Kita hidup bermasyarakat di muka bumi nie perlu la ada sifat bertolak ansur dan bertimbang rasa..jangan nak pikir untuk kesenangan diri sendiri je..tanpa memikirkan hal orang lain..nak senang cerita buat sesuatu nak mudah sahaja…
Macam malam semalam..kakakecik hantar adik untuk naik bas ke Kajang di Pendang…memandangkan Pendang belum ada stesen bas ekspres,so bas Mara Liner dan Cosmic akan ambik penumpang di deretan kedai bersebelahan Petronas Pendang, kalau bas Persada, Kejora naik kat Stesen Teksi. Kenapa tak ada stesen bas ekpress? ( mungkin lepas nie mintak Tok Man buat stesen bas ekpress di Pendang). Sekarang kat Pendang hanya ada 2-3 syarikat bas je yang menyediakan perkhidmatan bas dari Pendang ke destinasi area KL. Dah stesen bas yang berplatform tak xde lagi..parking pun mesti la tak de kan..kalau ada pun tak banyak..Malam semalam memang ramai sangat orang yang naik / tunggu bas…parking penuh..so kakakecik decide nak parking di dalam kawasan petronas..sekali ada la sebuah kereta iswara nie..parking erm..camne ye nak bagitau..kiri kanan nya lebih banyak.kalau dia parking betul2 boleh masuk sebiji kereta lagi..(EH, sebiji ke sebuah ye penjodoh bilangan untuk kereta...rasa nya kereta..tapi untuk ayat last nie rasa macam lebih sesuai n suka letak sebiji kereta, hehe..mintak ampun cikgu BM)
Bila tengok tuan kereta masih ada…kakakecik pergi la dekat kereta nya dan mintak dia alihkan sedikit kereta dia…nak tahu apa reaksi pakcik tu…dia buat muka blur dan derrrk je..Kakakecik tanya, “Kereta tu kereta sapa, kereta pakcik ke?” Dia mengiyakan…So, kakakecik sekali lagi mintak dia alih sedikit kereta tu..Dia jawab…depan tu tong sampah…alahaaaaaaaai…pakcik oooi tong sampah tu bukan penuh sampah nya…setakat parking keta je pun..bukan nya nak hidu..yang pakcik dok luar kereta tu boleh lak…(ni kakakecik kata dalam hati je la). Bila dia jawab depan tu tong sampah..anak dia menyampuk ‘Ayah, dia nak parking..alih sikit je pun..boleh la dia masuk parking” Last-last pakcik tu masuk kereta dan alih kereta dia…yang akhirnya kereta dia dah tak dok depan tong sampah lagi…kalau sebelum tu kereta dia betul2 di depan tong sampah..
Kakakecik, adik dan kak cik yg dalam kereta nie..nak tergelak pun ada..eh memang dah gelak pun kat dia…hehehhe….ok kakakecik bukan jenis yang tak reti nak ucap terima kasih…Bila adik kuar nak beli jajan di Mesra Petronas..kakakecik suruh adik ucapkan terima kasih kat pakcik tu…Nie lagi satu hal..pakcik nie bila adik ucap terima kasih dia leh wat bodoh…bini dia yang kata sama-sama…tak paham betul la dengan pakcik tu….psiko ke apa…
p/s : jangan terlalu mementingkan diri sendiri
6 comments:
hahahahah CA tau tong sampah tu hehhehhe
Suruh Tok man buat stesen baru ...
Teringat stesen bas lama Pendang kat tempat juai buah tu ... kenangan kenangan ...
sekurangnya bt ingatan para pemandu kann.
ps: nak gelak jugak. hahahah
Ntah apa2 Pakcik tu punya perangai, kalau dia x hormat org susah juga org nk hormat dia
tu nama nya gegeh...meluat org mcm nie
mmg pakcik tu jenis cmtu kot.... tgk anak dia pun tegur suh alihkan...pastu bini dia yg jwp sama2... hahahaha psyco la pakcik tu
pakcik tue memang jenis blur la kot huuuu. nasib la ade family die.
susah jugak kat pendang takde stesen bus. nak datang ke alor setar bukan dekat jugak tue
Post a Comment