Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, November 17, 2011

Jom Memasak : Kek Coklat Lembab

  choc

Assalamualaikum…selamat cuti sekolah hujung tahun kepada pelajar2 dan guru di negeri Kedah, Kelatan dan Terengganu (esok dah start cuti sekolah) so apa planning sepanjang cuti sekolah yang agak panjang tu…apa kata kita pakat2 mencungkil bakat terpendam di dapur. Kek Coklat Lembab adalah salah kegemaran kesukaan ramai kan…macam tu jugak dengan keluarga shida…setiap kali raya mesti buat kek coklat lembab…tapi sebelum nie guna resepi lain…bila shida makan kek coklat lembab yang SUNAH buat…sedaaaaaaaaaaaaaaaap nya….terus teringin nak buat sendiri…

Jom kita semak resepi yang shida copy paste and print dari entry sunah di Selera Sakura ini.

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan tepung kek/tepung gandum*

1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)

1 cawan gula halus (castor sugar)

2 biji telur gred A

125 g mentega

1 camca teh esen vanilla

1/2 cawan serbuk koko*

1/2 camca teh nescafe*

1/4 cawan gula halus*

1/2 cawan air panas*

1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

 

BAHAN COKLAT GANACHE :

100 g coklat masakkan

50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)

1 camca teh mentega

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (ceq guna springform 8"). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

** Shida tak de nescafe..so tak masuk kan pun hehehhe…derhaka kan…

kek coklat

Ini la rupa kek coklat lembab kakakecik…2x buat untuk aidiladha sebab dapat x banyak pun adunan ini…tapi adik dah tak layan kek coklat…family shida sekarang jatuh cinta dengan kek lapis…

 

SELAMAT MENCUBA

4 comments:

Iffah Afeefah said... [Reply]

org terer wat kek lapis kan hehe

Sunah Sakura said... [Reply]

sedapnya...

Mat Gebu said... [Reply]

Nak oder 4 ketul.....

Cik Pulau said... [Reply]

suka makan kek coklat..
tapi malas nak buat..
hahhaha