Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, December 29, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Blueberry

Assalamuaikum dan selamat hujung tahun…

2-3 malam lepas kakakecik melapis untuk dijadikan doorgift VIP kenduri sepupu Sabtu penghujung tahun 2011…bluberry paste masih lagi banyak..so dengan menggunakan adunan asas untuk kek lapis dan dikurang ditambah mandai kakakecik..so jadi la kek lapis bluberry…

bluberry

Bahan-bahan yang digunakan :

500 gm mentega

100 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

50 gm jem buah-buahan (kakakecik guna jem strawberry…yang nie yang ada pun…kalau ada jem blueberry TERBAIK)

3-4 sudu teh paste blueberry

2 sudu teh pewarna purple

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.

  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung  serta jem lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.

  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong..plain dan 1 bahagian lagi masukkan blueberry paste.

  5. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama..dan bagi lapisan berikutnya api atas sahaja)

  6. Lapisan pertama plain..lapisan kedua purple danulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

  7. Selamat Mencuba

 

bb

 

pssst : kakakecik guna mixer baru..best…laju je dia pukul…jimat masa…

Spontaneous Thursday # 6

 

Kakakecik x nangis pun tgok OMBAK RINDU...
tapi baca novel nya nangis huhuhu

 

 


itu la diri ini lebih feel bila baca novel dr menonton
membaca lebih dekat dengan hati nie

 

OMBAK RINDU…

SPONTANEOUS THURSDAY #5

HARI INI HARI KHAMIS

BERTARIKH 29 DISEMBER 2011

 

 

 

HARI TERAKHIR BEKERJA DI TAHUN 2011

 

 

 

MINGGU DEPAN…HARI AHAD 1/1/2012

KERJA DI TAHUN BARU…

Spontaneous Thursday#4

 

KECEWA

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

MEMORY CARD TERTINGGAL DI TEMPAT KERJA

TAK DAPAT NAK SNAP KEK LAPIS

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #27

DSC00400

khas untuk Lydia Miza

Katakan TIDAK pada GARISAN MASA MukaBuku

Oh TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK sama sekali kakakecik akan menyerahkan kedua-dua akaun MUKABUKA (omputih panggil Facebook) kakakecik kepada GARISAN MASA…garisan masa permulaan ke nie…alahai benda alah TIMELINE kat facebook tu la..ada yang ramai telah tukar kepada TIMELINE yang konon akan nampak menarik…

Tetapi bagi kakakecik..bila kita SET / Klik  kepada TIMELINE nie…menyebabkan FB kita :

TAK ADA PRIVACY….profile kita akan menjadi terbuka luas kepada tontonan umum…apa sahaja yang kita buat dari awal penglibatan kita dengan dunia FB akan mudah dicapai…klik je bulan2 disebelah kanan profile tu…semua nya akan dipaparkan… pastu kalau x silap kakakecik la…wall kita pun akan xde privacy lagi…kalau x guna timeline…paparan lama tu wall kita myb hanya kawan2 sahaja boleh tengok kan…(tatau la kalau boleh setting)

BINAU MATA….nampak penuh skrin…binau biji mata…sakit pemandangan dari atas ke bawah dari kiri ke kanan…SERABUT je rasa nyer…

Mungkin ada yang kata kakakecik tak ikut peredaran zaman dunia Mukabuku…ada kakakecik kisah sebab Awin Si Puteri  Katek, Awangku Johan, Amal jugak bersependapat kot dengan kakakecik…tak mungkin mudah untuk kami serah kepada TIMELINE…biarlah dikatakan ketinggalan zaman bak kata AMAL…rasa2nya teacher SuhailiSarif pun macam nak tukar kepada asal..xmau lagi guna GARISAN MASA…..sapa ada tutor boleh la kongsi yer…

“Jgn sentuh perkataan timeline jika x mahu dia manghantui kehidupan kita.tgk pun serabut.huhu” LydiaMiza

“kalau tak buat lagi facebook timeline dikira ketinggalan zaman tak?Amal The Garang

Syamsid Dhuha Abdwahid “tak !! sbb aku suke yg lame dr baru . nmpak simple x serabut”Flymoo menjawab status The Garang

 

 

 psst : maaf dipinta kepada pengguna TIMELINE….entry nie agak terlalu IKHLAS

Tuesday, December 27, 2011

Moist Choc Cake Belated Besday

kek

 

Thanks Eliani bakal pengantin baru hujung minggu nie sudi buatkan utk si kazen dia moist choc cake..special punya untuk mybirthday…walaupun dah lewat 4 hari tetapi tetap dia buat dah tu anta mai ke kedai…kek hasil tangan si dara berdarah manis seketul telah selamat ditelan oleh kakakecik…sedaaaaaaaaaaaaaaaaap…

 

kek cokelat 

 

eh eh kenapa ye eliani tak bawak pergi umah mak long…takut dorang makan habis yer…hehehe…pastu mana font happy belated birthday…opps melawak aje…usik mengusik manja bakal pengantin…

Jom Memasak : Puff Sardin

 

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Puff nie adik beradik karipap kan…curry puff…kakakecik memang suka makan karipap dan puff…teringat masa kat umah Mat Gebu akhir syawal aritu…layan sungguh puff dia buat…kami semua siap tapau lagi…dan kakakecik sendiri dah g cari kat tesco di alor setar..tetapi alangkah kuciwanya sebab tak de…sekali minggu lepas pergi sungai petani..target giant or tesco akan kakakecik terjah…YES YES…..puff pastry KAWAN kakakecik temui…itu pun jenuh menanya budak TESCO…depa plak tatau cmne rupa nya…kena plak terangkan…macam kes di TESCO Star Gate…dia bagi kulit popiah…dik nie kulit popiah la…ok mai sini tengok cmne rupa puff pastry ni

 

DSCN9120

ini la rupa bungkusan puff pastry…harga di TESCO Sg Petani Selatan RM 4.89 senang cite RM4.90 la sebungkus ada 10 keping

 

Sardin ada je dalam peti ais di rumah…so apa la menumis la..buat inti nya…simple2 sahaja…nak kena share gak ke bahan2 buat inti sardin nie…

 

Bahan-bahan :

Sardin dalam tin

Bawang Besar – potong dadu

Bawang Putih – potong dadu

Sos Cili

2-3 cili boh (kakakecik guna cili kering yang telah diblender)

Garam secukup rasa

Daun sup dan cili besar

Air

Puff Pastry

 

Cara Membuat :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga keperangan
  2. Masuk cili boh, sos cili dan juga air, kacau rata dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan sardin. Kacau rata, tuang sedikit lagi air dan biar kering, jika perlu tambah garam. Sejukkan.
  4. Ambil sekeping puff pastry, letakkan 3/4 camca besar inti, ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu.
  5. Alih dalam dulang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
  6. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...dan hasilnya…

puff sardin

Kenapa ye puff kakakecik ada yang terbuka  tepi nya…..uwaaaaaaaaaa…dah le mak n adik  x suka puff…kakakecik jugak kena habiskan…tak kisah la…lepas nie teringin nak wat bentuk macam INI

 

pssst : sedang makan kek coklat belated birthday..bakal pengantin buatkan special utk sepupu dia yang dok teringin nak makan kek cokelat nie

Monday, December 26, 2011

Kakakecik bersama Kakecik

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

“Kakecik kakecik….”

alamak tak kan peserta PUTEK dalam dewan Puteri 1 nie ada yang baca blog kakakecik kot…tak mungkin tak mungkin…

sebenarnya dalam 15 orang peserta PUTEK nie ada sorang gadis yang dipanggil KAKECIK….tapi kakakecik nie plak perasan lebih…

HAHAHHA…

Memang tak sangka la kan ada jugak orang lain yang dipanggil kakakecik..ingatkan diri nie je dapat nama “KAKAKECIK”

DSCN7477 Kakakecik vs Kakecik

Malam terakhir kursus kakakecik pun tanya la empunya diri kakecik kenapa dorang panggil kakecik…jawapan nya…sebab kecik…hahahaa….jom kita bergambar dua sebab kak pun kawan2 panggil KAKAKECIK… dia gelak je..sabo je la..(kalau tak percaya tengok la blog akak header pun KAKAKECIK pe :)

 

 

pssst : thanks sunah atas panggilan kakakecik nie..ada yang melekat kot dengan panggilan ni

Hadiah Birthday….Apa Yang Kakakecik Dapat???

 

Assalamualaikum….salam sejahtera..

3 hari sudah berlalu…23hb adalah birthday kakakecik yang ke 13 eh eh tiga belas plak..tiga puluh satu la….terima kasih kepada yang wish birthday kat facebook, handphone…amiiiin semoga doa kalian semua dimakbulkan..

tahun nie tahun yang amat bererti jugak la bagi diri kakakecik sebabnya

ADA ORANG MASUK MEMINANG??

Hahahhahaha tak ada la semua tu

sebenarnya ada yang sudi kasi hadiah..bukan 1 hadiah je kakakecik dapat…4-5 kot…

tapi hadiah2 tu semua bukan pada 23hb kakakecik dapat…

Bantal ulat bulu kakakecik dapat 30 Nov...pemberian dari Wany

hb

 

Novel HATI KALA CINTA daripada kembo Shida Anwar  yang dok di Klang, dapat pada 22hb…best novel nie…sebak jugak masa kakakecik baca..thanks kembo..

 DSCN7491

 DSCN7493 

 

Oven, Mixer dapat pada 24hb….hadiah daripada kakak dan AJK persatuan…

DSCN7512

 

Camne best tak hadiah birthday kakakecik…

tak lupa jugak TQSM kepada Sunah dan Azlini Cik Pulau yang buat entry untuk birthday kakakecik…terharu sangat2

 

pssst : malam birthday tu ada peserta kursus PUTEK wish birthday n kasi chewing gum utk kakakecik…walau xmakan kunyah chewing gum..disebabkan dia kata sebgai belanja birthday ku kunyah jua…

Friday, December 23, 2011

Happy Birthday To Me

 

Birthday to Me…

Alhamdulillah dah masuk 23hb dis di tahun 2011 bermakna saat ini usiaku telah berganjak lagi..dah 31 pun…..syukur sangat2 ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan kesejahteraan hidup selama 31 tahun ini.

Mak Ayah, terima kasih atas segala kasih sayang dan perhatian serta sokongan diberikan selama nie…walaupun kadang2 ada desakan tp anak mak ayah nie tak kisah (dlm hati kisah jugak) tetapi apa kan daya kan….bukan kita yang tentukan semua tu…doa2kan la untuk anak mak ayah nie…

 

psssst : tetiba je kat lobi hotel nie samar lampunya tepat jam 12 tadi….risau je takut kena prank nie..adik2 bilik kuar tak balik2 lagi…..tak sanggup duduk sorang2 dlm bilik…so turun lobi online

Thursday, December 22, 2011

Spontaneous Thursday#3

 

 

 

 

SUDAH MELEBIHI 24 JAM TAK TIDO…

MATA DAH MACAM MATA PANDA JE…

Tidak Dapat Tido Semalaman di Hotel Emerald…..?

 

Assalamualaikum…..selamat pagi semua…

semua dah bangun ke….semestinya yang dah ada kan…

kakakecik belum tido lagi…dari malam tadi hingga ke jam 6.55am nie…

tak dapat nak tido la…kat hotel emerald nie…cuba lelapkan mata nie….memang tak boleh…last2 angkat c-merah kuar bilik turun ke lobby pukul 5.30am tadi semata2 untuk nak online..terkejut kot orang2 hotel nie bila tengok 2 orang anak dara kuar dr lif…

20111222064754754

kakakecik kena gangguan ke…ada misteri yang berlaku ke ke atas diri kakakecik yang buat kakakecik tak dapat tido hingga waktu mcm tu…

20111222064701159

2011122206483712

eh eh tak de lah…sebenarnya kakakecik tolong adik2 yang kursus Putek nie wat RP…sekali masa dok wat tu gelak dan sejuk sangat…sampai athma…kecian kakakecik kan…

 

skrg kat cafe…lapooooooooooooooo..jom g bfst…

 

20111222070751802

Wednesday, December 21, 2011

Worldless Wednesday #26

Worldless Wednesday #25

Pakej 3H 2M di Sungai Petani

assalamualaikum....dan selamat tghri,

hampir atau dah melebihi 1 minggu rasanya kakakecik tidak update CNQ nie...sori sangat2 sbuk di hujung tahun nie....kalau orang lain sibuk habiskan cuti tahunan pergi sana sini tetapi kakakecik kena berkerja keras di hujung tahun...

alhamdulillah kakakecik dapat pakej 3h2m di sungai petani untuk kursus putek anjuran MARA...bagi bekas2 pelatih giatmara....oppps bukan kakakecik sertai kursus nie...(kakakecik dah pun kursus nie 2 or 3 tahun lepas). Sebenarnya kakakecik diberi job bagi menyempurnakan kursus PUTEK nie...lbih senang kakakecik bekalkan pc untuk peserta...arini ari ke2 kakakecik di emerald hotel..malam nie bermalam di sini..kebtulan ada adik2 yang baik dengan kakakecik ajak tido sebilik dngan dorang..kalau jenuh jugak la nak ulang alik setiap ari...45minit perjalanan...lenguh kot badan2 nie....

ok la ye...nak rehat2kan badan..

jumpa lagi....(wifi di emerald pu3 ni kureng skit..ni pun terpksa on9 kat lobby)

Thursday, December 15, 2011

Ada Apa Dengan CampFire Blogger Perak @ Pangkor

Assalamualaikum…

Entry yang lepas, kakakecik tak de cite sangat ada apa dengan Campfire Blogger Perak kan…best sangat ke yang kakakecik sanggup pergi dari Kedah tu… YA MEMANG BEST SANGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAT SANGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAT dan BERBALOOOOOOOOOOI BALOOOOOOOOOOOI walaupun terdapat benda yang di luar jangkaan kita semua…tapi itu la yang dinamakan pengalaman…walau apa pun semua nya telah selesai dah kita semua telah selamat pulang ke destinasi masin-masing dengan kenangan yang terpahat di hati…mungkin ini adalah sebahagian kenangan terindah dalam hidup kita yang join Campfire…

Bagi kakakecik sendiri…banyak kot pengalaman kenangan yang kakakecik dapat sepanjang campfire ini…jom kita kira bape banyak yang kakakecik dapat :

  1. Menunggu wakil daripada pihak chalet hampir 2 jam : ini mengingatkan kita betapa pentingnya masa dan pengurusan masa…mengajar kita erti kesabaran…(Pihak chalet lepas nie kena lebih cekap dalam melaksanakan tugas)
  2. Sistem tiket Pulau Pangkor tidak sama dengan sistem tiket feri ke Pulau Langkawi…kakakecik siap borak-borak kot dengan pak cik yang jaga gate tu…huhu…terlebih ramah plak
  3. 1st time jejak kaki ke Pulau Pangkor tapi xde kenangan dengan perkataan “PANGKOR” konon time balik baru nak pose kat jetty tu….sekali balik naik jetty lain..Iera pun tak dapat pose kan kat stu…huhuhu
  4. Dapat jumpa adik-adik blogger yang kebanyakan nya baru pertama jumpa kecuali Reena, Angah, Aten, Bro Framestone semua nya sporting moting….dorang siap gua lu gua lu habaq mai…
  5. Reena dan Mama nya : thanks a lot coz layan akak yang terbaik…rasa macam 1 family saja…sori reena if akak drive malam tu membuatkan reena terkejut jaga dari tido..Mama siap basuh kot baju kelawar kakakecik..huhuhu..dah tu tunggu kakakecik sampai malam sebelum g pangkor baru nak dinner…time tu dah kul 11 malam…so soriiiiiiiii ye Mama, reena, hanie, aten n ieda
  6. Pisyek  : yang banyak persamaan…pertama kali datang ke pangkor, ada lesung pipit (dia de sebelah je tapi dalam sangat..Amalina dan Asyraful Naim kak ada adik baru la), tak makan ikan dalam kari, hari last kami pakai baju wana merah…dia jugak minat pink…
    DSCN7332
  7. Syamsid : Nama yang bila di tambah A akan jadi nama kakakecik..NurSHAMSHIDA…Syam shid a…….bila panggil dia macam tu dia wat tatau…uwaaaa dia ingat teman main-main huhuhu…nama akak la syamsid
    DSC04789ss
  8. Nia : yang panggil teman KAKAKECIK dan Ruzz  yang panggil kome KAK ADISH 
    DSCN7337
  9. Al : akak tak sampai la nak peluk dan laga pipi dengan kamu..nampak sangat akak ni rendah kan
    DSC04788
  10. Iera dan Hani : teman sebilik sekatil..borak sampai pukul 2pagi…Aten & Ieda : kita sama-sama pikir apa yang nak jawab dengan pak guard
  11. Sesat pergi dan balik dr Taiping…Sesat dalam UiTM Permatang Pauh
  12. Soalan Maut Merujuk kepada pertanyaan Bro Framestone dan Fadil Penyu. “ Akak dah bertunang ke ?” – pertanyaan Fadil Penyu.." Bila nak tukar hak milik ?” – pertanyaan Bro..2x kot tanya malam masa pecah ais dan pagi ahad..huhu
  13. Bila bagitau umur yang kakakecik ni baru 13 tahun dorang macam tak percaya…pisyek tanya ulang kali kot..kakakecik siap gtau num ic lagi tanpa 4 digit belakang tu..kalau xpercaya gak mau kakakecik tunjuk ic kat dorang hehhe….JUJUR IKHLAS umo akan capai 31 pada 23 DISEMBER nanti…hehehee paham2 la ye
  14. Terpaksa drive kereta manual di malam hari mula2 rasa tak yakin..bila dah boleh tekan tu rasa macam best lak…hampir setahun kot tak drive keta manual..angah minta nak drive pun tak nak kasi
  15. Gelagat Rahim dengan teddy bear     DSCN7328 dan Safwan dengan lolipop nye…mencuit hati teman
  16. Main nenek dan sukaneka di usia….30an
  17. Memaksa dan memberanikan diri bonceng motor hingga ketar lutut..dengan hujan basah kuyup dibuatkan
  18. Takde gambo dengan Fadil…dia siap sms kot..akak tak de pun gambo kita berdua..dulu takde..skrg pun xde..xpe padil tu tanda nya kita akan jumpa lagi
  19. Tak puas pergi pangkor sebab tak dapat keliling pulau naik motor….huhuhu. dah tu tak dapat join unggun api..coz dah tido
  20. Jadikan belon sebagai pelampung…boleh angkat kaki bukan main seronok nya sampai bawak ke dalam mimpi…2 malam berturut2 kot mimpi BP
  21. Chalet yang hanya ada lampu bila malam..sebab guna generator…memang pengalaman kot bergelap je..tapi apa pun best sebab kawasan chalet tu privacy sangat2….tak kisah la lampu hanya waktu malam…
  22. Al dan Rahim terkejut bila dengar suara kakakecik yang dikuatkan masa mintak /tanya pinggan kat adik di chalet waktu lunch ari ahad (GARANGNYA kata dorang) …lepas tu boleh plak suara lembut ayu je…hahahahhaha..PINGGAN MANA…
  23. Reez yang comel dengan mimik muka dan aksinya…Safwan dan Adib yang agak pendiam hanya senyum je…cheq pun naik segan malu dengan depa

cukup la 23 sebab 23hb nanti besday kakakecik..nak hadiah nak hadiah

 

Korang yang tak pergi tu jangan jeles yer…BEST KE TAK MEMANG BEST BAGI DIRI KOME Nie……tak puas la….nak lagi nak lgi next gath plz…

CampFire Blogger Perak : Pulau Pangkor

Assalamualaikum…selamat petang…

 

Pulau Pangkor akhirnya dijajah oleh kami warga Blogger Perak esp. yang join Campfire pada 10-11hb lepas…kakakecik yang bukan ada kena mengena dengan Perak juga turut serta…tak terasa diri ni dipinggirkan walaupun bukan asal dan menetap di Perak…adik2 Blogger Perak semua sporting sangat-sangat…Opss bukan nak cerita mengenai Blogger Perak…sorry ye..ini hanya untuk intro…

 

378375_2673703715355_1039038139_2965396_2136926361_n

Ok la kakakecik tak nak cite panjang sangat….biar gambar yang menceritakan segalanya tentang kami di sana…

 

----> JETTY LUMUT : Menanti wakil daripada pihak pengurusan ChaletWarisan Alam  untuk jemput kami semua..bergambar dulu <----

bp10

 

----> JETTY LUMUT : Menunggu feri ke Pangkor….sistem feri ke pangkor tak sama macam ke langkawi tau…kena berdiri je…free time free seat<----

bp7

 

----> DI DALAM FERI MENUJU KE PANGKOR :Bagaikan  FERI itu BLOGGER PERAK YANG PUNYA <----

bp9

bp8

 

----> CHALET WARISAN ALAM, HUTAN SIMPAN SG PINANG : TELUK DALAM <----

 pgkor

391805_2596092396094_1668247186_2486708_1803256431_n       

   < sabtu ; sesi petang : santai dan sukaneka pantai itu kami yang punya>

bp1        

bp3

 

< malam : bbq, karok, pecah ais dan suprise birthday >

bp11

Bara-bara..rahim yang bertanggungjawab semua nya…

 

bp5retis-retis Blogger Perak

 

bp4

sesi pecah ais…nama saya …..asal kedah xde kena mengena dengan perak tapi ramai sedara di perak…TAPI SAYA LAYAK JADI AHLI KELUARGA BP..

387845_2675009107989_1039038139_2965696_869736554_n

birthday cake november & disember….elok je dorang tengah karok tetiba padil padam lampu..ingatkan nak karok dalam penghayatan..pastu dengar plak "ALLAH SELAMATKAN KAMU…ALLAH SELAMATKAN KAMU… " padil siap tanya plak tu… “akak lahir bape hb…bulan bape” alamak jangan la dorang buat yang bukan-bukan nie…ingatkan reena je yang kena..sekali sapa yang lahir bulan 11 n 12 kena gak…demmmn….nasib baik x kena tepung…thanks semua…terharu sangat …

384540_2675048588976_1039038139_2965735_1676078074_n

tanpa unggun api x bermakna la campfire kan..tetapi kakakecik x turut serta sebab dah masuk tido..ingatkan dorang tak buat…sob sob..kenapa x ketuk pintu chalet kami….rugiiiiiiiiii….

 

< ahad ; pagi : bebas >

bp2

tugu peringatan BP

Idea by:reezluv
Project Engineer: Adired Adib
Kontraktor:Hanie Kunie, Safwan Seth & Syamsid Flymoo

bp6

game nenek / atok si bongkok 3 : membuatkan kakakecik hampir semput, banyak sangat gelak…terpaksa tarik diri awal…

 

Apabila nenek / atok jumpa cucu nya…maka berakhirnya 2 hari 1 malam kami semua di Pangkor…

 

----> JETTY SG PINANG: Terlepas feri pukul 4.30 petang terpaksa tunggu feri pukul 6, kelewatan bukan disebabkan oleh pihak kami tetapi faktor cuaca, almaklum la chalet kami duduk tu private n privacy jauh skit ke dalam <----

381589_10150429381094608_586939607_8615250_1536607783_n

bp12

    DSCN7337 

kakakecik bersama ruzz dan nia..orang penting campfire…nia panggil kakakecik..ruzz panggil kak adish…rindu korang

 

bye bye with LOVE…

166932_2675128830982_1039038139_2965767_205183949_n (1) 

We Are Family…

 

psssssssssst : campfire banyak pengalaman yang ditempuhi dan  kakakecik bertemu dengan adik yang ada persamaan la….tunggu next entry….alamak mak dan adik dah kol la tanya nak pegi ipoh ke tak…nak pegi ke tak nie…kalau pegi adik2 BP mau jumpa kakakecik tak?

Blogger Perak telah menjajah Pulau Pangkor…cer klik DI SINI

Thanks Reena yang sudi bg akak tumpang tido di rumah….thanks angah yang menumpangkan akak pegi lumut…thanks semuaaaaaaaaa warga BP yang sudi menerima diri ini yang tidak seberapa dalam keluarga BP….cayuuuuuuuunk semua…

Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday #2

 

 

Pangkor

Campfire Blogger Perak

 

 

 

Biarlah Semalam Yang TerAKHIR…..

Assalamualaikum…

Shida berharap cukup lah setakat semalam adalah yang terakhir…mungkin tiada lagi apa yang berlaku semalam akan berulang lagi…TIDAK MUNGKIN akan dilakukan untuk seterusnya… Bukan tidak mahu diberi peluang tetapi shida tidak mahu memaksa diri…

Mintak Maaf Wahai,

 

 

 

 

 

 

 

Buaian Tinggi

Apa jua permainan di Fun Fair

 

Hahahahahha…kantoi shida takut gayat…

IMG_1241 Masih boleh pose lagi…masa nie tengah tunggu giliran aisya n aiman nak naik heli

 

IMG_1229 aisya jadi pilot

 

Semalam shida pergi fun fair di Stdm Alor Setar….saja menggatal ikut abg mie dan kak ja bawak aiman dan aisya…Sampai sana..memang shida tak nak main apa pun…tapi mulut dok sebut nak main kereta langgar…ajak adik dia tak main…dia takut terpelanting kuar…Adik dan aisya nak naik buaian tinggi….demmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmn…aduuuuuuuuuuuuuuuuus awal2 lagi shida tak nak..tetapi rasa tercabar jugak tengok orang lain duduk tinggi di atas kepala nie…

 

Akhirnya..shida dan adik naik la benda alah buaian nie….si aisya pun nak jugak…masa orang yang jaga token tanya “boleh ke ni” tuju kepada si aisya….okey je shida dan adik menjawab…

IMG_1282 Peace……bergaya bukan main…tunggu naik atas nanti baru tau peace ke pecah kerongkong

IMG_1292

oh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak…gayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat weiiiii…aisya siap nangis lagi….si ateh nie plak berdoa n mengucap je….takuuuut la…..kak ja kata x dengar sora orang lain dah kat atas tu…hahahhaa…biar la….baru puas……turun je dari buaian tu…dah pening kepala…nak termuntah semua ada…cepat2 kuar dari tapak fun fair g cari air dan asam….x masuk dah lepas tu….Apa pun malam tadi adalah yang terakhir shida nak main/ naik benda gayat2 macam nie…bagi la upah banyak mana pun tak sanggup nak gadai nyawa lagi

 

psssst : terpikir macam mana la dorang yang rocket tungging kepala tu…cukup la naik kat genting dulu….dah x mau lagi…

Merah Itu Menawan dan Menarik…Walau Kecil Ia Amat Bermakna

IMG_1322

 

IMG_1330 

Kecil-kecil C-Merah… Ia amat bermakna dan bererti… akan sentiasa bersama nya…

Tak mampu nak pakai Tab, Ipad or etc…hanya C-Merah yang kakakecik mampu miliki…