Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, April 30, 2012

Pertama Kali Membuat Sendiri Kerepek Pisang Nangka

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Jumaat dan Sabtu, cuti…bila cuti tak ke mana mana memang kerja kakakecik asyik nak wat itu ini je di dapur tu..kalau bahan-bahan ada la kan…petang Sabtu masa dok santai2 borak di bengkel mak, ada anak jiran kampung merangkap 2-3 pupu dengan mak mai hantar pisang nangka…tanya mak nak wat apa nie..mak kata..buat kerepek la…Erm boleh jugak…lagipun kakakecik dah belajar cara membuat kerepek pisang dengan mak mertua dik ilah awal tahun aritu…so boleh la mencuba sendiri kan…

 

Kebetulan Shahira anak Abg On ada kat umah..dia memang suka buat kerja-kerja dapur nie padahal baru umo 11 tahun…kalau tengok badan dia besar dari kakakecik lagi tau…hehehe…tak kisah la janji dia rajin nak tolong kakakecik kupas pisang tu…siap bersila di luar rumah tu…dah lama x rasai suasana macam tu…

 

DSCN8760

 

Cara-cara nak buat kerepek pisang ni…mudah saja…

  1. Kupas pisang + rendam dengan air garam
  2. Panas minyak + marjerin
  3. Parut terus pisang dalam kuali minyak panas tu
  4. Agak keperangan angkat dan toskan
  5. Sejuk kan dan sedia dimakan…

 

pssst: dah habis pun kerepek pisang nie..sapa ada pisang nangka meh anta kat kakakecik…kakakecik penggemar kerepek pisang…

4 comments:

Hana said... [Reply]

waaah la xmakan

Lydia Miza said... [Reply]

Dulu selalu tolong bonda. Tp dah pendek takut tersagat jari.. Hihi

Anonymous said... [Reply]

wah...dah boleh bukak bisnes ni XD

Kira Sakura said... [Reply]

selalu tlg mama dlu.. mama pulak suka campurkan air garam bila pisang tue dh agak nk garing... hihihi