Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 1432H # 6

Assalamualaikum…..

Lagi entry Ramadhan 1432H kali ini menu berbuka di hari ke 6 (jangan marah selagi x habis ramadhan selagi itu ada entry ramadhan 1432H)….masih lagi berbuka bersama dengan keluarga tersayang….tapi tak seramai di hari ke-5 kerana abg on tak berbuka bersama…hanya shida, mak, ayah, adik, family kak ja dan family abg din…

Menu untuk hari ke-6….shida buat samosa inti kentang+daging (black pepper) dan bihun sup sayur..mak plak bakar daging + ikan keli dan buat lepat inti (CMG Adnan Ibrahim buat lepat pisang di awal pagi 7 Ramadhan).. kak niroh buat cempedak goreng di minit2 terakhir…kalau di hari ke-4 hanya 3 biji roti bom…tapi semalam di hari ke-6 shida beli 6 biji…macam biasa habis…memang sedap…manis2 begitu..kalau murtabak 2 or 3 biji pun x habis…roti bom cicah kuah kari perrrrrrggggggggggggggh memang licin pinggan dibuat nya kami adik beradik dan cucu2 mak ayah…aiman dengan afiq pun sebiji depa 2orang…

samosa1 ini la rupa samosa yang shida buat….main hentam je balut sana sini…asalkan tak terkeluar inti nya…dah le masa balut nie kena perli dengan ayah…macam biasa la kan perli bab jodoh….

antara dialog ayah “dah boleh kahwin nie shida….dah pandai masak”  “yang tak pandai masak pun dah kahwin..ini kan plak dah pandai”

sabo je la ayah…..huhuhu…..

samosa 

Inti samosa yang shida main campak sahaja…tak de sukatan..janji ada rasa…ada nampak isi ayam, kentang dadu, bawang besar dipotong dadu dan black pepper yang telah dikisar….tak puas makan malam tadi…i’allah kalau sempat petang nie shida nak buat lagi…nak wat frozen untuk makan waktu sahur dan waktu puncak di malam hari…hehehehe…

Sori gambar bihun sup sayur tak ada sebab dah kelam kabut nak buka…ramai2 nie al-maklum la kan….

Selamat berbuka semua apa bila azan maghrib berkumandang…..

2 comments:

Cik Sara said... [Reply]

entrie makan-makan di petang hari.. woho...

Haa...bila nak kahwin? saya nak g kendri kahwin.heheh

kiera'sakura said... [Reply]

wahhh sedap2..

insyaAllah ada jodoh tue.. tunggu jela... ckp kt ayah akak... hihihi :p