Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, October 9, 2012

Jom Memasak : Kek Marble Neopolitan

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

DSCN9979 

Kalau dah balik berkumpul kat umah tu tak sah la kalau tak mintak si kakak sorang nie buat itu ini kan…Jumaat dan Sabtu jalan je..xde masak2..so Ahad tu kebetula badan tak berapa nak sihat..athma lagi awal pagi tu…memang tak bermaya sangat la…Ahad nya, Dik Ilah dah nak balik Ipoh..rasa macam tak best plak kalau tak buat apa2 untuk nya…dok plan nak wat kek gula hangus je…memang dia nak makan itu je…sekali kek gula hangus yang kakakecik wat 2 adunan sekali gus tu tidak menjadi kek sebalik nya jadi bingka gula hangus…nasib baik buat untuk makan-makan family je..kalau tak jenuh nak membuat nya semula..

 

Kita dah nak buat kek gula hangus..dimintak nya plak Kek Karamel dan Kek Biasa berwarna warni…so kakakecik pun buat la kek marble neopolitan nie..saja la kasi nama yang canggih skit kan..hehehe..lagipun tergoda dengan Cupcakes Neopolitan CMG..Jom kita semak resepi kek marble neopolitan nie..simple je..

Resepi : Kek Marble Neopolitan

Bahan:

  • 250 gm butter
  • 240 gm gula kastor
  • 240 gm tepung tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan (60 ml@60gm) susu cair 
  • esen vanilla
  • pewarna pink + strawberry paste
  • 1 sudu serbuk koko + coklat emulco
  • badam cincang untuk hiasan

Cara membuatnya :

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C, lenser kan loyang yang bersaiz 7”
  2. Putar butter ngan gula hingga kembang dan ringan
  3. Masukkan telur satu persatu....pukul lagi hingga kembang
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli ngan susu cair..kacau hingga rata dan sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste + pewarna pink  dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata ketiga-tiga adunan ini
  6. Masukkan dalam loyang yang telah digris berselang seli (tindan tindankan). Buat hingga siap.
  7. Tabur badam cincang dan bakar selama 45-60minit minit hingga masak.

Selamat Mencuba

DSCN9978

Alhamdulillah..4biji kek termasuk kek gula hangus yang tak menjadi tu kakakecik dapat buat pada ari Ahad yang lepas…2 biji kek karamel dan sebiji kek marble neopolitan ini..Sedih jugak tak sempat nak belajar menulis di atas kek..mak dah bising suruh potong nak bagi kawan nya yang datang dari Perak. Rezeki orang Perak la makan kek kakakecik buat…Dik Ilah pun bawak balik ke Perak jugak…untuk kawan2 klinik nya makan..

1 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

tingin nak buat kek nie. nt balik raya haji nak buat la .. kaler tue dah la fevret kira ihihihi