Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Katakan TIDAK pada GARISAN MASA MukaBuku

Oh TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK sama sekali kakakecik akan menyerahkan kedua-dua akaun MUKABUKA (omputih panggil Facebook) kakakecik kepada GARISAN MASA…garisan masa permulaan ke nie…alahai benda alah TIMELINE kat facebook tu la..ada yang ramai telah tukar kepada TIMELINE yang konon akan nampak menarik…

Tetapi bagi kakakecik..bila kita SET / Klik  kepada TIMELINE nie…menyebabkan FB kita :

TAK ADA PRIVACY….profile kita akan menjadi terbuka luas kepada tontonan umum…apa sahaja yang kita buat dari awal penglibatan kita dengan dunia FB akan mudah dicapai…klik je bulan2 disebelah kanan profile tu…semua nya akan dipaparkan… pastu kalau x silap kakakecik la…wall kita pun akan xde privacy lagi…kalau x guna timeline…paparan lama tu wall kita myb hanya kawan2 sahaja boleh tengok kan…(tatau la kalau boleh setting)

BINAU MATA….nampak penuh skrin…binau biji mata…sakit pemandangan dari atas ke bawah dari kiri ke kanan…SERABUT je rasa nyer…

Mungkin ada yang kata kakakecik tak ikut peredaran zaman dunia Mukabuku…ada kakakecik kisah sebab Awin Si Puteri  Katek, Awangku Johan, Amal jugak bersependapat kot dengan kakakecik…tak mungkin mudah untuk kami serah kepada TIMELINE…biarlah dikatakan ketinggalan zaman bak kata AMAL…rasa2nya teacher SuhailiSarif pun macam nak tukar kepada asal..xmau lagi guna GARISAN MASA…..sapa ada tutor boleh la kongsi yer…

“Jgn sentuh perkataan timeline jika x mahu dia manghantui kehidupan kita.tgk pun serabut.huhu” LydiaMiza

“kalau tak buat lagi facebook timeline dikira ketinggalan zaman tak?Amal The Garang

Syamsid Dhuha Abdwahid “tak !! sbb aku suke yg lame dr baru . nmpak simple x serabut”Flymoo menjawab status The Garang

 

 

 psst : maaf dipinta kepada pengguna TIMELINE….entry nie agak terlalu IKHLAS

Monday, August 15, 2011

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh Kenapa Ni Mark?

fb

aduuuus kenapa dah jadi dengan shida punya acct Fb nie…mark kenapa niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiie…u nak halau i ke..tahu la sekarang nie pukul 6.30 petang…sepatutnya waktu ini i dah balik..ok ok kejap lagi i balik….tapi esok i mau fb i ok yer……

Thursday, August 4, 2011

Acik Fidah Pun Baca Sunah Suka Sakura

 

Assalamualaikum….

Tiada ku duga sedara ku tertarik dengan entry Sunah Suka Sakura dot com….memang tak disangka dek akal fikiran nie Acik Fidah yang menetap di JB baca entry Sunah….agak2 korang entry mana yang membuatkan Acik Fidah tertarik dan siap post kat wall FB nya…

Ayat di wall Acik Fidah berbunyi macam nie :

Noor Afidah Abdullah  : Saya bukan penggemar kek lapis sarawak TETAPI tertarik untuk berkongsi maklumat....

acik pida

Alhmdulillah acik fidah suka dan tertarik untuk berkongsi maklumat tentang ini dan yang paling PENTING entry dari adikecik kakakecik yang comey itu….

acik

psssssssssssst : Sunah…teruskan penulisan mu ye adikecik…bak kata kak elly kamu…sunah kan boleh jadi duta sarawak

Monday, June 20, 2011

Gambar Aku Di Eksplotasi

Assalamulaikum….

Ya Allah 4 hari shida tak update blog….last update masa di KL sebelum balik kedah….balik kedah je keje bertimbun…byk yang shida kena buat..arini baru kesempatan shida update entry…kalau hari lain banyak walking je..Sebenarnya shida nak khabarkan kepada korang yang salah satu gambar shida telah dieksplotasi oleh seseorang…terkejut jugak shida dapat MMS…**uiiiiiiiit ini gambar aku nie** memang SAH gambar shida walau pada awal macam blur skit..betul ke gambar aku….ish tak de keje ke dia dok wat benda nie…

Gambar mana yang telah dieksplotasi…gambar yang dulu pernah jadi picture profile Facebook shida…memang dia de gtau suka gambar shida yang tu..tak shida tak terpikir la yang dia nak wat mcm tu sekali…ini komen dia kat FB “cyok tgk pic ni .... dipenuhi renungan .. pelbagai rasa ... ^^ ”

134212_1482786080727_1566112430_30941943_1247542_o

Gambar nie dah lama sebenarnya…gambar 2 tahun lepas kalau tak silap shida…hari raya haji masa tu kat umah hanya tinggal shida, adik, mak n ayah..adik beradik lain x balik beraya umah mak..so berposing je la….

Ok ok shida tak mau cerita sejarah gambar ini….shida nak tunjukkan pada korang apa yang telah mamat tu buat pada gambar shida…apa yang eksplotasikan gambar yang dia suka tengok sangat nie….

Picture (3)

Gambar shida telah di stiker kan tapi bukan untuk dijual…hehhee..hanya untuk simpanan peribadi..peribadi empunya gambar la bukan nyer peribadi orang yang membuat nyer….…huhuhu…terharu sangat2…shida siap wat wallpaper utk handphone lagi…tak percaya…cuba tengok pic di bawah tu…cheq tak tipu eh

DSC04159

So sweet kan….stiker tu pun shida dah selamat dapat…thanks ye ***** (tak perlu kot gtu sapa nanti ramai plak mintak dia buat) hehhehe..tapi shida tatau nak letak mana stiker nie…tak kan nak pelekat kat cermin keta kot….shida kalau senang2 gantung je kat cermin pandang belakang tu biar penuh….sapa ada cadangan….size stiker ni tak besar mana pun lebih kurang 4” x 2.5” macam tu…

Thursday, May 26, 2011

Blogspot dan Facebook SAMA SAHAJA

hati tengah membara..rasa macam hampir2 hilang sabar nie....

tatau la apa masalah blogspot dan facebook nie...makin hari makin menjadi2...ada je masalah nya..sekarang nie shida tak boleh signout akaun blog nie..kalau orang lain tak leh sign in lagi masalah kan....macam CIK GKSB...dia tak leh sign in...kecian dia...hahha...tak kisah la tapi nak gak update blog mak...malas nak guna IE or Firefox.....Facebook la tadi tak leh nak masuk2 tatau la pasal pe...2-3x dok suruh try again....

Mungkin Blogspot dan Facebook nak suruh shida bersara kot...

Thursday, May 19, 2011

Gambar Mak Mertuaku (QASEH ) di curi

assalamualaikum…..

geram geram geram geram sangat bila ada orang curi gambar mak mertua shida si QASEH DALIA…kalau tak silap pic tu dulu adalah pic yang dijadikan header blog..pic profile FB….kalau x percaya tengok la entry shida, sunah, en ben dll dulu semua guna pic qaseh yang itu..Salah satu entry shida…SINI YER

nak kenal ke sapa yang tak tau malu guna gambar Qaseh tu….KLIK DI SINI…..jom kita sama2 pakat serang pemilik akaun FB Nie…

amik pic org

NUR SYAFIKA NASUHA (NUR KRISYA) nama pun dah cilok…hahaha…tak perlu la weeeeeeeeeeeeei nak amik pic orang wat pic profile….ingat bagus sangat ke….lebih baik letak pic sendiri tak pun biar je kosong kan senang…..

 

psssst: kecian qaseh….dulu zie madini..blogger sarawak pernah gak kena mcm nie….lepas nie pakat2 semua jadi mcm sunah, aima (ranger muslimah) en mat gebu x de gambar depa…

Thursday, February 24, 2011

NorFaNiL SudaH KeMBaLi

as'salam

semalam shida ada wat n3 pasal norfa kan..kalau sapa yang tak perasan entry shida tu klik DI SINI….korang kenal x norfa nie…norfa empunya www.nofanil.com kecian norfa blog dia kena serang malware..tetapi sekarang norfa sudah muncul kembali dengan NorfaNil is Hitam Putih….gabungan norfanil ngan blog baru yang norfa baru buat….x ramai yg tahu norfa ada blog “is hitam putih” tu…..smlm shida dapat tag kat FB dari norfa, dia mintak pendapat 2 orang kakak nya nie….mesti la sHidA dan SuNaH kan…eh eh baru perasan Norfa, Shida, Sunah (NSS) mcm pangkal huruf nama shida…Norfa..teruskan la ramai menunggu norfa di luar sana…akak harap norfa tak putus asa ok walau start dr zero semula..i’allah akak ngan kak sunah akak tolong adik cayang kami nie….kiranya di sni norfa newbie yang otai la kan kan…leh x gtu norfa….ok2 pasni akak letakkan semula norfa jiran sepagar bersama ngan akak sunah ok…tp jgn gaduh2 rebut ady budika dan mat gebu plak…:)

Ok Jom semua tunggu apa lagi….serbu la NORFANIL IS HITAM PUTIH sokongan anda amat diperlukan…..

 

ENTRY BERKAITAN

http://www.sunahsukasakura.com/2011/02/norfanil-is-hitam-putih.html

Wednesday, February 23, 2011

NoRFa NiL……

as'salam Norfa…siapakah dapat menjejaki norfa..shida rindu dia…tolong shida plz…...norfa nil telah hilang sejak blog dia kena malware…kecian norfa…norfa adalah insan yang shida rapat selain daripada mereka di sini…shida kenal norfa bila shida join segmen ini…blog norfa antara blog yang shida akan kunjung setiap hari…banyak benda yang shida dapat di dalam blog dia…shida macam jugak sunah…silent reader blog norfa….sebelum ini shida egtkan norfa nie sebaya shida sebab shida nampak dia matang sangat…tetapi rupa2nya norfa nie sebaya aje dengan adik bongsu shida….baru 20an sdangkan shida dah 30an…jgn perasan kamu tu muda shida…bertambah lagi adik2 shida di dunia blog ini…..walaupun norfa nie masih muda tetapi cara penampilan blog dia nampak begitu matang….norfa sangat baik…….dia la yang tolong shida masa shida ada masalah aritu…bukan masalah peribadi tetapi masalah pasal ini….shida percaya kan norfa..shida bagi aje dia open shida nyer account blog..tapi skrg shida dah tukar..hehhee …norfa jugak adalah salah seorang jiran sepagar shida selain daripada ABG SUNAH dan En MaT Gebu…tetapi shida terpaksa delete feed norfa kerana malware telah menyerang blog norfa…..ntah bila la semua tu akan pulih….Norfa dulu aktif di Sahabat Blogger….tetapi sekarang di manakah NORFA…

171441_1553618574775_1664505425_1416295_1509192_o

Norfa….akak harap walau norfa dah x dapat dikesan lagi…NORFANIL…tetapi akak akan sentiasa rindu dan ingat norfa…tetapi semalam…rindu shida kurang sedikit kerana kami ada bual2 kat FB….apa pun norfa take care ye dear….study molek2…muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuah…

Tuesday, February 22, 2011

Aku SaYaNg dan CinTa Sama Dia

assalamualaikum….salam sayang untuk semua pembaca CNQ…

di dunia ini di dunia blog ini shida telah menemui insan yang buat shida sayang buat shida cinta dengan dia serta blog nyer…

bukan seorang yang berjaya membuat kan perasaaan shida nie terus bersama tetapi 6 orang…..2 lelaki dan 4 perempuan…

mereka la insan2 yang berjaya mencuri hati shida..mereka la insan yang shida terawal shida kenal…baik..mesra…

terima kasih SUNAHQASEH….AMALINA..INDALINDA, AK JOHAN dan UJANG….

kita kenal antara satu sama lain dari segmen MHK 500 en ben akhir tahun lepas….kita antara yang aktif menjawab soalan harian tetapi yg selalu menang qaseh, amalina n ujang….ini telah membuat kan shida cemburu cemburu cemburu….masih shida egt..ujang share jawapan ngan qaseh utk soalan harian ke2…selepas qaseh menang soalan pertama….NAZ pun terlibat sama dalam komplot ini..kelakar jugak bila korang dapat shawl daripada MAMAZARA….untuk soalan terkumpul kita semua mencari jawapan bersama2…shida selalu bincang ngan AK JOHAN….ujang pun tak ketinggalan berlumba2 untuk mencari nama penuh pemilik 2+2=5…kita terjah blog dia….

Sehingga ke hari ini shida masih baik dengan dorang semua…SUNAH, QASEH, AMALINA dan UJANG aktif di SAHABAT BLOGGER…terima kasih En. Mat GeBu aka Dapur Tanpa Sempadan (DTS) sebab telah menarik shida masuk segmen En Ben Ashaari….sebab segmen en ben la….shda kenal dengan dorang semua ini….ini ini…

SUNAH sunah http://www.sunahsukasakura.com/

Adalah insan pertama antara blogger yang shida add kat FB…bila tgok mutual frend dia adalah seseorang yang shida kenal kami menjadi lebih rapat dan mesra sehingga kini…kami banyak kongsi suka duka masalah….sunah sunah akak tak boleh lupa  sunah kata nak hadiah yang akak sponsor tu..tp xde rezeki sunah…rezeki amalina, indalinda dan AK…korang tahu kan sunah la yang tolong buat header utk CNQ….sunah walaupun kita hanya kenal melalui alam maya tetapi kita baik rapat mcm pernah jupe dan kenal bertahun lama nyer..sedangkan kita hanya kenal 2 bulan…alhmdlah akak serasi ngan sunah…i’allah satu hari kita akan bersua muka….

QASEH qaseh  http://www.qasehdalia.com/

BAKAL MAK MERTUAKU seorang gadis pantai timur yang telah menarik perhatian shida sebab dia menang domain untuk 2 tahun…membuatkan shida nak kenali lebih gadis yang telah dimiliki oleh seorang jejaka blogger jugak….tak perlu la shida gtau di sni kalau sapa nak tahu siapa jejaka bertuah yang berjaya menawan hati qaseh pegi ke blog qaseh ok….entry2 qaseh banyak yang shida suka….yg kena ngan shida…tetapi shida jenis silent reader x suka komen sgt..hehhe…dulu shida egtkan qaseh ni sombong tetapi tak sebenarnya qaseh seorang yang peramah…shida suka cara dia…very frendly…SHIDA SAYANG QASEH

AMALINAina http://aremelyna.blogspot.com/

adik yang comey anak dara pulau pinang trademark blog nyer…lesung batu punye blog…menulis ikut kata hati bukan nak puji diri cuma nak jadi diri sendiri.shida leh rapat sebab dia menang utk soalan terakhir yang shida salah seorang sponsor utk soalan tu…kami bertambah tambah rapat apabila aktifnya kami kat sahabat blogger…thanks sahabat blogger….ina, mgu depan dh balik penang kan..so kita leh jupe leh wat kak sunah n kak qaseh jeles kan..jangan marah yer sunah n qaseh

INDALINDA

;inda 

http://lifehidupme.blogspot.com/

gadis terengganu student uitm…jugak salah seorang blogger yang terawal shida kenal dan rapat…dia jugak menang segmen en ben yang shida jd sponsor…dulu selalu shida balas2 mesej dengan dia kat FB…tapi kini linda sibuk ngan stdy…dh lama x ctc ngan dia….LINDA shida rindu linda…rindu nak borak2 mcm dulu….

 

AWANGKU JOHAN AK http://goldazone86.blogspot.com/

Jejaka keturunan Melayu –Brunei adalah blogger lelaki yang shida paling paling paling baik dan shida selalu chat dengan dia kat FB dan juga YM…pendekatan AK dalam entry nya shida suka..almaklum AK nie seorang cikgu….lagu yang dia pasang sayu n sedih sgt bila denga….AK egt tak lagi kita bertungkus lumus ke blog sana sni untuk mencari jawapan yang en ben kasi..kita hmpir putus asa…boleh di katakan setiap ari kita akan bincang jawapan terkumpul….AK pun skrg nie bz di sekolah tetapi jika shida nampak dia on9 YM shida akan tanya khabar adik shida sorg nie,….kecian AK nak sgt join gath tpi dia di sebrang laut sana…

 

UJANG 131992_119247351476594_119247088143287_97704_8106127_o http://azfar9897.blogspot.com/

hahhahhah lelaki ini…….tunangan orang…YANA Mib adalah tunang ujang….konon nyer kata ujang nie Lisa Surihani dan Heliza helmi tu ex-gf dia…alahai tak kan korang tatau si ujang nie kan jejaka perasan…ujang lawak je…..ujang memang jenis gila punya orang…shida suka entry dia yang bersahaja…bila baca nyer entry dia buat shida gelak ada je dia bikin gempak sana sini..pastu korang nak tahu x si ujang nie suka kentut merata tau..kalau boleh semua tempat dia nak lepas kentut…tp sebab kentut dia tu la dia pemes….wah ujang tengah sibuk menghitung hari bakal jadi raja sehari i’allah mei nanti….semoga dpermudahkan segala urusan nya….

Kepada blogger yang lain2 bukan shda tak sayang korang…..shida sayang dengan semua orang yang shida kenal tetapi mereka antara insan2 terawal shida kenal di sni..shida harap perkenalan persahabatan yang terbina ini akan kekal buat selama2 nya..i;allah…

pssst : entry ini adalah kongsian bersama shida ngan sunah masa kami dok pm kat ym….sunah sabar ye sayang..abaikan orang mcm tu..akak percaya sunah seorang yang tabah…anggap ini ujian daripada-NYa untuk mematangkan sunah dalam menjadi kehidupan sebagai insan-Nya di muka bumi ini…sabar ye…

With Love ,

~ aDisH.sHidA- CahayaNurQasih ~

 

Update..ENTRY BERKAITAN

AMALINA : http://aremelyna.blogspot.com/2011/02/mereka-penyeri-hidupku.html

SUNAH : http://www.sunahsukasakura.com/2011/02/insan-insan-terawal-terima-kasih.html

QASEH : http://www.qasehdalia.com/2011/02/persahabatan-blogger-yang-terjalin.html

UJANG : http://azfar9897.blogspot.com/2011/02/aku-ada-kerana-mereka.html

JiRaN SePagarKU AdY BudIka SeoRanG GaY!!!!!!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah….geram geram geram dengan jiran sepagar shida nie….kenapa la dia boleh wat kecoh time2 tengahari nie….shida betul2 geram nie…kalau boleh mau je shida sekeh kepala dia tu….dia telah wat onar telah wat kecoh…bukan je 1 rumah tau tp nie 1 dunia tau…..korang mesti kenal kan sapa jiran sepagar yang shida maksudkan….ala si adi putra….ish adi putra lagi….ADY BUDIKA nama glamor di blog kalau di FB : ADY SOLEH AHMAD…dia keje kat media prima..dok sana…ish cmne leh jadi jiran sepagar kalau dah sorang di kedah sorang di kl sana…dia hanya lah jiran sepagar shida di blog ini

1. DIA TELAH MEMBUAT PENGAKUAN DIA GAY…di telah tergoda dengan seorang jejaka…

ady222 siapakah khairul anuar yang buat ady tergoda itu……

Nak tahu ke sapa khairul annuar tu sila baca hingga habis ok….

 

2. ADY TELAH WAT SHIDA MALU PADA DIRI SENDIRI….

tidak ady tidak…ady telah wat shida malu………shida sanggup je baca entry ady tu…..entry yang telah buat shida gelak senyum sorang2 pada mula nya pastu shida gelak sampai ada seorang customer shida tengok pelik dan tanya “ kak gelak apa la” dia tgok je screen komputer shida…tp dia x nampak apa dia gelak kan shida balik ada la…ady jahat jahat jahat buat org gelak kan shida….ini semua angkara khairul annuar la….patner gay ady tu….shida tak suka tak suka….

Ok ok korang mesti nak tau kan sapa khairul anuar yang telah wat ady budika jiran sepagar shida nie tergoda……komen ady2kami shbt blogegr

SIAPA KHAIRUL ANNUAR tu yer…..hahhaa…sebenarnya bila shda baca je entry kat blog ady pasal mytop 10 wajib bukak blog ini hari2 shida terus komen…elok je shida  komen masa publish dok pelik asal x naik pun nama aDisH.sHidA pun….so masa nie leh g cool dok pk myb komen tu x akan naik nama akan jadi lalat….sekali bila Ady share entry kat Kami Si Blogger tetiba ada perkataan ini “Khairul Anuar? shida sendiri terkejut mcm mana ady boleh tanya mcm tu….baru la shida teringat tadi ada seorang customer buka email gmail dr pc shida…shida terlupa nak signout….hahhahahaaa…sebab itu tertera begini

komen adysiap Ady wat entry lagi….entry yang telah wat shida gelak sorang2…..

shida egtkan shida dah tak de kaitan dalam entry nie..sekali shida yang terakhir hahahhaaa…

pegi terjah entry dia yang ini http://www.adybudika.com/2011/02/himpunan-komen2-pada-entri-yang-bisa.html

tapi yang shida tak percaya dengan apa yang shida lihat kat blog ada….di ruangan SUKE KE BLOG INI? OK KE? klik  like  FB blog ini jika kita suka…adyyenZAIRUL AZREN like blog ady…memang sah ady nie gay…hahha…xde la sebenarnya Zairul Azren tu bf adik shida…shida rapat dan baik sgt dengan dia..tak sangka yeen pun buka blog ady…myb dia silent reader…tahniah ady….

 

pssst : bila korang dah tahu ady budika jiran sepagar shida gay kecoh2 erk…sebenarnya khairul anuar yg komen tu adalah komen dr shida…kueng kueng…opsss seblum shda wat entry nie..shida dah sms ady boleh x nak wat entry n tajuk ini….ady bagi kebenaran….tqsm ady…shida…ingat lepas nie seblm komen tgok dulu betul2 jangan wat malu diri sendiri..:P

Monday, February 21, 2011

Tutorial Share Entry kat FaceBook

selamat malam..assalamualaikum….shida arini nak kongsi sama2 kejakunan kelembapan shida dalam bab share entry kat facebook…ops bukan shda tak pandai nak share tp shida dok pelik dok pkir cmne depa dok post entry kat Fb tak naik plak keterangan pasal entry tu…kes nie berlaku kat group KBU..bukan no plat keta or motor kedah nah…tu group KAMI BLOGGER UTARA.shida jenis tatau malu tanya la jiran sepagar shida..ADI PUTRA.. shida cmne dia buat..sekali ady pun tatau gak myb dia main share je kot….eh sejak bila ady putra jiran shida nie…adyBudika la jiran sepagar shida tu…

7Shida dengan jari xmalu tanya ady hahahaha

Tapi masa shida dok tanya tu NORa WitH Love menyampuk abg n kakak dia dok sembang..dia punye la terang kat shida….shida tak paham…try wat x menjadi…last2 shida suruh dia wat entry tutorial pasal nak buang xmo ada keterangan panjang jela tu kat FB…..

6 try buat mcmana nora ajar tp tak menjadi sebab x paham..tu yang suruh nora wat tutorial…..1taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…tengok la kawan ku semua dengan bangga nyer shida share kat KBU.……

sudah menjadi bila baca n paham tutorial yang nora wat khas utk kakak kesayangan dia nie…

sayang nora…nora sayang kak shida x?

so kalau sapa2 ada masalah kebingunggan kelembapan macam shida nie leh la Ke BLOG CIKGU NORA WITH LOVE

to nora tqsm mydear….muaaaaaaaaaaaaaaaah…

Tuesday, January 11, 2011

~Facebook Baru....Pesanan dari Pengasas Facebook Mark Zuckerb~


eh2 si mark nie nak wat pengumuman apa lak nie...

Facebook baru.

Kami akn menghantar msj ini di sekitar utk melihatapakah anggota aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa andamasih aktif. * Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyakruang.*Hantar mesej ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkanbahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan.
PengasasFacebook,Mark Zuckerb.


ternampak msj nie kat note sorg mbe FB...ntah la betul ke x...pelik la kan sejak bila en mark tu pandai cakap melayu...myb sebab ramai sgt org melayu di malaysia nie reg. FB kot...hehhee...
sapa la yang pandai2 wat cerita sensasi nie kan...dia de cita2 jadi pengganti pengasas FB di mark tu kot....shda tak kisah la fb nak tutup ke apa...jgn blog di tutup dah..jgn ym di tutup dah....
sblm nie dah de friendster, tagged, myspace tp dah closed acct sume tu sebab fb...tu tanda nyer i setia ngan u mark :P