Coretan Terbaru KakakeciK

Saturday, August 3, 2013

Laksam # Menu Berbuka 25Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Puasa tahun nie tak de lagi buat laksam untuk berbuka.dah 2 kali beli di gerai.tapi laksam nya bukan laksam terengganu kuah putih tu. Jumaat baru2 nie..mak ada sebut nak makan laksam..lagipun mak tak berapa nak sihat. So, semalam kakakecik pun melapis dan mengukus laksam..puas makan sebab buat sendiri berulang kali boleh makan..

laksam

Resepi nya…macam resepi sebelum2 nie..tapi semalam kakakecik buat 2 adunan….

 

RESEPI : LAKSAM

BAHAN-BAHAN

Mee laksam

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

4 cawan air suam

Kuah

ikan kembung [direbus dan dibuang tulang macam buat laksa]

sedikit halia -dikisar

sedikit bawang putih –dkisar

bawang besar/merah –dikisar

lada hitam -dikisar

santan secukupnya

asam keping/ asam gelugur

garam dan gula secukupnya

 

Ulam

timun, kacang panjang, taugeh, bawang besar.

 

Sambal

cili masak merah

cili padi

belacan

garam secukupnya

laksam2

Cara membuat mee laksam:

  1. Gaulkan semua bahan. sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak. ambik sedikit adunan dan ratakan diatas tudung periuk. kukus sehingga masak. dan gulung.

  2. Ulang sehingga adunan habis.

Cara membuat kuah laksam:

  1. Kisar isi ikan.(yang telah diasingkan tulang dan isi)

  2. Halia, bawang putih, bawang besar dan lada hitam dikisar bersama dan dituangkan ke dalam peiuk berisi ikan.

  3. Masukkan santan pekat.

  4. Kemudian masukkan asam keping, garam secukupnya.

  5. Kuah dimasak sehingga sedikit pekat.

Cara membuat sambal cili:

  1. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. sedia dimakan bersama laksam.

 

Selamat Mencuba ye…laksam style gini da menjadi kegemaran family kakakecik.tapi tu la kak ipar kakakecik kak tie boleh lak dia g makan dengan kicap hahaa..lawak ngat eh…ingat laksa ke apa…raya nie macam nak buat hari raya ke3 or ke4…

0 comments: