Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, October 15, 2012

KUKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

KUKUPUNYACINTA...KUKUPUNYA CERITA…eh eh nyanyi plak kakakecik…
Kuku boleh dikategorikan salah satu anugerah yang diberikan untuk melengkapkan jari jemari..cuba bayangkan kalau jari tangan dan jari kaki kita tak mempunyai kuku…alhamdulillah 10 jari tangan dan 10 jari kaki kakakecik semua nya berkuku…bentuk apa tatau la plak..elok sempurna je letak nya…

KUKU di jari nie tak pernah akan panjang…kalau seminggu tak potong rasa semacam je..selalu nya kakakecik akan potong 2minggu sekali..pada hari Isnin dan Khamis/Jumaat..apa yang kakakecik ingat masa zaman sekolah dulu, di waktu perhimpunan pagi Ustaz Bakar ada bagitau sebaik2nya kita potong kuku pada hari2 tersebut dan cara potong kuku pulak hendaklah la bermula dari jari telunjuk tangan sebelah kanan dan berakhir dengan di ibu jari tangan kanan. Manakala untuk kaki plak..bermula dengan jari kelingking kanan dan berakhir dengan jari kelingking kiri…sejak daripada itu la begini la teknik/cara kakakecik memotong kuku.

Yang berkuku panjang tu tak rimas tak terasa terganggu ke? Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Nak nak plak yang perempuan tu dengan nak memasak nya…camne nak buat kerja dapur kan..Risau kuku tu kuning erk bila terkena kunyit…alahai sayang sangat kuku tu kan…ada je yang terlebih sayangkan kuku tu..dok saja saja dok gigit kuku sampai “kulup”..sabar je la…

OPPS..kakakecik pernah tau tanya sorang perempuan indon selesa ke berkuku panjang..dia simpan kuku panjang sebelah kiri..dia kata okey je…tapi laki dia xberapa suka..huhu..eh macam2 tau yang kakakecik dipikirkan bila pandang orang berkuku panjang..mulut nie bukan leh dok diam..nasib baik perempuan tu kenal rapat dengan family tu yang berani tanya..hehhe..
psst : sukasangatperhatijaridankukuorang

2 comments:

mizahsalleh said... [Reply]

kita sama la..suka perhati tgn n kuku org...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@mizahsalleh

dah jadi 1 hobi kan..kalau jumpa sesapa je..tangan ngan jari tu mesti akan terpandang dan perhati kan hahaa