Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, October 10, 2012

Madu..Sebagai Penawar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Madu…opps bukan berkisarkan tentang hidup bermadu ye,kalau hidup bermadu dapat PAYUNG EMAS…tapi ini adalah berkenaan MADU LEBAH yang sememangnya ada banyak kebaikan dan khasiatnya. Alhamdulillah kakakecik amalkan pengambilan madu nie dah bertahun-tahun kalau tak silap kakakecik dari tahun 2004 lagi…time tu kakakecik kena athma yang agak teruk la…sejak tu la setiap malam sebelum tido telan madu…bila lama2 dah okey..athma pun xde sangat…tinggalkan pengambilan madu…tetapi nak 2minggu lepas kakakecik asyik kena athma je setiap malam..makan ubat pun tak okey jugak…

 

Time nie baru la teringat nak amalkan madu semula…memang kat umah tu ada lagi stok madu setengah botol..cari punya cari tak jumpa..biasa la waktu kita nak tu memang la xjumpa..kena cari slow-slow…alhamdulillah jumpa pun…so apa lagi…telan la madu setiap malam n pagi…athma pun dah okey..bila dah okey gatal plak dok wat malas nak makan..xpasal-pasal arini rasa x selesa penafasan nya…malam nie dan malam seterusnya kena telan madu dulu la…

 

Selalunya kakakecik makan madu ni dengan cara minum terus dengan sudu (plastik), tapi itu adalah cara yang tidak betul. Cara yang sebetulnya ialah dengan meminum madu bersama-sama dengan segelas air yang suam-suam kuku. Ambil segelas air yang suam-suam kuku.  Kemudian masukkan 2 sudu madu lebah dan kacau dengan sebati dan terus minum seperti biasa. Itulah cara yang paling elok dan terbaik.

 

Madu nie memang elok pun kita amalkan…terutama yang ada lelah/athma nie..sebab bila kita minum madu nie ia akan melegakan batuk yang berpanjang..dok koh koh tak de kahak tu..insyaAllah akan okey…bila batuk dah okey…pernafasan automatik la elok kan..xde la dok nyawa hit hit lagi..hehehe (berdasarkan pengalaman sendiri la)

 

p/s : Madu lebah merupakan sebaik-baik ubat/penawar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

 

6 comments:

CikSpek said... [Reply]

*sentap*

Z@i Z@mR33 said... [Reply]

pnh dgr madu penawar athma...

tp madu panaskn?

kiera'sakura said... [Reply]

oo ingtkan boleh je telan madu cm tue. pastu baru minum air hihihi..

*kelakar lak baca akak tulis hit hit tue hihihi :p

aDisH.sHidA said... [Reply]

@CikSpek asal cikspek nak sentap menyentap nie ha..hehehehe..xmau sentap2 satg jenuh nak bg makan madu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Z@i Z@mR33 panas dalam je..xpe..alhmdlah buat masa la

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura akak dulu pun wat mcm tu jugak tp bila cari teknik minum nya mcm nie...

mmg akan bunyi hit hit pun kalau mai time penat nie