Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, May 31, 2012

Kenduri Pizza Hut dan Gelagat 3 Budak Berbaju Merah

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Entry last untuk minggu nie…rasa mcm nak cuti panjang je nie…malam tadi kami sekeluarga kenduri pizza…6biji pizza kecik tu habis dalam masa sejam je kot…saja la kumpul banyak2 hot tcket yang tambah rm1.00 utk 2 keping dapat 1 biji pizza…malam tadi abg mie ajak pegi tebus..pukul 8.30 lebih baru gerak pergi alor setar…elok masuk highway je..ada plak eksiden 4 biji kereta…jammed la jugak..pkul 9.15 baru sampai alor setar..kalau tak 20 minit dah boleh sampai…dah siap order semua…kena tunggu kejap…tak de la kejap sangat dekat2 setengah jam jugak la..huhuhu..xkisah la janji bukan nya kena tunggu lebih dari 1jam…

 

Opps sebelum balik tu kami singgah kat tesco Star Gate nak beli susu, roti nak wat garlic bread n mushroom soup…masa nie depa di umah dah kol tanya kat mana…aduuuui sabar –sabar la…sampai je umah..terus buat garlic bread hangus hahahaa….konon nak bagi cepat suhu letak tinggi pastu letak tingkat atas…amik ang shida hangit kot atas…hahaha…janji ada rasa garlic sudah…

 

DSCN8896

6 keping pizza hut…hawaiian chicken ambik 2 keping je…yang 4 lagi tu apa benda ntah nama nya..tapi sedap…dengan RM6.35 je kami labur untuk 6 keping pizza yang boleh makan seisi keluarga…tak termasuk sos seribu pulau dan sos life tu la yer…

 

DSCN8900

 DSCN8901

Zoom kasi dekat skit…erm..terliur tak…kalau terliur p pizza beli sendiri kalau malas nak pergi kol je satu tiga ratus lapan lapan tupai tupai…hehhehee

 

Sementara tu kita layan dulu gelagat 3 orang budak baju merah yang sedang makan whipped potato…

DSCN8913

DSCN8915

DSCN8927

DSCN8931  

Seronok pulak tengok aisya, aiman dan afiq berebut makan whipped potato nie sambil dok melawak sesama depa..dah la 3-3 orang pakai baju merah biru…kembar tak seiras depa bertiga nie…

 

Dah puas layan budak2 bertiga nie…mai kita tengok apa dah jadi dengan 6 biji pizza tadi…

DSCN8907 

Nidiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiia tinggal  1 jurai je lagi..tu pun Fitri dok pulun sorang2..Fitri memang hantu pizza…dia kata 2 keping pizza tu untuk dia sorang je…rasa2nya ye kot dia makan banyak jugak..dengan pizza dengan garlic bread..badan tak besar mana pun…simpan kot mana pun tatau kata pak long ali dia…

 

Meriah je rumah dengan anak cucu mak ayah tu tak habis lagi semua balik…baru 7 orang cucu je..anak menantu 4 orang tak balik..dah penuh rumah…setiap ruang mesti ada je orang…

 

Ok..cukup la kot setakat nie stori mori nak balik dah nak main dengan Sorfina…Jumpa lagi minggu depan…

 

pssst : minggu depan minggu menerima kunjungan sahabat dan pergi majlis walimah

31 Mei 2012 : Genap 5 Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Terasa begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar arini sudah pun genap 5 bulan yang bertarikh 31 Mei 2012… 2 bulan tak jumpa dia dah banyak perubahan…jika dulu masih lagi belum tahu apa-apa…tapi sekarang, geram dibuatnya…macam2 yang dia dah tahu…terasa macam nak je gigit, cubit dia…kenapa la dia begitu comel…senyuman nya sekarang sangat menarik..pantang ditegur terus senyum…

DSCN8889

alahai sorfina sorfina…

 DSC00424

suka ye kena kiss…muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaah

   DSC00421

 

semalam dia dah nak tidur si ateh nie saja dok nak menyembang dengan dia…mula2 dia layan la..lama2 mungkin dia pun ngantok terus nangis..jenuh jugak la ibu dia nak pujuk…bila dah ok pandai plak dia macam memujuk ateh suruh sembang dengan dia…

DSCN8890

Fokus kat ateh sampai berkerut dahi tu…sabar je la dak amoi nie…

 

pssst : alamak set baju yang beli utk sorfina skirt nya labuh dan besar lak pinggang nya…ibu kena sabar la jamu mata je erk tengok baju tu sebab ateh dah niat baju raya..kena tunggu raya la baru leh pakai

Tuesday, May 29, 2012

Terlampau Rajin, Kedekut atau Berjimat?

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Kalau tak silap kakakecik dah hampir setahun lebih kakakecik bawak bekal ke tempat kerja…setiap pagi hari bekerja kakakecik akan masak yang simple dimple je untuk bekal kakakecik di waktu tengahari kalau terlebih rajin dan terlebih bahan2 di dapur tu buat la untuk makan pagi atau pun petang…perut kakakecik ni nampak je kecik tapi mintak di isi selalu…

 

Bila orang tanya tak kuar makan ke…selalu nya customer la akan tanya…tak…dah bawak bekal…masak siap2 kat umah… “wah rajin nya…” bila kena pujian macam nie..kakakecik akan balas “senang, tak payah kuar waktu mana nak makan makan…bukan nya nak berjimat ke apa..hehehe”

 

DSCN8876 (ayam masak merah untuk lunch kul 3.30ptg tadi)

 

Tapi itu la sebenarnya rutin harian kakakecik hari kerja…akan masak sebelum masuk kerja…biar la orang nak kata kakakecik nie kedekut atau jimat sangat ke…tak kisah janji kakakecik puas dan berselera time makan tu…masakan sendiri kita tau la selera kita macam mana kan..dah la macam kakakecik nie kalau makan lauk pauk beli..kena asingkan nasi dan lauk pauk..sebab makan berulang…kalau tak nanti membazir..dari nak membazir baik jimat masak sendiri…teringin nak makan apa..masak…itu pun kalau ada bahan kat dapur tu kan…tapi kan pepagi memang mak kakakecik dah masak nasi siap2 kakakecik just buat lauk je la…ikan,daging, ayam, sotong or udang yang ada dlm peti air pun mak bawak kuar siap2…senang la kakakecik nak masak kejap g..tak perlu tunggu lelama nak bagi semua benda tu tak keras…

 

#EH korang bawak bekal tak pegi keja…

Jom Memasak : Laksa Kuah Lemak Pendang Mai

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

LAKSA

Macam biasa bila hari cuti jumaat sabtu..kakakecik akan masak untuk makan-makan…bukan hari lain x masak..hari lain masak utk diri sendiri je…masak yang simple macam arini just buat ayam masak merah utk lunch(EH belum lunch lagi) dan roti telur untuk sarapan…Jumaat baru2 nie kakakecik buat laksa kuah lemak..adik kakakecik mintak buat dari jumaat minggu lepas lagi tapi kebetulan mak ngah buat kenduri akikah cucu nya ada buat laksa jugak tapi laksa utara la (kuah belacan)…ikan memang mak dah beli la untuk kakakecik buat..tersimpan aja la peti ais tu…malam jumaat baru2 nie baru la rebus untuk buat kuah laksa…

 

Jumaat 25hb aritu pukul 9pagi dah tong teng kakakecik sorang diri kat dapur…bermula dengan rebus laksa yang dah rendam dimalam hari….asingkan isi n tulang ikan, kopek dan mesin kelapa untuk buat kuah…bila semua dah siap…ish rasa mcm ikan tak cukup je isi nya..dah tu laksa pun laksa besar…kakakecik suka laksa kecik…terus siap2 pergi kedai..beli ikan, timun, laksa dan ikan untuk masak tengahari…alhamdulillah pukul 12 tengahari semua dah siap…laksa dan lauk pauk untuk makan tengahari…

 

Rehat2 la menunggu ketibaan aima dan dek nasz…tup2 dapat mesej dari dek nasz bertanyakan status aima nak ke rumah kakakecik…alamak…ingatkan dorang dah nak sampai..rupa2nya tak dapat apa2 respon dari aima lagi…kol, msj semua tak jawab…sekali ambik ko aima..kakakecik anta msej kat semua nombor yang aima pernah contact kakakecik..termasuk nombor mama nya…sabar je la kan…tetapi alangkah kuciwa nya bila bas dari kulim ke sp or alor star dah tak de time tengahari tu…so tak dapat la aima dan dek nasz merasa laksa kuah lemak kakakecik buat kali kedua…rezeki Cik GKSB dan sedara mara kakakecik aje la laksa tu…2 bungkus setengah jugak la laksa yang kakakecik rebus habis..puas kami makan berulang sampai ke malam dan keesokan harinya….PUAS….

 

Alamak bebel panjang plak…jom semak resepi laksa kuah lemak pendang mai nie…

LKSA

RESEPI  LAKSA KUAH LEMAK

Bahan-bahan :

  • Laksa kering
  • 2kg ikan selayang / kembung
  • 1kg santan (kakakecik anggar kan sebab kakakecik guna 2 biji kelapa)
  • 4 biji bawang besar dan bawang putih
  • 3 peket rempah kari ikan
  • 3 kuntum bunga kantan
  • Daun kesum
  • Serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Asam keping/asam gelugur


Cara memasak:

  1. Rebus laksa kering sampai lembut
  2. Toskan laksa biar habis semua air
  3. Rebus ikan sampai masak
  4. Setelah sejuk, buang tulang dan blender isi ikan
  5. Blender bawang besar dan bawang putih
  6. Campurkan bawang blender dengan rempah kari
  7. Panaskan bahan kisar sampai masak
  8. Masukkan isi ikan yang telah diblender
  9. Masukkan santan dan panaskan sampai mendidih
  10. Masukkan garam secukup rasa, asam keping,bunga kantan, daun kesum
  11. Biar mendidih

Bahan hiasan:

  • Bawang besar di potong melintang
  • Cabai melaka dipotong halus
  • Daun selom dipotong halus
  • Limau nipis
  • Salad dipotong halus (kakakecik guna pucuk putat)
  • Telur Rebus


Hidang la…sedia untuk dimakan…jangan lupa baca bismillah dan doa makan

 

 

pssst : Cik GKSB makan bertambah2…kecian aima, dek nasz dan kazen2ku NEZ…nanti akak wat lain erk utk korang…xpun raya nanti la..dah x lama nak raya kan..xpun mai berbuka puasa kat umah kakakecik….

Thursday, May 24, 2012

Jom Memasak : Garlic Bread Ala-ala Pizza Hut

 

Assalamualaikum dan selamat petang

Kalau pergi pizza hut tak sah kalau tak order Garlic Bread, kira nya garlic bread dah jadi pilihan yang wajib..kakakecik boleh habiskan 2 biji kot garlic bread tu..janji panas..pergh cicah plak dengan mushroom soup…cicah je..hirup nya tak yer mushroom soup tu…dah lama kakakecik teringin nak buat garlic bread nie, dok belek jugak la resepi2 yang telah di ambil…masalah bin problem buat kakakecik adalah daun parsli..mana la nak cari daun tu…tak pernah lak tengok rupa nya…kadang2 tu p tesco terlupa nak cari…

 

Awal minggu aritu pergi Kedai Bahan Kek Sayang di Alor Setar, masa nak amik buttercup utk buat kek lapis ternampak la garlic butter spread…tengok harga RM6.50 so ambik je la..lepas nie boleh la buat garlic bread dengan mudah…waktu mana terasa nak makan..potong roti..sapu je butter nie…bakar..dah boleh makan..tak perlu nak start enjin keta tekan minyak g pizza hut…

 

garlic-butter

Ok la semalam sebelum balik kerja biasa la kan singgah la kedai frozen nie..nak cari roti untuk wat garlic bread..dok nampak roti sosej..fuuuh nasib baik ada roti tu…kakakecik tak guna roti perancis sebab tak sempat dah nak tempah tiket nak g perancis..kot belah pendang nie mana nak ada roti tu…huhuhu..tak kisah la roti sosej 10bun rm2.40 pun sedap..lembut je…sejibik macam pizza hut punya tau…

 

DSCN8859

 

Tak lengkap rasanya kalau garlic bread tak de mushroom soup..mushroom soup pun kakakecik beli yang dah siap..balik tuang, bancuh, bagi mendidih je…kakakecik beli cream of mushroom campbell’s..1st time beli nie..hahaha tatau la sedap ke idak...sebelum nak buat semalam pun tanya dulu..ada tak sesapa nak makan…kak ja si ibu mengandung je kata nak makan..so buat half je…membazir lak kalau x habis..opps memang dah membazir pun semalam…tak habis pun kak ja makan..x sedap erk.

 

DSCN8863

Camne ada macam garlic bread pizza hut tak…

 

Ok lah…kali nie tak resepi khusus untuk garlic bread sebab kakakecik buat yang readymade tapi..kakakecik nak gak kongsi resepi garlic bread yang kakakecik dapat tapi belum mencuba nya lagi…

Bahan-Bahan :

  • French bread/Roti Gardenia
  • 8 ulas bawang putih
  • 100 gram mentega/majerin
  • Parsley (daun ketumbar), fresh atau kering (dihiris halus);

Cara-caranya :

  1. Cincang lumat/tumbuk bawang putih yang telah direbus(5 minit) atau yang sudah dibakar di dalam oven toaster selama 3-5 minit . Sentiasa check semasa membakar, bimbang hangus.
  2. Campurkan bawang putih tersebut bersama mentega/majerin dan daun parsley
  3. Gaul hingga sebati
  4. Potong menyerong roti dan sapukan garlic spread kedua-dua belah bahagian permukaan
  5. Masukkan di dalam oven (sapukan dulu mentega di atas loyang) dengan suhu 140 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga roti tersebut kekuning-kuningan, atau boleh juga dimasak menggunakan pembakar roti.
  6. Selepas roti masak boleh dihidangkan dan makan bersama sup cendawan atau sup ayam

Selamat mencuba

Slownya…Laju La Sikit

 

Setiap hari kakakecik drive ke tempat keje…jarak dalam 10-15km…10 minit je perjalanan kalau tak de apa2…tapi hari ni kalau x silap lebih dari spuluh minit baru sampai…hati geram memberontak je masa drive pagi tadi bila ada pemandu kereta satria yang makan angin..boleh dia bawak 30/kmj…rasa nya motor lagi laju dari satria dia…huuuuuuuuuuuuuh sabar je la..bukan nya ada kenderaan lain pun depan dia…lain la kalau ada lori tanah ke backhoe ke…lain cite…tahu la hujan malam tadi jalan x licin mana sangat pun rasa nya tapi tak payah la slow kemut kemut sangat…kita yang belakang dia terpaksa la follow je…depan kakakecik keta MYvi…asyik dok break je…kejap ke tengah skit..dia pun macam kakakecik nak potong tak boleh double line…

 

Tapi kakakecik bila nampak je peluang ada ruang untuk potong..terus bagi signal ziiiiiiiiiiaaaaaaaaaap potong 2biji sekali…Myvi n Satria…alhamdulillah selamat pun masuk lorong kembali…bila tengok je cermin pandang belakang….berderet2 kereta lain potong satria tu…dia tak pikir ke yang dia bawak slow yang teramat sangat…pikir lain orang lain yang memandu jugak…jangan anggap jalan tu kita sorang je…bukan la kata kakakecik nie kaki pecut…#Eh memang kaki pecut gak kot….sapa biasa naik kereta dengan kakakecik tahu la bape kmj kakakecik bawak PHS tu

 

pssst : macam mana la yang driver2 di kl dan bandar2 yang sibuk mesti tekanan kan…setiap ari berdepan dengan jammed…ada kawan kakakecik siap leh bfst lagi dalam kereta….hahah..jangan tertido da le yer

Wednesday, May 23, 2012

Al-Fatihah…Norma Telah Kembali Ke Rahmatullah

 

Assalamualaikum…

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Norma @ Talib...Norma telah pergi buat selama2nya..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah

Mudah-mudahan rohnya dicucuri Rahmat dan arwah Norma ditempatkan dikalangan orang2 beriman

Lanjut : –> Miera301@Moon

Tuesday, May 22, 2012

Tak Perlu Rungut….Ikhlas Sudah

 

Assalamualaikum dan selamat hari lahir kepada saudara Nadzri…semoga sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYa..

 

Bicara pasal merungut dan  ikhlas nie timbul bila last week kakakecik pergi berurusan dengan 1 pejabat badan berkanun..memang agak mengecewakan dengan layanan dan mutu perkhidmatan staf pentadbiran di satu bahagian jabatan tersebut…dengan hanya 2 keping surat (4 salinan) kakakecik terpaksa menunggu lebih dari 1jam..ok tak kisah la kan..tapi agak pelik apa yang lama sangat..hanya nak buat surat sahaja…dan menambah kekeliruan dan kebingungan fikiran kakakecik apabila dia datang serah surat 4  salinan tu…ayat nya kepada kakakecik lebih kurang macam nie la“nie saya dah tolong tau kelip(staplerkan) surat nie..kalau x saya bagi sekeping2 je” Ya Allah, kakakecik bersuara tetapi hanya di dalam hati… “perlu ke ko nak bagitau yang benda memang kerja ko…setakat stapler 4 salinan surat tu je pun, dah sememang nya surat jabatan ko untuk jabatan lain..stapler je la…xkan itu pun masalah…rugi sangat ke setakat bullet 4 tu” … Apa pun kakakecik hanya balas  TERIMA KASIH, oh ye ke?”

 

Pada pendapat kakakecik..benda yang remeh macam tu pun dia dah merungut…ikhlas kah dia dalam melakukan kerja nya..sedangkan kerja yang dilakukan nya itu sebagai sumber pendapatan nya…Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi. Ikhlas memang sukar dinilai kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.Ikhlas merupakan kedudukan yang tinggi selepas Iman.Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

 

Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;

  1. Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas membantu awak nie."
  2. Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak, "Saya tolong awak ini memang dengan ikhlas tetapi saya kecewa sedih sangat  kerana awak menolak pertolongan saya."

 

Dalam melakukan sesuatu kerja/perkara yang dipertanggungjawab sebaik-baik dan seboleh-bolehnya lakukan lah dengan seikhlas hati..kerja itu satu amanah..tak perlu nak merungut itu ini dan “bilang sama orang lain” tak pasal-pasal buat malu muka sendiri je..dah sememangnya itu kerja yang kena buat…

 

 

moral of story : lakukan apa jua kerja tanpa mengharapkan pujian ataupun nama….lakukan la dengan seikhlas hati..insyaAllah lagi besar ganjaran yang Allah akan berikan…

Monday, May 21, 2012

Jom Memasak : Vanilla Mini Cupcakes

 

Assalamualaikum dan Selamat Petang

 DSCN8850 

Setiap minggu dah macam jadi kewajipan kakakecik untuk buat apa2 saja menggunakan oven dan mixer…rasa macam tak sempurna tak lengkap je seminggu tu kalau oven dan mixer dok saja…last kakakecik membaking kek karamel malam nak pergi Putrajaya..lepas tu dah sibuk dengan kerja…Jumaat Sabtu dok rumah rehatkan diri je…Ahad dah kepingin nak makan cupcakes vanilla yang comel macam masa belajar wat kek  tingkatan 2 kot bagi subjek KHB Pilihan 2… dalam kepala nie dok nampak kismis yang ada di dapur…

 

So, untuk merealisasikannya apa lagi, semalam cari la resepi vanilla cupcakes…dapat la kat MyResepi…macam biasa print out resepi nya…bahan yang guna pun x banyak…pakai on la malam nie…sebelum balik tu pergi la 2-3 kedai yang jual keperluan dapur…tak de plak acuan cupcakes yang sederhana..ada yang besar dan kecik…tak kisah la kakakecik beli yang kecik kalau x silap loyang acuan tu boleh guna utk wat tart telur jugak…

 

Ok..jom kita semak apa bahan yang diperlukan….tapi kalau korang tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula....bagi kakakecik agak manis skit keknya..almaklum la 1st time wat so tatau la kan manis ke tak…next time kalau nak buat lagi..kurang skit gula nya…

 

VANILLA MINI CUPCAKES

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu segar / uht(kakakecik guna susu cair je)

 

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.
  2. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.
  4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.
  5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 10-15 minit.

SELAMAT MENCUBA

***Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.

 

Hasil nya…dalam sekelip mata sahaja masuk mulut..ngaaaaap telan…sedar2 dah habis..makan panas2…kuarkan je dr oven terus masuk mulut…

DSCN8856

Comel kan cupcakes mini kakakecik….seronok tengok family makan malam tadi..berebut-rebut…puas hati…ada yang main sembunyi lagi kek tu…

 

DSCN8854

Terlupa petua camne nak bagi kismis tu dok tengah2…walau letak atas..elok masak je dia dok bawah…nak kena cari petua le plak..aritu dah terbaca tapi tak alert sangat la sebab x bape suka kek buah…tu la akibatnya bila ngidam..semua nya suka…apa pun adik tetap x suka kismis dalam kek..

 

pssst : aisya kata x sedap…tulus nya hati budak kecik nie..sedaaaaaaaap la..kalau  x sedap kenapa habis cepat je malam tadi..patut la malam tadi dia jual mahal…aisya aisya tak pe ateh tau awak suka buat kek aje..makan nya tak suka kan

Thursday, May 17, 2012

13.05.2012 Bersama Ym Chatterz (Ala Wedding)


Kompang dipalu… (sambung la sendiri)



13 Mei 2012…hari terakhir kakakecik di kotaraya..dan sememangnya kakakecik pergi ke KL selain untuk bertemu Lydia Miza dan Gee tidak lain tidak bukan bagi memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan Ala dan Farid, adik chatter yang agak rapat dengan kakakecik di dunia YM…Ala adalah chatter yang awal-awal kakakecik kenal masa lepak di Room M10, 3 tahun yang lepas…alhamdulillah persahabatan antara kami masih lagi terjalin hingga ke hari ini walaupun kakakecik boleh dikategorikan sebagai seorang Pesara Room M10..hehehe


Bila dah kenduri kahwin, ramai la yang hadir kan…dan kami yang chatterz nie seolah2 bagaikan 1  Gathering plak..ramai jugak kawan-kawan room yang datang ke majlis Ala dan Farid…kakakecik rasa sedikit kekok sebab dah lama tak jumpa dorang..dah 2 tahun…pastu dah tak lepak room so tatau sangat la nak borak apa…ada jugak yang tanya ke mana kakakecik menghilang hehehehe…seri seri…aku ada je la..hilang kat room je, YM on je..Fb pun ada…Palaz leh wat lawak…dia p jawab dengan Seri… “shida menghilang kat Ym, blog dia ada selalu..” thanks palaz… Abg Lan plak tanya.. “Eh, ko id apa erk?” part nie yang tolong jawab awal tu Akma.. “ShidaDida” hehehhee tapi AbgLan masih lagi blur…sampai hati Abg Lan…kakakecik nie dah banyak jugak kot p kedai abg lan kat Kg Baru..nak je mention, ROTI JOHN TAK NAK MAYO hehee…last2 abg lan ingat jugak id kakakecik…thanks Abg Lan ingat so bila nak belanja ROTI JOHN TAK NAK MAYO…itu yang tanya mana menghilang dan id nya…yang tanya mana kek pun ada..Rangga..nanti2 shida buat dan bawak utk korang semua yer..insyaAllah…Pami, ai bukan sombong la..tapi kekangan masa…tak dapat lama2 dengan ampa semua..sori ye…


Mesti korang nak tengok wajah pengantin kan…


(Ala terkejut kot bila dia tengok kakakecik ada di majlis nya..mesti dia tak percaya dan terharu Sis Shida dia sanggup datang dari Kedah ke majlis nya)








Ala dan Farid..mempelai yang diraikan…
Suka pelamin ala..simple but nice


Tak larat nak tunggu ala…kakakecik bincang dengan Akma,jom apa kata kita buat muka bodoh je naik atas pelamin jumpa wish Tahniah utk ala…mesti lepas nie dorang akan ikut…hahahha…memang betul kakakecik n Akma buat macam nie..last2 berderet ikut naik..dan jurukamera suruh kami pose untuk bergambar lagi…kalau dok tunggu Ala turun tatau la pukul bape kan…Sabar la kan…rosak majlis orang kan…tak kisah la apa orang nak kata sebab kakakecik dah nak balik Kedah kot petang tu..kawan yang kakakecik mintak tolong hantar ke Pudu Sentral pun dah sampai…Maaf ye Ala & Farid Sekeluarga…





Kami…Chatterz yang memeriahkan majlis perkahwinan Ala dan Farid…hampir 30 orang jugak…penuh room tu hehehe




SELAMAT PENGANTIN BARU ALA & FARID
…semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat…


pssst : Thanks kepada serai dan teman yang sanggup datang last minute ambik kakakecik di Cheras,kalau tak jenuh jugak memikir camne nak pergi majlis ala…tak lupa kepada NJ sahabat lama yang telah dikenali yang sudi datang ambik kakakecik di Sri Petaling, bawak pergi Jalan TAR (kecian awk tunggu sejam ye) dan hantar ke Pudu Sentral….semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan terus berkekalan…

12.05.2012 Bersama Anak-anak Pak Yusof

Assalamualaikum…dan selamat petang,

 

Walaupun masih kelenguhan bahu nie…nak jugak update blog…tak nak nanti orang kata cerita dah basi baru nak up entry..sebelum ia menjangkau 1 minggu baik kakakecik update sementara xde keje nie…(baru je siap keje..tunggu customer datang ambik je)…

 

12 Mei (sabtu) selepas lepak makan borak tido di rumah Lydia Miza, kakakecik mintak tolong adik Lydia Miza (Farah) untuk hantar kakakecik ke Cheras..walaupun Farah sendiri tak berapa nak tahu..tapi dia tetap usaha nak hantar kakakecik ke rumah Gee..(#Eh Farah aritu kita silap jalan tau, nasib jumpa apartment kawan akak tu)..Gee adalah sahabat baik kakakecik zaman study dulu..memang dah jadi kewajipan kalau pergi KL mesti jumpa dia..dah lama jugak kakakecik tak lepak2 dengan dia…bila dah jumpa tu macam-macam la yg diborak,yang mengantok pun hilang…

 

Petang tu Gee plan ngan adik2 nya nak p makan-makan di luar, The Curve dan PV…niat di hati nak jugak ajak Gee n adik2nya ke Jln TAR dan Sogo, tetapi terpaksa dilupakan sebab dah lewat petang baru kami kuar…so, terus pergi cari kedai makan…Gee bawak kami ke AU5, Keramat…dinner kami di PAA Seafood  malam tu kakakecik pun tak pasti sapa yg sponsor, antara Adik, Angah or Gee sendiri..apa pun thanks ye korang belanja kak Shida…

  DSCN8820

Satay ayam yang sangat sedap..lembut je isi nya…kuah pun sangat2 sedap…harga pun secucuk 60 sen tak mahal mana kan

 

DSCN8818

Ikan Kembung 3 Rasa Secret Receipe…

 

DSCN8819

Tomyam Campur tanpa Daging

 

DSCN8821

Nampak je sikit kan….tapi kami semua makan tak habis…bukan x sedap..tapi kenyang..banyak sangat makan satay yang sedap tu..

 

DSCN8824

Tak putus2 pelanggan datang ke PAA Seafood…sentiasa penuh

 

Opps..masa makan2 nie Gee ada jugak calling2 Bakal Raja Sehari tanya lokasi dorang, kebetulan Aini n Mak Chaq ada dekat2 area AU, dapat la kakakecik jumpa Mak Chaq dan Aini..Aini dah nampak lain, seri bakal pengantin kan..Mak Chaq macam biasa akan bagi petua2 untuk anak2 dara nie..hehehe..Thanks Mak Chaq..

 

Malam masih muda, relax la kan…apa barang balik umah awal-awal…macam perancangan petang tadi, kami pergi The Curve..1st time kakakecik sampai sana…tapi alangkah kuciwa nya..kebanyakan kedai dah nak tutup…padan la kami sampai pun dah kul 9.30 lebih…xpe tak kisah semua tu..janji kenal tempat yang bernama THE CURVE

DSCN8832

Bergambar sebagai bukti yang kakakecik dah sampai The Curve..Hehehehehe

 

Sekarang tengah hot drama bersiri Seindah Sakura kan…yang berlatarkan Eiffel Tower…kebetulan kat ruang legar The Curve tu ada replika  tower nie…dah kita nie tak pernah pergi Paris, so dengan replika pun jadi la kan untuk bergambar…tapi menara nie setiap hari kakakecik pegang, Gee pun sama pegang setiap hari..kan kan..sebab kami ada Keychain EiFFel Tower yang Aini bagi last year…

image(2)Kakakecik dengan Gee dan Adik

 

image(1) Kecian time Angah nak bergambar lampu Eiffel tower tu tak menyala la plak..hehehe

 

Sejam jugak la kami ber4 lepak kat kat The Curve…dah naik bosan..kami kuar ronda2 kotaraya…best tengok KL waktu malam…bercahaya je…

DSCN8835

Tak dapat pergi PV…amik gambar pun jadi la…hehehhe

 

Gee nie dah boleh dianggap sebagai GPS la..walau bukan orang KL hanya kerja je di sana..x sampai pun 10 tahun lagi…tapi dah cekap dia…tabik spring la Gee…yang lawak nya time dia bawak kami ronda2 tu Kakakecik dan Angah teruja bila kami lalu jalan yang hampir dengan Menara KL…tak pernah kot tengok Menara KL jarak dekat… Gee, tanya nak naik ke…aiiiiiiiish wat pe nak naik dah malam2 nie..lain kali je la yer..hehehee…

 

Kami sampai rumah b4 pukul 12 malam…masing2 dah penat ngantok…borak-borak sampai tertido…

 

pssssssssst: terima kasih yang tak terhingga kepada Gee yang sudi bawak kak shida ke sana ke mari, bagi tempat tinggal, hidangkan makanan..walau x sempat nak jamah sangat pagi tu…thanks Adik n Angah yang menceriakan perjalanan kita ronda2 KL…nanti kita lepak2 lagi yer…Angah cepat buat blog…hehehe

Tuesday, May 15, 2012

11.05.2012 Bersama Rakan Blogger Vol. 2

Assalamualaikum…


Lydia Miza tanya perkembangan nak jumpa Baby Zafirah…ada x Yana or Ujang bagitau apa2..alamak Miza, Yana kata apa2 pun nanti dia roger awak..bab nak jumpa di luar kata nya nak berbincang dulu dengan Ujang…Sekali Miza bagitau yang Yana dan Ujang set nak jumpa di Taman Warisan Putrajaya selepas maghrib…dengar2 2-3 orang blogger lain yang tak pernah shda jumpa akan turut serta…alamak sapa le plak kan..if Yana n Ujang je tak pe dah biasa jumpa dorang…

Puas jugak kami memusing nak cari jalan ke Taman Warisan Putrajaya…siap parking sebelah kereta Ujang lagi…mau tak cam keta dia 9897 mesti ada..yang musykil kenapa la Ujang nie pasang lampu dalam…saja je kot…usha2 gak mana tau Yana ada kat dalam ke…tak de nampak pun..yang nampak bantal putih Zafirah…hehe…dengan rasa bertanggungjawab kakakecik kol Yana bertanya kan status lampu sengaja pasang ke apa…HAHAHAHA..

Bila naik atas kat food court Taman Warisan..alamak ramai nya orang..kat mana Yana n Ujang nie yer….sekali zaaaaaaaaaps kat ujung sana dah nampak Zamir, Yana, Ujang dan Baby Zafirah…tetiba tak lama masa kami nak g order makan…ternampak kelibat Enchik Ben…Alamak Enchik Ben pun join, segan sioot tak biasa jumpa dia..malu la jugak..dulu selalu join segmen dia..kenal2 ramai blogger pun dari dia jugak..thanks En. Ben..sori tak sempat bertegur sapa sangat…terkedu…lagipun meja kita tu tak suai nak beramas mesra lebih

     pj2
pj1
Antara yang datang Taman Warisan Putrajaya…Encik Ben, Ujang, Zamir Zanon, Nadh,  Yana, Iffah, Lydia Miza Sekeluarga
baby
Mesti la bergambar kenangan dengan Zafirah n Mama Yana…Yana, akak berani la dukung Zafirah, just nak letak dia je akak tak berani..hehe..best gak dukung baby nie…geram tengok dia..senyum bila di agah…suka sembang erk..macam Papa dia yer..# opss malam tu Papa Ujang panggil ai Kak Shida la..hehe..Thanks Yana n Ujang coz sudi bawak anak dara korang jumpa akak dan rakan2 yang lain..terharu sangat2…muaaaaaaaaah pipi zafirah

Jam melewati angka 10 malam…family Iffah dan Suhaili dah kol tanya di mana..risau la kan sebab anak dara dorang tak balik2 lagi…so kami mintak diri dulu..sejam je kot kita lepak sama kan..harap nanti kita boleh lepak lama2…

pj3
Sebelum berpisah kami bergambar dulu la…nasib baik Lydia Miza bawak Farah..boleh jugak la dia snap kan gambar kami berlima..

Okey malam tersebut..kakakecik termakan pujuk rayu Miza untuk bermalam di rumah beliau, sebenarnya segan jugak la nak bermalam kat umah nya..ye la dia dah berkeluarga..tetapi Miza memang mcm bersungguh2 dan beria nak kakakecik tido rumahnya..mungkin tak puas kan berborak..kakakecik pun xpuas jugak borak2 dengan nya….so apa lagi tido la..kebetulan Farah boleh hantar kakakecik ke Cheras esok nya…Erm nak tahu malam tu kami berborak sampai pukul 5 pagi…dah risau jugak en hubby nya cari..Puas la kan kami berborak..baby syafiq pun ntah bape kali bangun dan sampai alarm miza berbunyi pun kami boleh sembang la..hahaha…sabar je la kan…bukan selalu kami akan jumpa…bak kata en hubby miza…macam jumpa pakwe sembang bukan main lagi…#oppps jangan lepas nie en zairy x bagi kakakecik bermalam kat umah nya dah le

12.05.2012--- selepas bfst, Farah hantar kakakecik ke Cheras untuk bertemu rakan lama pulak… dah habis episod dengan blogger
lmbye
Bye bye Miza…insyaAllah ada kelapangan kita jumpa lagi..muaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..sayang awak…thanks awak sudi jadi sahabat saya..


psssst: mintak maaf kepada sahabat blogger yang mana tak dapat jumpa…jangan salahkan Miza yer..semua nya kami hanya plan nak jumpa antara kami sahaja..kebetulan kakakecik pergi wedding di sana…harap maklum…insyaAllah nanti kita jumpa ye…jangan tacing2

11.05.2012 Bersama Rakan Blogger Vol. 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Sudah lama hati berdebar2 tu duduk di entry terbaru kakakecik..maaf sangat2 tak kesempatan nak menhadpet kisah2 yang kakakecik lalui sepanjang 4 malam 3 hari di KL last week…tak bawak lappy dan balik terus masuk kerja..bertimbun2 plak kerja kena buat..ingat kerja sendiri leh relax2 ke..hehehe…ni curi sedikit masa kerja untuk kongsi dengan korang semua…

 

Alhamdulillah 11 Mei 2012, Jumaat hari yang ditunggu-tunggu…kakakecik telah bertemu dengan rakan-rakan blogger yang dah kenal lama tapi kami tidak punya kesempatan untuk bertemu…terutama Lydia Miza dan Qaseh Sufura. Perjalanan kakakecik dr AS ke Putrajaya dengan menaiki bas AB Exp. KCT 1188 yang agak membosankan…tak percaya tengok la profile FB kakakecik…kejap2 update status…tak pernah2 kot wat macam tu..sabar je la kan…

 

DSCN8807

 

6.05 pagi: Alhamdulillah Kakakecik sampai Putrajaya Sentral…kali kedua sampai ke sana…tetapi kali pertama dengan menaiki bas ekspress..dijemput oleh Hanie Saad untuk ke rumahnya untuk merehatkan diri…konon nak tido la sampai tu..sekali berborak sampai pukul 10 pagi lebih baru tahu ngantok dan tido…ops sebelum tido bfst ketupat palas+rendang ayam dan milo panas..

 

DSCN8810

Thanks Hanie sudi bagi akak tumpang rehat dan mandi..serta bawak akak ke Alamanda..

 

2.00 petang : Ke Alamanda untuk bertemu Qaseh Sufura, janji dengan Iffah n Elly untuk bergerak ke rumah Lydia Miza dari Alamanda…sementara menunggu Sue dan Iffah, kami (Elly, Kakakecik dan Hanie) lunch di Rasamas…pertama kali nie pergi Alamanda hahahaa, nasib baik leh control diri….1 st time jugak jumpa Sue…comey anak dara nie…asyik kena tampar je akak…kecian Sue tak dapat ikut kami pergi umah Lydia Miza…InsyaAllah next time kita pergi ye Sue..jangan majuk2…

hanie2530

Lunch 11 Mei 2012 Hanie yang belanja…terima kasih Hanie..

 

Dah selesai makan dan ronda2 shopping kat Alamanda..pergi ambil beg dan barang2 kakakecik di rumah Hanie Saad…nasib baik masa perjalanan ke P9 tu kakakecik dan Elly hampir2 eksiden kot…(bukan salah kami..salah motor itu kejap ke tengah kejap ke tepi) Brek mengejut jugak la Elly..barang kat seat belakang habis terabur ke bawah….apa pun Alhamdulillah xde kecelakaan yang berlaku…

 

Menghampiri jam 5 petang, kami bertiga terjah umah Lydia Miza…(Hanie tak dapat ikut coz skolmate dia datang dr UTM)…ini lah saat yang ditunggu2…sesampai nya di rumah LM macam biasa la bila berjumpa..salam peluk cium..lain plak kakakecik tengok Lydia Miza..konon Bambam la sangat padahal tak pun..biasa je (ngada kan u nie)

photo (6)

Dah macam janji plak kami berempat…pink merah…bukan gegurl je tau pakai pinkmerah…Nadh pun pakai pink..hahahaha..tak percaya tengok gambar berikut nya selepas ini..HAHHAHA…tak kisah la janji kita semua happy dapat berjumpa dan harap hubungan persahabatan antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat…AMIN

 

Kami dihidangkan dengan Nasi Lemak Rintik2 Hijau, Sambal Bilis, Telur Rebus dan Rendang Ayam…Apam Polka Dot (EH Apam Angry Bird)

   DSCN8813

DSCN8814

 

Untung la orang tu siap kakak dia tapau lagi Nasi Lemak Rintik Hijau c/w lauk pauk lauk…kecian along tak dapat join..tu la tido tak sedar apa..akak dah pesan kan handphone tu jangan silent dan letak tepi telinga senang bila orang kol terus terjaga…kalau x leh gak tapau makanan semua nie

 

photo (8)

Kan betul Nanadh pakai tshirt pink…

 

Kami dah buat umah Lydia Miza dah macam rumah sendiri..yang mana ada lappy n tab boleh la online..sementara menunggu malam untuk berjumpa rakan blogger lain di Putrajaya…

 

(sambung vol. 2 la ye rasa mcm panjang je entry nie..hehehe)

 

 

 

pssst : jangan lupa ke SINi (Lydia Miza), SINI (Iffah),  SINi (Nadh)  dan SINI (ujang) jugak yer