Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, May 21, 2012

Jom Memasak : Vanilla Mini Cupcakes

 

Assalamualaikum dan Selamat Petang

 DSCN8850 

Setiap minggu dah macam jadi kewajipan kakakecik untuk buat apa2 saja menggunakan oven dan mixer…rasa macam tak sempurna tak lengkap je seminggu tu kalau oven dan mixer dok saja…last kakakecik membaking kek karamel malam nak pergi Putrajaya..lepas tu dah sibuk dengan kerja…Jumaat Sabtu dok rumah rehatkan diri je…Ahad dah kepingin nak makan cupcakes vanilla yang comel macam masa belajar wat kek  tingkatan 2 kot bagi subjek KHB Pilihan 2… dalam kepala nie dok nampak kismis yang ada di dapur…

 

So, untuk merealisasikannya apa lagi, semalam cari la resepi vanilla cupcakes…dapat la kat MyResepi…macam biasa print out resepi nya…bahan yang guna pun x banyak…pakai on la malam nie…sebelum balik tu pergi la 2-3 kedai yang jual keperluan dapur…tak de plak acuan cupcakes yang sederhana..ada yang besar dan kecik…tak kisah la kakakecik beli yang kecik kalau x silap loyang acuan tu boleh guna utk wat tart telur jugak…

 

Ok..jom kita semak apa bahan yang diperlukan….tapi kalau korang tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula....bagi kakakecik agak manis skit keknya..almaklum la 1st time wat so tatau la kan manis ke tak…next time kalau nak buat lagi..kurang skit gula nya…

 

VANILLA MINI CUPCAKES

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu segar / uht(kakakecik guna susu cair je)

 

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.
  2. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.
  4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.
  5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 10-15 minit.

SELAMAT MENCUBA

***Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.

 

Hasil nya…dalam sekelip mata sahaja masuk mulut..ngaaaaap telan…sedar2 dah habis..makan panas2…kuarkan je dr oven terus masuk mulut…

DSCN8856

Comel kan cupcakes mini kakakecik….seronok tengok family makan malam tadi..berebut-rebut…puas hati…ada yang main sembunyi lagi kek tu…

 

DSCN8854

Terlupa petua camne nak bagi kismis tu dok tengah2…walau letak atas..elok masak je dia dok bawah…nak kena cari petua le plak..aritu dah terbaca tapi tak alert sangat la sebab x bape suka kek buah…tu la akibatnya bila ngidam..semua nya suka…apa pun adik tetap x suka kismis dalam kek..

 

pssst : aisya kata x sedap…tulus nya hati budak kecik nie..sedaaaaaaaap la..kalau  x sedap kenapa habis cepat je malam tadi..patut la malam tadi dia jual mahal…aisya aisya tak pe ateh tau awak suka buat kek aje..makan nya tak suka kan

7 comments:

Lydia Miza said... [Reply]

wahh rajinnye

Sunah Sakura said... [Reply]

bestnye akak...saya rindu nak baking... T_T no money. no baking.

Chik Att said... [Reply]

salam ... boleh cuba ni..

Kira Sakura said... [Reply]

oven xde lagi..hihihihi

Zai Zamree said... [Reply]

rajinnya masak

Unknown said... [Reply]

mls nk baking

Unknown said... [Reply]

Sudu kecik ke sudubesar?