Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 1432H # 8

Assalamualaikum….seperti biasa macam hari-hari sebelum ini…shida akan menulis memaparkan juadah berbuka di waktu petang sebelum balik ke rumah untuk memasak dan menolong kakak dan emak di dapur..

Semalam shida tidak senang duduk di kerusi yang agak empuk dia tempat kerja ini..hanya disebabkan seorang pelanggan sahaja shida pulang lewat..pukul 6.30 petang masih lagi di tempat menjadi rezeki….dalam benak fikiran dok nampak periuk belanga kat rumah…agak2 apa la yang mak dan kak ja masak utk juadah berbuka…

Shida sampai rumah dalam pukul 6.45 petang…terus terjah dapur sekali ada bau gulai…tanya kak ja masak apa je arini..xdak buat apa pun…mak buat gulai je….demmmmmmmmmmmmmn tak kan nak makan nasi je buka nie..kuih pun xda….eh eh mak buat kuih sagu je time nie….so shida terus teringat stok bihun yang masih berbaki..alamak ada sekeping je..cukup ke….bila tanya kak ja cukup ke sekeping je…cukup je kata nya….kew teow pun ada…ish tak kan nak wat bihun + kew teow goreng…so tak nak membazir kew teow yang masih ada (balance ramadhan # 7) maka berperang la shida dengan bahan2 untuk membuat kew teow goreng bidan terjun…

ktw grg

Kew Teow Goreng Bidan Terjun yang shida buat semalam dengan tergesa-gesa tapi rasanya boleh tahan la untuk kami ber5 makan….semua nya kes nak habiskan stok yang ada..kew teow nya, udang nya…carrot dan tauhu nya jugak….

Disebabkan kesuntukan masa untuk memasak…sampai ke minit-minit terakhir sebelum berbuka pun masih lagi sibuk di dapur…buah melaka juadah terkejut tergempar yang mak buat untuk ayah dan kami semua (shida tak makan pun)

Juadah Berbuka Ramadhan Keluarga Encik Yakob + Pn Hatiah di temani 2 orang anak perempuan, seorang menantu lelaki dan sepasang cucu untuk 8 Ramadhan 1432H adalah kew teow goreng, kuih sagu, buah melaka, samosa…opps terlupa lepat inti tok cik bagi…alhmdlah semua nya habis..tak de bazar ramadhan tak da la bazir di ramadhan….

Ok jumpa lagi…..selamat berbuka