Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label LM. Show all posts
Showing posts with label LM. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

GA dari Lydiamiza.com

LM

Assalamualaikum…

Eh eh arini 23 November kan…Birthday sahabatku Lydia Miza la…Happy Birthday Miza… sempena birthday nya yang ke 30,Miza dengan murah hati nak memberi sesuatu dari Qatar kepada sesiapa yang sudi join Give Away nya…

Jom kita tengok apa syarat yang ditetapkan oleh Miza

 

1. Anda adalah follower blog ini. Tak follow takmo bagi hadiah....

2. Anda perlua buat entri yang header LM di atas entri tersebut.

3. Buat entri bertajuk GA dari Lydiamiza.com dan link kan di entri ini.

4. Buat entri tentang apa barang yang anda nak hadiahkan untuk LM sempena birthday LM nanti. Suka hati korang nak hadiahkan barang apa pun. Entri yang menarik dan paling menyentuh hati LM akan LM pilih sebagai pemenang.

5. Tag sorang rakan anda untuk join sekali GA ini.

6. Bagi email korang sekali untuk memudahkan LM hubungi korang.

 

Mudah aje kan syarat nyer..

 

Ok lah miza sempena 22 November tarikh yang ditunggu2 setiap tahun untuk miza..shida tak ada hadiah istimewa yang hendak diberikan keada miza..hanya doa sahaja hadiah yang mampu shida berikan kepada miza untuk tahun ini, tahun pertama kita sambut bersama di alam maya..walaupun kita tidak pernah bersua muka tetapi kita begitu mesra dan serasi sekali..banyak persamaan antara kita…

 

“Semoga miza dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, hidup sentiasa bahagia disisi keluarga tersayang dan diberkati olehNya dunia akhirat.. harapan shida semoga di tahun-tahun akan datang kita akan terus bersama-sama menantikan tarikh 22 November…. semoga ikatan persahabatan dan ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal hingga akhir hayat”

 besday miza

 

Syarat ditetapkan kena taq seorang kan..so shida nak tag Ieyla

psssst : kita sebaya la sekarang dan untuk tempoh sebulan  dari tarikh ini…email shida yer….terlupa plak nak kasi almaklumlah dah angka 3 di depan shida5062@gmail.com

Monday, July 4, 2011

Bukan Balasan Di Pinta

comey comey

Assalamualaikum…

Setiap pemberian tak semestinya balasan yang diharapkan oleh kita kan…macam tu jugak dengan shida…apa yang shida mampu berikan kepada seseorang dan dia sudi menerima nya shida bersyukur sangat2….bukan balasan yang shida pinta…

Tetapi….tengahari tadi shida dapat sesuatu dari seorang sahabat…adik call shida gtau kak Lydia Miza ada hantar barang…adik dah kelam kabut nak buka…shida tak bagi buka…shida tanya apa benda…adik gtau la rasa2nya **** oh ok….adik shida merayu lagi nak buka…ok ok buka tapi dengan syarat snap picture MMS kat kak yer…alahai xpe japg cheq nak p kedai cheq bawak….fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh adik nak bawak mai kedai…best nya..tak sabar shida nak nengok apa benda yang sahabat shida kirimkan…

So….ini la bungkusan yang shida dapat

lm

Apa isi nya…tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

coklat

Chocodate dari Qatar yang mana kurma dan almond di salut coklat….manis2 buah….

miza

Chocolate, keychain yang comey dan kain pasang..thanks miza….shida hargai semua ini…miza bukan shida minta ini semua cukup la dengan keikhlasan yang diberikan dalam persahabatan kita…diharap persahabatan ikatan ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat..insyaAllah….

pssst : gara2 pemberian ini….penat tangan ini menaip di wall kak Es, Lydia Miza..komen sambil gelak senyum sorang2…sabo je la…..

Sunday, May 15, 2011

Cabaran 10 blogger yang awal dikenali dan menaikkan anda dalam dunia blogger... Cabaran Blogger Norfa

Assalamualaikum…

Semalam terpegun membaca entry Norfa pasal Cabaran 10 Blogger yang awal dikenali dan menaikkan anda dalam dunia blogger…menarik perhatian shida jugak la untuk menyahut cabaran Norfa….CahayaNurQasih hanya la blog biasa sahaja tak ramai orang kenal dan tahu tetapi ia adalah satu kepuasan bagi shida kerana melalui blog ini la shida dapat ramai sahabat…

Blogger mana yang awal shida kenal dan menaik kan blog CNQ dalam dunia blogger ini…siapakah mereka…bagi shida semua mereka yang membaca CNQ TETAPI di sebalik itu ada insan2 yang terawal yang shida kenali dalam dunia blog ini.

MAMA YEEN

Shireen pencetus semangat shida untuk membuat blog..dia adalah anak angkat mak…sebelum nie shida hanya baca blog2 tetapi tak kenal empunya blog,.tetapi apabila shireen duduk di rumah hampir 3minggu…setiap hari shida akan membaca blog dia yang menceritakan tentang kehidupan mereka sekeluarga..dari sini shida tanya shireen selok belok mengenai blog..dia cerita la asas nya kepada shida…dengan itu lahir la  blog shida…thanks shireen

CHEF ALAM MAYA

Mesti ramai tahu dan kenal sapa chef alam maya di dunia blog ini…shida pun tatau cmne shida leh lepak di blog DAPUR TANPA SEMPADAN..setiap hari shida akan belek tengok entry2 masakan nya…mungkin shida minat masak so shida tak akan jemu lepak di sini….banyak ilmu masakan yang shida perolehi daripada blog chef kita ini..daripada blog mat gebu la shida kenal sorang lagi blogger yang suka wat segmen untuk menolong blogger yang baru macam shida nie…

BEN ASHAARI

Shida join segmen en ben disember tahun lepas…segmen 500 blogger…daripada segmen en ben la shida kenal ramai sahabat2 blogger yang sama2 join segmen beliau…dulu shida boleh di katakan setiap hari / jam akan menapak kat blog en ben…kalau tak pasal entry beliau yang sentiasa update mesti la sebab segmen2 nya…daripada entry2 en ben banyak tips / ragam mengenai dunia blog yang membolehkan kita berfikir…en ben tqsm atas segmen2 yang dianjurkan sebab kebanyakan followers shida adalah daripada segmen en ben…

MADU

Madu shida amatlah baik sekali…dia la insan pertama yang shida kenal / rapat melalui segmen en ben…dia la yang banyak membantu shida apabila shida mengalami masalah/kebuntuaan mengenai blog…dia la yang tolong buat header untuk shida…shida tatau mcm mana nak terangkan lagi tentang MADU ini…hanya ucapan ribuan jutaan terima kasih untuk madu yang baik hati…

NORFA

Norfa jugak shida kenal dari segmen en ben..seperti madu shida iaitu sunah norfa jugak banyak tolong shida dalam dunia blog..tak percaya ke SINI..thanks norfa banyak tolong akak selama nie…alhmdlah kita dah jumpa dah kenal orang nya…diharapkan hubungan kita akan kekal selama nya…lanjut mengenai Norfa oleh Shida..Klik AJe DISNI

MYBOSS

opppps bos shida pun ada blog ok….takde la dia hanya la bos di alam maya sebab shida s/u beliau dahulu…pemilik adybudika adalah bos shida…shida rapat dengan dia selepas dia balik 1st gathering SB di Time Square…dia la 1st person yang upload picture gath…so dari situ shida bertegur sapa dan apabila tahu dia orang kampung (1 daerah)…daripada sini la kami akrab sehingga sekarang…tp ady ni seorang yang pelupa…sampaikan dia feed shida sebagai jiran tetapi tak follow…teruk kan…tapi shida tak kisah…ady memang selalu wat shida ketawa dan sedih..hahaha…ady thanks sudi jadi sahabat shida..

INSAN2 TERAWAL

Klik DI SINI

CIK GKSB

Beliau adalah admin group KBU (Kami Blogger Utaqha)…daripada group cik gk la shida kenal lebih ramai blogger khusus nya di sebelah utara…di group ini shida mempunyai ramai adik2..sebab shida yang paling tua di sana…shida gembira bila bersama2 dengan adik2 di sana…mereka banyak bagi semangat dan semua sporting belaka…hidup shida seharian tak akan sunyi kerana mereka di KBU selalu wat shida happy dan senyum sorang2..thanks cik gk atas usaha anda selama ini…kak sokong cik gk..we are family

LYDIA MIZA

Sahabat maya yang shida kenal dan rapat…LM jugak banyak bagi shida semangat dalam kehidupan ini..banyak yang kami kongsi bersama mungkin disebabkan kami seusia(beza hanya setahun)..shida jugak telah diamanahkan oleh LM untuk menjaga Group Sembang Blog Lydia Miza (SBLM)…terima kasih LM kerana mempercayai shida..

 

Kepada blogger lain maaf sekiranya nama anda tidak shida senaraikan di sini bukan bermakna shida tak menghargai anda semua shida hargai sangat2…terima kasih semua yang menyokong memberi semangat kepada shida seterusnya kepada CahayaNurQasih semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal buat selama2nya..insyaAllah…

(entry hari khamis 12/05/2011)

Thursday, March 17, 2011

Jom Memasak : Nugget Ayam + Kentang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhmdlah malam td shida buat lagi nugget ayam..tapi kali ini shida bikin kelainan skit….shida letak hirisan kentang dalam nya..derhaka pada LM letak carrot…sebenarnya ada kisah disebalik nya kenapa shida letak kentang tu..hahahaa…apa pun biar la rahsia shida shida nak derhaka sokmo…sebenarnya dah elok benar dah..kisar isi ayam semua…kira molek doooh…..tp letak kentang pun sebab jugak…

Bahan-bahan:

anggaran 450 gram dada ayam dikisar (2 belah dada)

1 sudu serbuk lada

1 sudu serbuk cili

1 biji ubi kentang (potong dadu halus)

secubit garam

serbuk roti telur sebiji

Cara :

Dada ayam dikisar tanpa air..(guna dry-blender)  di gaul bersama garam dan serbuk lada + serbuk cili serta kentang. bentukkan dan salut bersama serbuk roti  . salut pula dengan telur yang sudah dipukul dan salut lagi sekali dengan serbuk roti . Sedia untuk digoreng.

nugget1 nampak x kentang di dalam nugget nie…nyum nyum nyum…daaaaaaaaaap

nugget

habis kami ber5 makan malam td…cuba kira ada bape ketul semua tu…

pssst : sebenarnya shda terlupa letak serbuk lada dlm nugget ni…dah siap bentuk yang x secantik bentuk LM nyer nugget skali..kenapa rasa lain je nugget nie..teringat tak letak serbuk lada..apa g goreng bagi aiman, aisya n dik jan makan la….byk jugak la..budak2 ni makan..derhaka derhaka derhaka

nug2

ini frozen nyer nugget…dah letak serbuk lada..goreng pagi td konon nak bg abg mie abg iparku makan..sekali anak2 dia 2 org tu yang makan..aisya n aiman relax je makan walau ada lada…hahaha….

 

Petua : Ayam JANGAN rebus…blend je isi nyer…kalau rebus nanti jadi macam Nugget INI

Sunday, March 13, 2011

JOM MEMASAK : Nugget Ayam HomeMade

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nugget adalah salah 1 kegemaran shida…selalu beli je sebelum ni..tapi bila LM gtau dia wat nugget dan menjadi shida pun mintak la resepi…wah senang je erk nak buat nyer…mcm biasa ari jumaat la shida dok nak masak pun…tapi mgu nie shda g penang amik adik dan lepak kat umah sewa dia sampai ke petang baru balik…so xde masak2 la ari jumaat aritu…ok2 kalau x masak ari jumaat ari sabtu lak..mmg dah set nak cuti ari sabtu..x larat sangat rasa nak demam je badan gara2 siapkan 3 asgmnt…pg sabtu kebetulan abg mie sorang2 nyer abg ipar shida nak kuar ke pendang…mintak tolong dia servis kereta dan beli barang2 utk wat nugget dan donut coklat….(serbuk roti, coklat masak dan ayam)

Masa dok tunggu abg mie balik dalam kepala nie dok pikiq ish apa lagi ye yg LM taruk dalam nugget tu…se egt2 chek lada sulah n garam je…isi ayam blender…so mintak tolong NAdh KBU suruh tgok blog LM tp dia dah offline…tetiba sunah sms suruh tgok n3 kak ayu pasal dorg nak g gathering kat sedenak umah Mat Gebu…shida egtkan dia on9..suruh dia check resepi kat n3 LM…dia kat tesco kulai jaya time tu…uwaaaaaaa..dia mmg x on9 la…suruh yen bf adik check…dapat pun….

terus ke dapur tanggal kan tulang2 kat bhagian dada….tp dok garu2 dagu…ayam nie kisar mcam je ke or ke rebus dulu…arrrrrrrrrrh rebus je la…jadi la nugget derhaka….waaaa…nasib baik habis…..suka nyer dalam hati walau derhaka tp habis kira ok la kan…ayah n abg mie kata tgh praktikal tau depa dok perli sebab la rajin masuk dapur wat itu ini…kakja lak kata lepas nie xdak alasan kalau nak makan nugget tengah malam n kedai x buka…itu pun kalau ada isi ayam..kalau xdak kempunan la…

malu la nak tayang nugget yg shida wat…tp apa pun shda bangga sebab dah leh wat sendiri walau derhaka

nugget

Resepi Asal Oleh ML dr Moscow

Bahan-bahan:
-2 dada ayam (ambil isinya sahaja)
-2  1/3 sudu  serbuk perisa ayam
-secubit garam
-satu sudu lada hitam
-satu sudu lada putih
-bread crumbs (cari yang warna oren)
-2 biji telur ayam  (pukul telur siap2)
-minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
1) Basuh dada ayam bersih-bersih. Keringkan. Kemudian, asingkan isi ayam dari tulang ayam, mean just nak isi ayam je la.
2) Kemudian blend kan isi ayam tadi (blend tanpa air)
3)Ambil isi ayam yang sudah di blend tadi, masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan serbuk perisa ayam, secubit garam, lada hitam dan lada putih. Gaul rata dengan tangan.
4)Bentukkan isi ayam tadi kepada bentuk yang korang inginkan mengikut kreativiti.
5)Salut dengan bread crumb buat kali pertama
6)Kemudian salutkan dengan telur
7) Sekali lagi, salutkan dengan bread crumb untuk dapatkan nugget yang rangup =)
8) Bila dah siap salut kesemuanya, boleh la di goreng dan dihidangkan =)

 

Entry Berkaitan : Homemade Nugget Ayam by Lydia Miza

pssst : nugget yg shida wat isi nyer x mcam LM buat…malam ni or esok kena cuba buat tanpa rebus

Monday, March 7, 2011

Ya….Saya Sudah GiLa!!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ya memang saya dah gila…

betul shida dah gila….

kenapa tak percaya ke??

shida mengaku sendiri ni SHIDA MEMANG SUDAH GILA

so sapa2 nak anta shida ke hosp bahagia kena mintak kebenaran

Lydia Myza dulu ok sebab dia yang menyebabkan shida GILA

dia la yang mempengaruhi shida sehingga shida jadi begini 2-3 ari ini…

bangun pagi tak de benda lain pk….

D

O

N

U

T

D

O

N

U

T

DONUT

semalam shida ada cabar myboss aka jira sepagar AdyBudika untuk buat donut

so dia telah sahut cabaran tersebut..jom kita tengok hasil donut afrika bak kata mymadu

DONUT AFRIKA

bangun pagi nie…shida terpikir nak uli tepung nak wat doh donut…jumaat buat..sabtu buat..smlam ahad nyaris2 buat utk adik bawak balik tp x sempat…arini buat lagi memang shda tak boleh duduk skrg ni kalau xde donut…..tapi arini donut utk frozen je..utk bekal shida makan2 di kedai pak tongkol ketot cicah sardin

uli punya uli..perap punye perap..goreng punye goreng membuat kan shida lewat ke kedai…uwaaaaaaaaaa….x kisah la donut punye pasal..lewat pun lewat la…

ini la pak tongkol ketot

(sunah mintak tepek..dia siap mintak post donut frozen utk nyer di selatan t/air tp sis LM x kasi post suruh dia uli sendiri..padan muka)

stick

stic2

cicah bersama sardin….sedaaaaaaaaaaap…tgl separuh aje..dok ulang makan sampai x makan nasi…

SHIDA MEMANG DAH GILA………

GILA DONUT

 

pssst : ayah pun perli masak dah ok kahwin je tatau bila…adooooooooooi ayah nie buat sepoi je…pagi2 dah bincang bab nikah kahwin…ayah belum ada jodoh nak buat cmne…i;allah kalau ada…ada la..sabar erk…mak plak…uli x tunjuk kat mak langsung…ler mak nie…kan nampak masa chek dok uli awat mak tak tgu tgok…tak kan nak kena panggil kot…..xpe la mak…mak makan dah la yg chek buat tu…

Sunday, March 6, 2011

Jom Memasak : Donat….Donut

assalamualaikum
Selama ini ku mencari2….resepi donat yang mencuri hati….buat mengisi perutku ini..
Bersyukur kini pada-Mu Ilahi…resepi yang di cari selama ini…telah ku temui…
Dengan ada nya resepi LM ini….perjuangan ku di dapur mudah sekali…
bertambah kasih sayang kami 1 famili…
KepadaMu Teman…ku mohon resepi baru..agar dapat membuat nya…

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah shida lupa lirik nampak…sebenarnya shida nie minat sangat sangat dengan donat…dah lama dapat 2 resepi yang jadi peneman tido shida setiap malam…tp shida tak buat2…resepi hanya menjadi resepi di sekeping kertas,…tetapi apabila shida nampak entry sahabat kita jauh di doha….pasal DONAT…terus shida komen dan suruh LM share resepi….alhmdlah LM bagi resepi…bukan je di entry ttp juga di inbox FB….tqsm LM…dalam fikiran mmg dah set walau cmne pun shda nak jugak cuba buat donat sendiri….selama nie shda hanya tau beli dan komen….kalau donat yg x gebu….

Pagi Jumaat lebih kurang 10.30pagi…shida uli setengah kilo tepung gandum….sambil diperhatikan oleh Kak Hah…setelah sejam diperap...alhmdlah donat yang dihasilkan oleh shida mendapat pujian daripada family dan juga Faizah wartawan dari Sinar Harian yang datang ke rumah untuk menemuramah mak pasal kraftangan daun getah nyer…siap mintak resepi lagi….sehingga saat ini…dah 1 kilo setengah tepung gandum mak shida uli utk buat donat….ari jumaat dua kali shida uli…pagi dan petang…walau dah buat frozen macam yang LM saran kan..tetapi x smpt nak simpan 2 mgu LM…2 ari pun x smpt dah habis….

Petang jumaat shida uli lagi…mcm biasa separuh goreng makan waktu itu dan separuh lagi simpan utk frozen…petang sabtu goreng utk makan2 tp xcukup so shda uli lagi setengah kilo….sejam selepas itu shida goreng…seronok shida tengok kak ja..abg mie…adik..ayah..mak…aiman aisya…adib n angah makan..adik siap chup 3 bj utk dia sorg…mak n ayah plak makan alas kertas sebab panas…abg mie n aiman req salut coklat….tp shida tak buat pun….next time ok….

bila shda kol adik ilah di ipoh, kak niroh di perlis dan mak cik di sik…ada la cerita pasal wat donat nie..dorg tanya jadi ke….alhmdlah jadi…mak cik siap nak balik umah mak mintak resepi…kak niroh pun tanya cmne buat…perap bape lama…nanti balik buat utk kami ok…dik ilah pun sama mintak buat dengan dia….adik tak ketinggalan jugak mintak wat frozen utk bawak balik ke rumah sewa nya….tp shda x smpt buat utk dia…td mak kol tanya cara buat..mak nak buat utk adik…ntah jadi ke shida tatau harap jadi la kan….

Jom kita sama2 buat donat…

Bahan2 :

1/2 kg tepung gandum
1/2 paket mauripan (ibu roti)
5 sudu susu tepung (shida x letak sebab x suka susu)
3 biji telur 2 kuning saja , satu yg utuh (tak letak jugak..terlupa..pastu tatau apa fungsi nyer)
gula 6 sudu besar
3 sudu besar butter/planta (shida guna butter)
Air suam secukupnya..LM biasanya guna 125 ml.(tapi shida pakai cawan je…lebih kurang 1 1/2 cawan)

Cara Membuatnya :
Adun semuanya...tunggu naik 40 minit - sejam . Bentukkan dan tunggu sejam sehingga ia naik . Goreng ....sadurkan dengan gula kastor .

donut1 sebelum disadur dengan gula

.

.

.

.

.

.

.

.

mana yang sadur gula nie…donut2

errrrrrrrrrrrrrrrrrrm..sedap nyer….3 ari kami 1 keluarga gila makan donat..sampaikan kak ja kata waaaaaaaaaaaaaaaah sudah untung yer kedai donat ini..hehehe..i’allah mana la tahu 1 ari t shida leh wat bisnes donat…kan kan…

apa plak yang shida akan masak utk jumaat depan ok….resepi dah dapat…hehehe…TQSM Lydia Miza yang sudi kongsi resepi Donat….

Entry berkaitan :http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/05/donut-suria.html

Tuesday, March 1, 2011

Tak MaHu Lagi Macam Ini!!!!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

secara jujur dah ikhlas nya shida tak mau lagi macam nie…

kepala asyik pening….pening1 

mulut rasa pahit...makan xde selera…

mual-dalam-hubpages

perut rasa sebu..mual…macam nak termuntah aje….

mual

TAPI MEMANG SHIDA DAH MUNTAH

pagi semalam muntah 2-3x….

angkara????

shida morning sickness

oooh tidak….shida tak mengandung ok!!!

sebenarnya shida kena gastrik..2 ari berturut2 shida tak lunch..hanya bfst sedikit nasi greng di rumah…balik malam baru makan..bukan nak seksa diri tp rasa xde selera nak makan..+ malas sama…so arini ari ke-3 shida rasa x bermaya sangat2…nak buat keja pun jadi x de mood…opps arini shida makan nasi ok…tp masih lagi terasa gastrik nya itu….LM suruh shida minum makan ubt gastrik shida tak suka la…ATIQ SALLEH dan kawan2 di SB plak suruh minum susu…shida mmg x leh minum susu.,..mau muntah semula…soya pun sama jugak…tak pe la shida bertahan…thanks ye kawan2 yg amik berat ttg shida…

i’allah lepas nie shda akan jaga makan…ini pun tgh lapar semula…baru je td makan nasi…makan sikit aje…

ok bye semua

mood : unhappy