Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, November 13, 2011

11-11-11 : Alunan Kasih Tercipta

Assalamualaikum…

Terlepas sudah 11-11-11 tarikh yang ramai seramai nya menunggu…ada yang kahwin, sanding, nikah, bertunang…da jugak yang melahirkan bayi pada tarikh ini (tapi kalau bersalin dengan pembedahan x best la…) pada shida tarikh ini tak de apa yang menarik sangat berlaku dalam hidup shida…tetapi ALUNAN KASIH telah tercipta…bukan nak berjiwang..tapi hati berbunga jugak la..alhamdulillah walaupun tidak seperti orang lain punya…ini yang Kakakecik punya…

 

ALUNAN KASIH bukan kasih antara kakakecik dengan mana-mana lelaki/jejaka di luar sana… ia adalah alunan kasih yang dicipta di dalam adunan kek…hahahhahaha..jangan maraaaaaaaaaaaaaaah… kakakecik teringin sangat nak buat kek alunan kasih nie (bajet nak guna blueberry paste yang baru beli) tetapi memikirkan takut buat tak ada sapa plak nak makan…… so biarkan alunan kasih menjadi angan-angan di malam hari sebelum tarikh 11-11-11…

 

Dah biar jadi angan-angan kenapa plak boleh ada alunan kasih pada 11-11-11…kakakecik buat kek nie bila mak bagitau mak cik di Sik nak buat kenduri tahlil dan nazar pada 11-11-11….waaaaaaaaaaaaah (jerit dlm hati) ini sudah bagus…boleh la buat alunan kasih bawak pergi kat umah mak cik…resepi alunan kasih nie kakakecik ambil dari CMG Dapur Tanpa Sempadan dan Kak Nor Secubit Garam…jom kita semak resepi yang dorang kongsikan

alunan kasih

BAHAN-BAHANNYA :

5 biji telur
250 gram mentega  atau 1 ½ cwn Planta (shida guna planta je..mentega simpan nak wat kek lapis)
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
Serbuk koko secukupnya (sediakan penapis teh untuk ayak serbuk koko)
Pewarna makanan ungu + Blueberry paste
Pewarna makanan merah jambu + Strawberry paste
Pewarna makanan kuning + Orange paste

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata untuk setiap bancuhan.
  4. Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.
  5. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing ye.

 

psssst : tinggi setiap color tak sama…hahahha..sabo je la…eh eh mak tanya kek apa nie…ingatkan buat kek lapis…aduuuuuuuuuuus mak..esok2 la ye cheq wat kek lapis nya…

3 comments:

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

walaupun tak tersusun tapi cantik la corak die kak Shida..sodap nye..nak sket!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

sedap kek ni..za suka.tak jemu.

Iffah Afeefah said... [Reply]

akak mmg terer masak kek

ley bukak kedai oke