Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, October 22, 2012

Jom Memasak : Cupcakes Rose Pandan

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 DSCN0324 

Dua (2) minggu kakakecik tidak baking…memang duduk tak senang…kalau ikut kan hati nak buat kek marble untuk Kiera pada Jumaat 11haribulan tu…tapi kami tak jadi jumpa…so bahan-bahan yang beli biarkan je dekat rak di dapur…Konon nak buat la Jumaat 19hb plak..tapi tak kesempatan..almaklum la dok pulun belajar buat kuih lompang…still tak menjadi lompang nya…dok jadi lompang anak dara jugak…walau xde lubang tetap habis jugak dorang makan…

 

Sabtu lepas lunch…rasa “tatorah” (tak tentu arah) dah duduk..tengok telur ada 2 biji je kat dapur..so teringat ada resepi cupcakes neopolitan CMG yang kakakecik dan print out..apa lagi terus la mengayak, menyukat, memukul untuk wat cupcakes..

 

Kakakecik buat cupcakes Rose Pandan…tak pernah pun guna Esen Rose selama nie..tak salah kan mencuba dok tengok je Lydia Miza asyik wat Kek Marble Rose..teringin jugak la nak merasa camne rasa rose nie..hehee..Jom kita semak resepi cupcakes neopolitan yang kakakecik ubahsuai untuk digunakan wat cupcakes rose pandan.

DSCN0325

 

Resepi : Cupcakes Rose Pandan

BAHAN-BAHANNYA :

  • 90 gram mentega
  • 70 gram gula kastor
  • 110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 2 biji telur
  • 50 ml susu segar/susu cair
  • 1/2 sudu teh pandan paste+pewarna hijau
  • 1/2 camca teh essen rose + pewarna pink
  • 1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi essen rose dan satu lagi pandan paste. Kacau rata.
  3. Sudukan setiap warna dalam  paper cup (kakakecik guna paper cup keras). Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi satay untuk buat pusingan bagi mendapat corak yang menarik.. (Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil. Kemaskan. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan pandan.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....boleh dihiaskan dengan gula icing

Selamat Mencuba

 

DSCN0326

Kakakecik buat dapat la 7 cupcakes…mak dan kak ja suruh buat lagi bila tengok dapat skit..nak buat apa…telur pun dah tak de..makan je la yang mana ada tu…boleh la pakat2 merasa sorang sikit bagi hilang tagih..nak ulang makan memang dah tak boleh la..

 

pssst:mak mintak buat lompang..mak kata buat sampai jadi lubang..selagi xjadi buat sampai jadi..hehehe..

6 comments:

Kira Sakura said... [Reply]

akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nak huuuuuuuuu... tau tak mcm mana sedihnya perasaan bila blh tgk je xdpat makan hukhukhuk

*ckap kt mak akak nt dah kawen baru akak buat lompang time tue nt mesti menjadi hahahahahahahahahahaha :p

Unknown said... [Reply]

Kalau tak silap akak, nak lompang berlubang tengah, tak boleh lebih kukus. Dulu2 akak buat menjadi juga lubangnya, skrg ni tak mau pulak.

cupcake tu nmpk sedap sgt..

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

macam wangi jerrr baunyaaaaaaaaa

CikSpek said... [Reply]

nak sedozen!

Unknown said... [Reply]

cantik dan nampak lembut... nak rasa leh??? :P hehe

singgah pagi raya salam aidiladha :)

Lydia Miza said... [Reply]

lawanyaaaaaaaaaaaaaaa..tergoda tau tgk warna dia