Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 15, 2011

Program Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang

Assalamualaikum….

kbu-latest

Kami Blogger Utagha akan mengadakan program Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang seperti yang dipaparkan di banner di atas. Program ini adalah kerjasama KBU dan MAYC Kampung Padang Melangit, Perlis.

Tentatif Program adalah seperti berikut :

2.00 ptg : Ahli dari Penang akan bertolak

3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)

4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri) dan  Konvoi ke Balai Baru

5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit

6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan

7.00 mlm : Ketibaan VVIP

7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)

7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)

8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih

10.00 mlm : Bersurai

 

Pihak KBU juga akan memberi sumbangan kepada warga emas dan anak yatim yang telah dipilih. Alhmdulillah,kami telah mendapat sumbangan peribadi daripada ahli KBU dan juga pihak luar.  Namun begitu, kami jugak berbesar hati sekiranya ada di kalangan blogger tak kira sama ada dari utara, selatan, timur or barat Malaysia yang ikhlas ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib. Kita berharap dengan sumbangan yang diberikan akan memberi seribu keceriaan dan kegembiraan bagi mereka untuk menyambut hari lebaran yang bakal disambut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB: 08240004875529 (Nur Syakira binti Yaakub – Bendahari KBU ).

Minimum sumbangan adalah RM10 dan Tarikh Akhir Bayaran: 17 Ogos 2011.

 

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan : 

Admin KBU:

GKSB- 019-4446535

Pakcu Sofi- 019-4406353

Adish Shida- 014-7577561

 

pssst : amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

3 comments:

ShafiqHashim said... [Reply]

Seronoknya..
Rasa Rugi Plk XJoin..

eqbalzack said... [Reply]

Salam,
abg eq dah tt direct to Nur Syakira's account...
Sampaikan salam buat adik2 dan warga emas di sana ye...
minta maaf sebab tak dapat join sebab abg eq kena bagi seminar di sekolah pada hari tu...

Mr. Adam said... [Reply]

nak copy!! hehe