Assalamualaikum dan selamat petang…
Sekarang nie selera makan kakakecik bertambah-tambah ada je nak makan itu ini…macam malam tadi…pukul 11 malam boleh lagi kakakecik buat mee goreng utk kami seisi keluarga…adik la punya pasal semua nie… “cheq lapaq la” bila suruh dia masak..dia xnak..last2 si kakak ni yg pergi buat semua..mak dah tegur badan dah nampak gomok skit…hahaha…lepas nie dah xleh panggil kakakecik la…apa pun nak maintain berat sekarang nie je…
Eh kalau x percaya selera kakakecik waktu malam…cer tanya Lydia Miza…dah 2 kali kakakecik sms dia mintak resepi…kalau 2 minggu lepas Kek Sarang Semut…kalau x silap Jumaat malam Sabtu yang lepas kakakecik sms lagi Lydia Miza bertanyakan resepi Kerabu Bilis…ternampak-nampak je gambar kerabu bilis Miza…terus sms tanya dia..hahaha…tapi kakakecik derhaka sedikit la…
Jom kita semak resepi mudah dari Lydia Miza
RESEPI : KERABU BILIS
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis goreng
1 biji tomato saiz sedang- dipotong dadu (xde, so kakakecik tak masukkan)
1/2 biji bawang besar (kakakecik masukkan 1biji, setengah cmpur dlm ikan bilis grg, stengah mentah)
3-5 biji cili api
1/2 batang bunga kantan
1 sudu besar air asam jawa (x masuk kan sebab miza terlupa nak gtau)
sedikit belacan dan garam
perahan limau nipis
*** Kakakecik tambah kacang panjang…potong halus
Cara-cara2nya:
- Gaulkan saja semua bahan.
- Jika lebih suka masam lebihkan limau nipis, suka pedas letak cili lebih banyak lagi.
Selamat mencuba.
Thanks Miza, terpaksa layan kakakecik yang nak makan itu ini malam2 hari…xsabar la nak jumpa awak…
1 comments:
wahhhhh sedapnye..
Ini mmg menu sempoi kegemaran sy ni..
Tentu bertambah awk mkn kan..hihi
-princess-
Post a Comment