Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Apa khabar semua..sihat? Alhamdulillah..kakakecik just yang tak berapa nak sihat…tapi masih mampu untuk melakukan kerja seperti biasa..malam tadi agak teruk jugak athma kakakecik..tido sejam pun dah sesak nafas..dah le tido semenjak 2 menjak nie bertentangan dengan dengan sebelum nie…tido songsang mcm tu..kepala di kaki, kaki di kepala…(sendiri2 paham la)..bila teringatkan penukaran url kakakecik nie..kecian jugak kakakecik dekat adik ilah, adik pikah dan kak ja bila dorang nak buka blog kakakecik dah tak boleh..2-2 orang adik kakakecik siap telefon lagi tanya kenapa dah x boleh buka blog cahayanurqasih..adik pikah tanya..kak shida blog ang kena hack ke..sapa la nak hack blog cikai kak nie adik ooooi…Adik-adik, kakak2..kawan2..kakakecik dah tukar url kepada adishshida.blogspot.com sekarang nie…
Eh Eh..dah dah bukan nak cerita bab tukar url baru tu…(baru ke..tak la url lama dulu)..nie kakakecik nak cite dengan 2 Hari 5 Biji..selalu nya orang 2 Hari 3 Malam..tak pun 1 Malam 2 Hari…tapi kakakecik punya 2 Hari 5 Biji…apa kebenda nya la kan..Sebenarnya Jumaat dan Sabtu lepas (2 hari la kan) kakakecik buat kek…5 biji..2 biji kek karamel pada hari Jumaat (Mak Ngah tempah 1 biji, 1 biji lagi untuk makan2 di rumah) dan Sabtu nya plak buat 3 biji kek…1 biji kek marble coklat dan 2 biji kek karamel…(kek nie pun buat untuk Kak Ja bawak pegi opis dia untuk makan-makan dan 1 biji kek karamel tu macam biasa la stok di rumah…rezeki sapa2 yang datang bertandang)
Kek marble yang sedikit derhaka…kenapa plak p derhaka tu…kakakecik gatai tangan “sagat” coklat masakan dalam adunan…sekali hudung plak jadi nya..huhu..tapi apa pun masih sedap..resepi kek nie korang boleh rujuk resepi ini, hanya korang tukarkan je perasa tu..
Kek Karamel untuk Kak Ja bawak pergi opis…untuk makan-makan dengan rakan sepejabat setelah 2bulan cuti berpantang…dorang nak kek 2 tingkat..so ini la kek nya..1 tingkat karamel dan 1 tingkat kek berbelang…untuk kek karamel nie kakakecik dah guna resepi lain skit daripada resepi kek karamel sebelum2 nie..adunan kek nya masih sama cuba untuk adunan karamel tu kakakecik dah tambah susu cair dan telur.. x paham ye…okey2 kakakecik kongsi resepinya ye..jangan risau..usah merajuk2…nanti cepat tua..
RESEPI : KEK KARAMEL VERSI KARAMEL TEBAL
# loyang 8 @ 9 inci
Bahan-bahan dan tekniknya :
GULA HANGUS
- 2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pade keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang
BAHAGIAN ATAS( karamel )
- 1 tin susu cair
- 70 gm gula castor
- 1/2 sudu teh vanilla
- 3 kuning telur
- 2 biji telur penuh
** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan
LAPISAN KEK (A)
- 140 gm tepung gandum
- 70 gm gula castor
- 3 kuning telur
- 135 ml air
- 1 sudu teh baking powder
- 45 ml minyak (3-4 sudu)
** Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit
** Biarkan sebentar
MERINGUE (B)
- 6 telur putih
- 70 gm gula castor
- 1 sudu teh krim tar2
** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan..
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN SPATULA..kaedah kaup balik
Cara-cara:
- Tapis karamel dalam loyang gula hangus
- Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 3 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste, 2 – merah + strawberry paste dan 3- serbuk koko dan chocolate paste)
- Panaskan oven selame 10 minit .
- Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
- 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah
- Selamat Mencuba-
pssst : Jumaat or Sabtu nie nak try buat kek karamel ikut petua Ita Yuzie…harap2 menjadi
p/s : Alhamdulillah dari buat makan2 nie dapat jugak duit poket bila ada orang tempah..
3 comments:
heee iffah nye je tak lawa ishhh
@Iffah Afeefah ALALA..nanti iffah cuba buat lagi tau..jgn putus asa
LAPAQ KEK KARAMEL..TP MALASSSSSSSSSS
Post a Comment