Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, June 1, 2011

Aku Memang Gila KENTANG

KENTANG!!!!

Kentang…Kentang…Ya KENTANG Ler….UBI KENTANG…Memang Shida gila kentang….kalau boleh semua masakan shida nak letak kentang…sup nak letak kentang, gulai kari nak letak kentang, masak lemak nak letak kentang, goreng2 nak letak kentang, sardin nak letak kentang, jemput2 letak kentang…Donut pun letak kentang jugak…kalau buat begedil mau sekotak kentang…makan saja pun sodaaaaaaaaaaaaaap…

potato

Dok kodek2 apa untung nya shida dok makan kentang nie kan…ok sini rapat rapat rapat lagi..shida nak gtau tentang khasiat kentang nie.

  • Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.

 

  • Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. (shida tak minum air soya pun ok la sebab gila kentang)

 

  • Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

 

  • Hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih.

 

  • Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria.

 

  • Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka.

 

  • Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.

Kalau susu shida tak de geng sangat…harap2 ramai la yang GILA KENTANG macam shida…hehehee

5 comments:

... said... [Reply]

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

wah! kebetulan! saya juga buat entri yang ada kaitan dengan keberkesanan dari khasiat ubi kentang. huhu.. mintak izin kak shida nak masukkan pautan. jap. nak edit entri.

Entri terbaru saya~
jom berbalas singgah menyinggah berkongsi ilmu, pendapat dan cerita ;)

kerap ber-blogging boleh menyebabkan penyakit arthritis

terima kasih..huhu~ =)

... said... [Reply]

huhu..saya suka lobak berbanding ibu kentang

=)

oo..dah tahu, nak amalkan. thanks kak shida~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

shida...skrg ni miza suka mkn kentang bkr..sedapppppppppp

schaze zainn said... [Reply]

kentang buat wedges memang sedap
lepas tu letak cheese + mayo + sos, memang TERBAIK :)

armouris said... [Reply]

lagi info tentang kentang di SIHAT SELALU - Kentang dan Keledek