Assalamualaikum….masih lagi dalam mood jalan-jalan ke Bumi Kenyalang…terutama nya sebelum menjelang aidiladha yang lalu…singgah saja ke mana saja yang menyajikan kek lapis…beraneka kek lapis shida ambil…salah satu nya adalah Kek Lapis Batik Kenyalang yang shida jumpa di blog DayangJack…tetapi shida tak paham teknik nya…so shida pergi la ke blog Bro Rozzan…..oooh baru la shida paham bila BR tunjuk teknik nya.…shida tertarik dengan teknik lapisannya yang menyerong…sebelum ini shida pernah dapat cabaran daripada abg ipar dan sepupu untuk buat kek lapis menegak..tak mau lapisan nya sama sahaja macam sebelum-sebelum ini….bila jumpa kek lapis batik kenyalang ini terus shida cuba nak membuatnya…
Jom kita semak resepi Batik Kenyalang yang shida dapat dari blog Bro ROzzan
Bahan-Bahan
500 gm mentega
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (shida gunakan jem strawberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna purple
1 sudu kecil pewarna biru
1 sudu kecil pewarna pink
Cara-cara membuatnya:
- Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
- Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
- Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
- Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
- Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. (SHIDA HANYA ASINGKAN 8 SENDUK SAHAJA sebab buat 2 lapisan sahaja untuk atas bawah)..
- Yang selebihnya, shida bahagikan kpd 3 bahagian- pink, biru dan purple.
- Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 8” x 8" yg telah dialas kertas dan digris. Bakar sehingga 2 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
- Masukkan adunan pink, biru & purple ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan pink berselang-seli dgn purple dan biru sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
- Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi dan tekan2kan agar ianya rata semula.
- Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai
- Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 4 senduk tadi utk membuat 2 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.
Selamat Mencuba..
psst : shida tak berapa gemar kek lapis batik kenyalang ini sebab dia rasa lemak2 begitu..macam kuat je bau susu nya…shida kan tak makan susu..tapi kak ipar dan 2-3 orang sepupu shida suka…alhamdulillah…erm…tak nampak sangat kan selang seli susunan nya sebab shida potong tak berapa nak kena…1st time buat kata kan…..
3 comments:
comel la kak
suke tang tengah
wah..nmpk sedap tu..
akakkk~ tak faham part melapis tu. =.=
Post a Comment