Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, November 9, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Pandan Choco Berry

Assalamualaikum…

Alamak baru shida perasan yang 3 entry berturut-turut Wordless Wednesday…tak nak la jamu pembaca dengan wordless wednesday je…meh sini shida nak kongsi resepi kek lapis pandan choco berry yang shida buat sehari sebelum aidiladha baru-baru ini…sekarang family shida semua nya dah suka kek lapis…dah tak pandang lagi kek coklat….sabo je la….sabo nak melapis la…..sebelum nie shida hanya buat kek lapis choco berry…untuk aidiladha nie shida wat 3 jenis kek lapis…apa pun jom kita semak dulu resepi kek lapis pandan choco berry yang shida ambil dari Selera Sakura

kek lapis

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco ( shida guna paste sahaja….emulco habis )

1 sudu teh pewarna coklat (tak guna ni, sebab takde kat rumah)

50 gm jem strawberry (shida letak walau ada jem…guna esen strawbery je)

1 sudu teh pewarna merah (takde gak..hahaha…shida Strawberry Emulco )

50 gm seri kaya

1/2 sudu teh pes pandan

1 sudu teh pewarna hijau (tak de..hehe)

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  5. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, coklat paste, satu lagi dibubuh strawberry emulco & esen strawbery dan yang akhir dibubuh seri kaya & paste pandan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama -plain, kedua -pandan, ketiga -coklat dan yang akhir merah.Akan jadi la…Pandan Choco Berry…Setiap lapisan shida guna 2 senduk.Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  8. Bakar api atas sahaja…untuk yang lapisan  terakhir…apabila dah keperangan…gunakan api bawah dalam 10 minit

Selamat Mencuba

8 comments:

.: iEyLa :. said... [Reply]

hukhuk..kne berguru ngan kakakecik nih.. ;)

Cik Reena Tan said... [Reply]

banyak bahan takde. so tgu esok jela reena buat. hihi! :)

onie said... [Reply]

okay!onie dah bookmark,hehe

Iffah Afeefah said... [Reply]

sme cm sunah ritu eh

aDisH.sHidA said... [Reply]

@.: iEyLa :.
alolo akak pun berguru dengan sunah hehehe

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Cik Reena Tan
good luck

aDisH.sHidA said... [Reply]

@onie
bookmark kat mana tu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah
a;a sm mcm sunah aritu hehee