Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, November 9, 2011

Sambut AidilAdha di Terengganu, Sarawak dan London??

Assalamualaikum…
Hari Raya Qurban (Aidil Adha) yang lepas korang semua sambut di mana….ada yang dari Johor ke KL…yang di Terengganu balik Kedah…yang dok KL terpaksa beraya di KL walau kampung di Kedah….tetapi shida yang sememangnya dok Kedah dan kampung di Kedah sambut di Terengganu, Sarawak dan London dalam masa dan hari yang sama plak tu…..opppps jangan pelik dan terkejut yer…bawak bertenang..
Sebenarnya shida hanya sambut di tempat2 ini hanya pada juadah yang shida buat untuk tetamu di hari raya…
adha
beraya di Sarawak dengan 3 jenis Kek lapis
laksam
beraya di Terengganu dengan Laksam

Alhamdulillah…walau penat melapis kedua-dua juadah ini shida puas hati bila semua tetamu yang datang dapat menjamu selera dengan air tangan sendiri…ada yang mintak resepi dan ada yang memuji….dan ada jugak yang tak percaya semua nya shida buat sendiri siap kata beli lagi kek lapis sebab shida ada pembantu yang pandai packing….tahniah KAK JA…ang memang TERBAIK bab membalut….sabar je la kan…sakit pinggang kakakecik melapis tau….hehhee..itu cerita kek lapis….yang laksam plak ada kejadian membuat shida hampir2 putus asa…tapi dah tekad di hati nak buat untuk hari raya haji so…kena buat jugak walau apa pun terjadi…pandai2 la shida….konon nak rahsia dari mak..tapi tak boleh…mak balik je dari masjid terus cerita…..hehe..walau apa pun terjadi hampir 2kg tepung shida, mak n kak ja melapis untuk wat laksam….2 kg ikan selayang dijadikan kuah nya…

EH eh shida jugak pergi LONDON di saat-saat terakhir…setelah teringat badam masih ada….

almond london
beraya di LONDON…almond london 


pssssst : jangan marah yer…

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

pandainya memasak..

dari ..adinda amy...

sorry malas nak log in blogger.com..hehehe...

Iffah Afeefah said... [Reply]

london sgt la