Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Jom Memasak : Biskut Suji Kristal

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..

 

Orang lain waktu macam nie update pasal menu2 masakan untuk makan tenghari..tapi kakakecik nak update/kongsi salah satu biskut yang kakakecik buat untuk hari raya korban minggu lepas…BISKUT SUJI KRISTAL…ada jugak yang panggil biskut nie biskut suji brunei dan biskut bebola kristal

 

Ini adalah pertama kali kakakecik buat biskut bebola kristal…menyahut cabaran anak buah si Athirah bila mana raya puasa aritu dia tanya..”Ateh, tak reti ke buat biskut warna warni macam kat umah Tok Ngah tu..kami suka”…sori la T-ah ateh tak reti buat…tp dalam hati nie nak tau camne buat..so tanya la Mak Ngah dan Mak Teh…resepi dan macam mana terbentuk nya 3 color warna warni tu…Mak Ngah guna adunan yang ada letak badam dan Mak Teh pulak just letak tepung, gula dan minyak sapi yang telah digantikan dengan butter…Semua nya di hujung jari..kakakecik pun mencari la resepi2 yang dikongsi di internet..dapat 2 resepi..1 resepi yang menggunakan badam dan 1 resepi yang tak menggunakan badam..untuk raya haji aritu kakakecik buat resepi yang menggunakan badam….

bebola kristal

Jom kita semak resepi yang kakakecik ambil dari blog kak Ummi dan Kak Azlita Masam Manis

BISKUT SUJI CRYSTAL
By: Kak Wan
Sumber: Kak Azlita Masam Maniskak Ummi


Bahan A - Diayak bersama

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang
  • 1/2 sudu teh perisa vanilla
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.

Kalau kakakecik baca kat petua/cara kak Azlita buat, dia bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dgn gula caster. Tetapi kakakecik buat cara mcm nie…tak menjadi..leper biskut tu…dah macam ragi bentuk dan saiz nya…Memandangkan kakakecik buat tak menjadi molek bulat nya…so, kakakecik buat cara Mak Teh…bentuk bulat, gaul gula castor dan masukkan dalam cup baru bakar…

 

bk2

Dan ini la hasil nya..dapat la 1 tupperware aiskrim wall’s…mak kata sedap..kakakecik merasa skit je..sebab kakakecik tak boleh nak terima bau minyak sapi….

bk3 

 

pssst: malam sebelum tu kakakecik terlampau derhaka..setengah adunan masuk tong sampah..hahaha

Tekanan dan Takut dengan Periuk Tekanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Memandangkan stok daging korban ada banyak dalam esbox tu..bagitau la mak nak buat sup..boleh jugak makan dengan bihun kan..saja la nak rasmi pressure cooker yang mak beli sejak bulan posa aritu…tak guna-guna dok simpan elok je dalam kotak…apa barang kan beli tapi tak guna…..First time memasak sup menggunakan periuk tekanan (pressure cooker) agak menakutkan dan memberi tekanan kepada kakakecik..

 

Sememangnya kakakecik mengaku…serius kakakecik tatau nak guna camne periuk tu..terpaksa baca paham manual nya..nak tutup bagi ketat penutup periuk tu pun tatau dari arah mana..teruk kan kakakecik…elok dah setengah jam daging + air dok atas api…dok bunyi wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit dengan berasap….alamak….riso nya…mau tak riso abg on kata…meletop tatau la….huhuhu…

 

Selepas setengah jam tu..nak buka penutup periuk tu ketat plak..p gtau mak..mak kata kena bagi sejuk dulu..tak pun curah air..bagi cepat sejuk….kakakecik dengan tenaga yang tak seberapa nie..angkat la pressure cooker yang agak berat dengan isi air dan daging ke sinki..curah2 air paip…dah boleh buka…waaaaaaaaah banyak lagi air dalam periuk nie..tapi bunyi macam dah nak kering…

 

Alang-alang dah buka pressure cooker tu..kakakecik masukkan sup yang telah ditumis, dimasukkan rempah ratus ke dalam pressure cooker…EH sebelum tu kakakecik masukkan daging dan stok nya dalam periuk sup yang telah ditumis..tapi risau takut meruap (teringat Fienaz time nie)…terpaksa la tuang semula sup daging tu dalam pressure cooker..buat penat je kan kakakecik nie…buat kerja dua kali…nak tunjuk rajin lebih plak…biarkan sup tu sejam..dengan periuk dok berbunyi isyarat daging dah empuk gamaknya…….bila dah agak okey..sejuk kan….pergh memang lembut gila daging nya…..tak sabar nak balik makan sup petang nie….

 

pssst : mak kata lepas nie nak wat serunding boleh la rebus daging dalam periuk tu.