Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, June 7, 2011

Baju Raya vs Baju Harian

Assalamualaikum…

Sekarang dah bulan Rejab…lepas tu Ramadhan…sebulan puasa…RAYA….

Baju Raya pun belum tempah….tadi pergi ambil baju2 yang ditempah sebelum nie…dah lama hantar kat YANI..tukang jahit keluarga kami…sekali shida tak cam baju sendiri….hampir terlupa baju-baju yang dihantar sebelum nie..nak kata banyak tak jugak…4 pasang sahaja…dah siap 2 pasang..ada lagi 2 pasang belum siap…

Tapi nak dijadikan cerita  Yani dah stop tempahan baju raya (untuk orang lain la tapi kami sekeluarga dia masih ambil)so shida terpaksa la suruh ambil kain2 pasang yang dah ada untuk dijadikan baju raya…dan tempahan yang sebelum nie KIV dulu….bagi laluan kepada baju raya….mau nangis kalau baju raya tak siap..dah le badan nie susah nak cari saiz baju readymade…yani adalah tukang jahit kami sekeluarga…hasil kerja tangan nya memang TERBAIK..sedap pakai baju dia jahit…yani sebenarnya dah bebel sebab shida tak anta baju (dia takut shida anta last minute) dia siap tanya mak dia cmne nie..kak shida tak gtau apa2 g pasal baju raya nanti hantar lewat takut x sempat buat…nasib baik mak dia ok…hantar tu….YANI MANA BOLEH TAK HANTAR..KAMI KAN PELANGGAN TETAP KAMU….

Plan raya tahun nie pakai baju warna Hitam (indon mari) dan warna pink….2pasang tempah dengan yani…tapi budak nie bagi kat dia 3 pasang…hahaha…sebab 1 pasang yang baju harian punya KIV  kan….sepasang lagi baju kain cotton bagi makcik kat kampung….semua nak wat baju kurung moden..takpun baju kurung pahang…

 

pssst : esok nak bergaya dengan baju kurung moden (kain yang shida dapat hadiah dr segmen en ben..tajaan rizibiz)

2 comments:

Syazwan said... [Reply]

waahhh..4 pasang..bnyak tu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

pki baju tu sure rasa kemanisan berblog kan?