situasi seseorang tue... ntah x reti nk ckap..hihi

Unknown said... [Reply]

grak ati iffah slalu slah je haha